2 orang anak dara ku sedang menunggu dengan excited dan nervous..
yeah.. it's cuti time..Tips untuk korang yang baru pertama kali naik kapal terbang, makanan seeloknya kena tempah awal-awal secara online kalau nak jimat sebabnya ada diskaun untuk tempahan online.. nasib-nasiblah kalau dalam flight baru nak beli makanan silap-silap makanan yang korang nak tu dah sold out.. nanti ada pulak yang gigit jari kan..
antara makanan yang kami bedal di awan biru..
selamat mendarat di airport KK.. bersama chenta-chenta hati ku..Kami sampai di airport Kota Kinabalu lebih kurang pukul 12 tengahari, well cuaca memang panas terik disana, lebih panas dari di sini maybe sebab kedudukannya yang ditepi laut.
ni lah Myvi yg ku sewa.. minta manual dapat auto.. hehe.. memang berbaloi.. kuat mendaki tau.. sampai ke kaki gunung!!
Homestay Al_Amni.. luas, selesa dan nilai untuk wang anda..Memandangkan Wie pergi berlima jadi decide untuk sewa homestay jer sebab kalau nak sewa hotel macam tak berbaloi pulak, homestay ni ada 3 bilik lengkap dengan segala kemudahan termasuk dapur dan mesin basuh jadi takde masalah kalau nak masak dan basuh baju.
bertemu sepupuku Hafiz.. kat sini susah sangat nak jumpa akhirnya jumpa kat Sabah..
sempat juga melawat sekolah lamaku.. Pada malam harinya kami berkunjung pula ke Perdana Park di Tanjung Aru.. tak jauh dari terminal 2 AA.. haaaa.. ada apa kat situ??.. kalau korang nak tau kat situlah terletakknya Musical Fountain @ Air Pancut Berirama.. kiranya tempat ni is a must kalau korang ke Kota Kinabalu ni.. masuk percuma just korang kena bayar parking je singgit kalau tak silap Wie.
Musical Fountain @ Taman Perdana, Tanjung Aru.
ni fountain yg kecik.. korang bolehlah berdiri kat tepi-tepi tu kalau nak basah.. hehe..
ni fountain yg besar.. macam-macam color ada..
water fountain ni diiringi dengan pelbagai irama music termasuklah lagu oppah ganyang style.. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |