Cuti Cuti Pangkor
Assalamuailaikum
Hai geng maya. Anyway hat ni adalah post late entry and year. ha ha. Kisah percutian 3 hari dua malam with my family ke Pulau Pangkor.
Rancang nk ke pangkor dalam masa dua minggu je. Mak sedara yang sponsor. Kami ke sana tiga sekeluarga. Keluarga maksu aku 5 beranak, keluarga aku 3 beranak, keluarga maksu amy 3 beranak, dan paklong aku seorang.
Actually, hari pertama tu kami sekeluarga tak terus ke Pulau Pangkor. Mak sedara aku booked satu appartmen di area Jeti Marina Island. Memandangkan maksu amy aku dr klang, so kami taknak tergesa².
HARI PERTAMA (1)
MARINA ISLAND PANGKOR HOTEL & RESORT
Kami sekeluarga stay dekat sini semalam. Appartmen ni ada 3 bilik, 1 master bedroom and 2 bedroom yang ada 2 katil single. Apprtmen ni betul - betul berhadapan dengan Jeti Marina Island.
Untuk yang bawa anak- anak di sini ada dua kolam renang. Hat singkat ada, hat dalam tengelam pon ado. ha ha
Living hall dia sangat-sangat la luas ye. 4 keluarga menginap pon still rasa selesa lagi. Macam aku ngn suami, kami pakat bentang toto je dekat ruang tamu ni. ha ha
Time ni kami yang sampai dulu. Masih menantikan mereka- mereka yang lain tiba. hi hi
Anybody see that toto. ha ha
Suasana pagi di Jeti. Bila ampa tengah stress then tengok pemandangan mcm ni, sumpah ampa akan rasa better. =)
MAKAN MALAM DI GARDEN BEACH SEAFOOD
Alhamdullilah, ini la family aku. Malam baru dapat snap gambar depa semua. Maklumlah waktu depa sampai ke appertmen hari pon dah petang. Kami just lepak - lepak menyembang je petang tu.
Restoran seafood ni mmg aku suggest sangat. Biasa kalau mai lumut nak makan malam memang kami tuju sini. Harga sangat - sangat berpatutan. Tempat selesa dan luas. Port parking kereta pon banyak. Dan yang penting raso sedap. gituee.
Lokasi restoran ni tak jauh dari kawasan perkelahan teluk batik. Bersebelahan dengan Marina Cove hotel and resort.
HARI KE DUA (2) Alhamdullilah, hari ke dua kami akan ke Pulau Pangkor. Tiket Feri memang kami dah booked online 2 days before. Tempahan tiket online boleh di buat di dua destinasi
Perjalanan Lumut - Pangkorwww.easybook.com
Perjalanan Marina - Pangkorwww.pangkorferry.com
INFO :
1.Pastikan korang berada di kawasan menunggu 30 minit sebelum feri berlepas
2. Jaga tiket mcm jaga nyawa korang tau. ha ha. sebab kalau hilang, nnti nak balik kena beli lain
3. Kalau naik feri dari marina island, masa perjalanan hanya 10 minit sahaja
Kami punya tiket feri time tu pukul 9.30 pagi. Bermakna jam 9.00 pagi kami dah kena ada dekat balai menunggu.
Antara salah satu sebab kami suka naik dari Marina Island adalah kerana tempat parking keretanya yang luas, lapang dan banyak.
Sebab kedua - sini blh OOTD. haha . Jangan risau barangan cenderahati pon berlambak jual dekat sini. Lapar? nak sarapan, lunch, pon ada di sini =)
Untuk entry di Pulau Pangkor, nanti aku update later ok. ha ha. Cam biasa part by part memang wajib ada dkt blog aku
byee.. See Next Time.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sikasutpinkstory.blogspot.com/2023/06/cuti-cuti-pangkor-day-1.html