Cuti Cuti Di Cameron Highland Menginap Di Homestay Dekat Pasar Malam Cameron Highland



Masa cuti krismas hujung tahun lepas, k.fiezz & family naik ke Cameron Highland. hehe. Berani sungguh lah time musim hujan gi ke Cameron. Adeh, benornya risau juga tapi sebab dah booked homestay di Cameron Highlands tu. Kalau cancel tak dapat full refund. Mak k.fiezz memang risau sangat sebelum kitaorang cuti-cuti ke Cameron Highlands haritu. Dengan musim hujan lepas tu beberapa hari sebelum kitaorang naik tu, ada pula tengok kat Tik Tok banjir kat area Kg.Raja kat Cameron Highlands tu..Adeh..Sabar je lah. Beritahu kat mr hubby, dia cakap banjir kat situ patutnya air akan menurun ler sebab kat bukit..Kitaorang nak naik..Logik mr hubby cakap tu. hehe..Kalau risau pasal jalan pula, kitaorang naik ni dari belah Simpang Pulai. Jalan kat situ besar, okey sikit berbanding naik belah Tapah sana. So tawakal je dalam hati. Harap cuti-cuti di Cameron Highland ni berjalan lancar. 
Alhamdulillah, percutian kitaorang 3 hari 2 malam di Cameron Highlands okey & lagi best jalan tak jammed weiii..hehe..Sebab mak mertua cakap tengok kat mana entah, 40% yang dah booked cuti-cuti di Cameron Highland ni cancel booking..Jadi masa kitaorang ke sini, jalan clear..Tapi kitaorang tak ada jalan ke mana sangat pun..Cuma gi ke Teh Bharat minum teh sambil tengok pemandangan hijau kat situ...
Jom k.fiezz nak share homestay dekat pasar malam Cameron Highland, tempat penginapan kitaorang selama 3 hari 2 malam masa cuti-cuti kat sana..
HOMESTAY DI CAMERON HIGHLANDS
Homestay ni ada 4 bilik & 3 bilik air. Lengkap dengan segala kelengkapan rumah di dapur, ruang tamu & dalam bilik-bilik. Aircond jangan tanya. Homestay di Cameron Highlands, tak payah pakai aircond pun memang dah sejuk..Dalam bilik air pun dah ada water heater, jadi idak lah nak mandi atau ambil wudhu pun seriau nak sentuh air..haha. Cuma air kat sinki dapur, bila cuci tangan atau basuh pinggan/cawan, tahan le sejuk..K.fiezz memang asyik mencuci pinggan mangkuk je sebab ada sesi masak-masak juga, ater tangan dah naik imun kena air sejuk..haha.

Nak booked kat mana homestay dekat pasar malam Cameron Highland ni
Di Agoda.

Selesa tak homestay ni
Sangat selesa..Siap ada tilam tambahan lagi kalau datang ramai-ramai & tak cukup katil untuk tidur...
Fasiliti rumah
Semua lengkap kecuali tuala tak disediakan. Bawa sendiri..hehe..Selain dari tu semua ada. Sabun mandi, tisu tandas..Sabun basuh pinggan pun ada..Barang-barang lain macam perkakas dapur kecuali tempat masak tak ada, tempat bbq ada disediakan kecuali arang..
Berapa rate
Tak silap k.fiezz, RM1k lebih kurang untuk 3 hari 2 malam..

Homestay kitaorang yang no.2 dari tepi tu..Dekat belakang sikit ni ada taman mainan..Tak jauh pun jalan kaki je cuma sini agak sunyi sikit jadi kalau nak bawa budak-budak main, kena ada orang dewasa ikut sekali..

Jom tour dalam rumah pula, uolls..


Dapur..Belakang tu tempat untuk bbq.


Bilik kat tingkat bawah. Sebelah bilik ni, tandas..Lupa nak ambil gambar..Dalam video k.fiezz share kat Tik Tok, ada rekod..



Ruang tamu..Tv berfungsi..Alhamdulillah..haha..Fobia sejak kena homestay kat Rawang yang TV rosak tu.


Tangga naik ke tingkat 2..Tangga dia agak tinggi juga yea..Kena hati-hati bila turun naik..


Master bedroom..Ada 2 katil king saiz & extra tilam..



Bilik air dalam master bedroom..


Bilik ke-2 kat tingkat 2..Sharing bilik air..


Bilik ke-3 kat tingkat 2..Sharing bilik air..


Bilik air untuk bilik ke-2 & ke-3..


Tempat bbq kat belakang dapur..


Serai ni ada cerita lawak dia..hehe...Masa nak buat bbq, baru perasan tak ada serai untuk renjis-renjis kat bahan bbq..So mak mertua k.fiezz keluar jalan kaki nak gi tengok kat pasar malam depan je homestay kitaorang ni kot ada orang jual serai..Tak sampai berapa minit mak mertua k.fiezz keluar, dia dah balik rumah sambil bawa serai gemuk ni, hah..Mak mertua k.fiezz cakap, ternampak pokok serai kat depan satu rumah yang berderet dengan homestay kitaorang ni. Mak mertua k.fiezz tengok rumah tu macam kosong..Jadi mak mertua k.fiezz ambil je lah serai ni. haha..  Nasib baik nak ambilnya senang je..hehe.


Selain dari bbq, aktiviti kitaorang masa stay sini main games. K.fiezz & mr hubby memang ada satu beg mainan termasuk lah mainan yang main kat pc/tv dan jenis mainan macam dam ular, sahibba ni..Bila gi bercuti je, kitaorang akan bawa beg tu.

Lepas dam ular, layan Sahibba pula..

Pi pasar malam Cameron Highlands yang berdepan je dengan homestay kitaorang ni..Rajin, boleh jalan kaki. Kalau malas. Naik kereta, park kat tepi jalan..Jalan kaki sikit je...Tapi nak naik kereta park tepi jalan pun payah gak, pasar malam ni dalam pukul 4ptg dah start so bila nak cari parking tepi jalan yang dekat dengan area homestay kitaorang ni, dah penuh kiri kanan jalan..Masa ni mr hubby yang hantar kitaorang sebab dia malas nak gi pasar malam..Lepas hantar kitaorang, dia balik rumah semula. Dia cakap dah nak balik, beritahu. Dia keluar kejap..Tapi lepas dah tour pasar malam, balik rumah  kitaorang jalan kaki je..


Ni jalan nak ke homestay..Balik dari pasar malam, kitaorang jalan kaki lah kat sini..Rumah yang kitaorang stay nun kat hujung..Jalan kaki dalam 5-10 minit juga ler...Depan perumahan ni nampak dah pasar malamnya tapi sebab tak ada jalan shortcut nak ke situ, jadi kita kena memusing baru jumpa jalan nak ke pasar malam.


Sambil-sambil jalan kat pasar malam, kita snap gambor..hehe.


CUTI-CUTI DI CAMERON HIGHLANDUntuk k.fiezz homestay yang jadi penginapan kitaorang haritu, best sebab selesa & besar untuk datang ramai-ramai. Bila naik ke Cameron Highland ni ramai yang suka gi ke Pasar Malam Cameron Highland cuma masalahnya parking kat sini, susah sikit. Hat ni kitaorang dapat homestay dekat pasar malam Cameron Highland, jalan kaki sajo...Memang best lah.

Masa ni jalan-jalan pun seronok sebab orang tak ramai memandangkan ramai yang cancel booking jadi jalan clear tak jammed macam kebiasaan bila cuti sekolah...hehe..Kecuali masa nak turun haritu je, stuck kejap sebelum KEA FARM. Ramai orang menyinggah kat situ..Lepas dari tu, clear..Masa naik haritu pun jalan clear, turun pun sama juga...Alhamdulillah, cuaca pun masa kitaorang naik haritu tak hujan sangat..Hari pertama hujan tapi tak lebat sangat..Hari berikutnya, ada lah juga hujan tapi sikit-sikit je..Cuaca pun sejuk..Layan..Cuma makanan je mahaiii..haha..Nak cuti ke Cameron Highland ni kena sediakan ongkos lebih sikit bila part makanan..hehe.

Overall layan cuti-cuti di Cameron Highlands ni..Dalam risau-risau sebelum naik ke sini, alhamdulillah berjalan lancar tak ada sebarang masalah..

CUTI-CUTI RELEASE TENSION JAP...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/01/Cuti-Cuti-Di-Cameron-Highland-Menginap-Di-Homestay-Dekat-Pasar-Malam-Cameron-Highland.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Aktiviti Masa Cuti Cuti Di Cameron Highland

Apa Aktiviti Masa Cuti Cuti Di Cameron Highland

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 319 hits
Pi Cameron Highland haritu buat apa Sejujurnya kitaorang tak ada berjalan sangat Cuma ada lah pi minum teh jalan jalan kat ladang teh pasar malam Selain dari tu lepak kat rumah saja Feeling ambil angin sejuk beberapa hari duduk kat rumah he...
Senarai Pasar Malam Selangor

Senarai Pasar Malam Selangor

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 272 hits
Pasar malam sudah menjadi sebahagian daripada keperluan masyarakat kita Di situlah kita boleh mendapatkan pelbagai makanan barangan basah sayur sayuran dan buah buahan dengan harga yang berpatutan Bagi yang belum tahu terdapat kira kira 335...
Menginap Di Hotel Singgah Pengerang 2 Hari 1 Malam

Menginap Di Hotel Singgah Pengerang 2 Hari 1 Malam

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 206 hits
MENGINAP DI HOTEL SINGGAH PENGERANG 2 HARI 1 MALAM Baru baru ni umi ke Pengerang dan menginap di Hotel singgah di Kota Tinggi Alang alang join program PARTI BOLA KAW iaitu sesi tayangan perlawanan Piala Dunia di Singgah Cafe mereka kita men...
Cemburu Isteri Dibawa Ke Pasar Malam Suami Tetak Saudaranya Sendiri Sehingga Mati

Cemburu Isteri Dibawa Ke Pasar Malam Suami Tetak Saudaranya Sendiri Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 138 hits
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan polis kerana didakwa membunuh saudaranya sendiri hanya kerana cemburu melihat isterinya dibawa oleh mangsa pergi ke pasar malam nbsp Ketua Polis Probolinggo Kota Jamal berkata suspek Bebun sebelum i
Menginap 3h2m Di Asean Homestay Selangor

Menginap 3h2m Di Asean Homestay Selangor

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 217 hits
AssalamualaikumMenginap 3H2M Di Asean Homestay Selangor 14 12 2022 16 12 2022 Percutian keluarga yang tidak berapa dirancang Tidaklah tak berapa rancang ada juga perancangan tapi kata putus agak last minute atas banyak faktor Tapi kebetulan...
Air Selangor Janji Pulihkan Bekalan Air 9 Malam Esok

Air Selangor Janji Pulihkan Bekalan Air 9 Malam Esok

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 127 hits
BEKALAN air di 83 kawasan terjejas di Gombak Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pemotongan tidak berjadual akibat paip pecah dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam esok Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan ker
Lirik Lagu Igauan Malam Insomniacks

Lirik Lagu Igauan Malam Insomniacks

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 214 hits
Verse 1 Mungkin tak tertulisMungkin tak sangkaSemua tak dirancangTidak mengapa Verse 2 Aku dah biasaMenerima seadanyaWalaupun tak relaTidak mengapa Verse 3 Kumasih mencariBayangan sepertiKeluhan hati ku Pre Chorus Terulang lagiPerasaan iniM...
Khadijah Ibrahim Kusangka Siang Kiranya Malam Chord

Khadijah Ibrahim Kusangka Siang Kiranya Malam Chord

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 216 hits
Am Dm Am EmAm Suria memancarkan sinaranDmMenerangi alam semestaAm GSekuntum bunga mekar mengharumF EmDisiram titisan embunAmDinginnya angin yang berlaluDmDiriku seakan bermimpiAm GSebuah cinta terukir indahF E AmDua jiwa bertemuDm G CTidak ...
Makan Malam Di Warong Che Senah Kampung Baru Kuala Lumpur

Makan Malam Di Warong Che Senah Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 234 hits
Warong Che Senah kampung baruWarong Che Senah kampung baruWarong Che Senah di Kampung Baru Kuala Lumpur sentiasa menjadi tumpuan orang ramai sentiasa penuh dengan orang Aku pun first time datang sini itu pun hasil dari aku mengoggle Dalam n...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay