Cuti Bercuti Dan Melancong


Saya bukanlah orang yang sering pergi bercuti. Pengalaman saya bercuti terutama di tempat-tempat yang jauh memang tidak banyak. Boleh dibilang dengan jari berapa kali sahaja saya pergi bercuti.
Saya juga bukanlah orang yang tidak suka bercuti. Saya memang suka bercuti terutama bercuti ke tempat yang jauh daripada rumah saya. Namun, peluang untuk saya bercuti itu memang tidak banyak. Selain daripada kekangan masa dan wang ringgit, kekangan keluarga juga antara sebab saya tidak banyak peluang untuk pergi bercuti. Hal ini kerana, keluarga saya bukanlah keluarga yang menyeronokkan untuk diajak bercuti. Saya lebih suka bercuti dengan kawan-kawan berbanding bercuti dengan keluarga. Apa sebabnya biarlah saya seorang sahaja yang tahu. Hendak didedahkan di sini takut mengaibkan keluarga sendiri pula.

Jika saya tidak pergi bercuti, saya suka menghabiskan masa di restoran-restoran mewah untuk menikmati makanan yang enak-enak. Jika tidak pun, saya suka menghabiskan masa saya untuk pergi menonton wayang. Dalam bab-bab menonton wayang atau filem ini, saya lebih suka menonton filem-filem Barat daripada filem-filem Malaysia (lebih tepat lagi filem-filem Melayu) di pawagam. Seingat saya, hanya tiga sahaja filem Melayu yang saya pernah tonton di pawagam iaitu Special KL Force, Munafik 2 dan Paskal.

Mengapa saya tidak suka menonton filem Melayu di pawagam? Saya sendiri tidak mempunyai jawapan yang tepat berkenaan perkara tersebut. Mungkin kerana filem-filem Melayu ini kurang menghiburkan atau filem-filem ini bakal ditayangkan di Astro akhirnya, jadi saya memang tidak bercadang untuk menonton filem-filem Melayu di pawagam. Jika filem-filem Melayu itu mendapat ulasan yang positif daripada orang ramai, barulah saya akan pergi menonton.

Ini bukanlah bermaksud saya menganggap filem-filem Melayu itu tidak berkualiti. Bukan semua filem Melayu tidak berkualiti. Sebenarnya tetdapat banyak filem Melayu/Malaysia yang berkualiti yang boleh ditonton di pawagam. Cuma saya sahaja yang mempunyai banyak kekangan untuk pergi menonton.

Berbalik kepada soal bercuti pula, tidak banyak tempat di negara ini yang saya pernah pergi. Selain daripada tempat-tempat bersejarah di kampung saya yakni Melaka, saya pernah sampai ke beberapa tempat di Kuala Lumpur (sudah semestinya kerana saya tinggal di sini), Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak. Negeri-negeri yang tidak pernah saya kunjungi ialah Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

Dalam negeri-negeri yang pernah saya pergi pun, terdapat pelbagai tempat menarik yang tidak saya kunjungi. Di tempat tinggal saya sendiri yakni Kuala Lumpur, banyak tempat menarik di sini yang belum lagi saya pergi. Maksudnya di sini, banyak sungguh tempat menarik di negara saya sendiri yang saya belum menjejakkan kaki. Namun, Insha Allah, jika mempunyai rezeki lebih dan masa terluang, saya pasti akan pergi.

Negeri yang ingin benar saya kunjungi ialah Pulau Pinang. Selain mempunyai banyak tempat-tempat menarik, sering dikhabarkan kepada saya bahawa makanan di sana banyak yang enak-enak. Saya sekarang ini sedang merancang bersama kawan-kawan untuk pergi ke sana dalam tahun hadapan.

Selain bercuti di dalam negara, di luar negara pun saya pernah menjejakkan kaki. Pengalaman saya menjejakkan kaki ke luar negara sekali sahaja iaitu di Pulau Jeju, Korea Selatan. Itulah pengalaman bercuti di luar negara yang paling menyeronokan di samping memenatkan yang saya pernah alami. Jika mempunya rezeki lebih, saya teringin benar untuk melancong ke United Kingdom (terutama London) dan Jepun. Menjejakkan kaki ke Korea Selatan (kali ini Seoul) pun ada dalam perancangan saya.

Perkara yang paling menyeronokan ketika bercuti bagi saya ialah ketika dalam perjalanan untuk sampai ke tempat percutian. Saya suka melihat ke luar tingkap kereta, bas atau kapal terbang untuk melihat pemandangan. Oleh sebab itulah saya tidak suka memandu ketika pergi bercuti. Oleh sebab itulah juga saya suka duduk di tepi tingkap kereta, bas, atau kapal terbang ketika pergi bercuti. Tidur dalam perjalanan untuk pergi bercuti (walaupun bahaya) adalah sesuatu yang saya suka buat juga.

Meskipun telah banyak tempat yang pernah saya pergi melancong, namun bukan semuanya menyeronokan. Hal ini kerana, keluarga saya sendiri yang suka merosakkan suasana percutian yang menyeronokan itu dengan tingkah laku mereka. Oleh sebab itulah mengapa saya tidak suka pergi bercuti atau melancong bersama keluarga saya.

Umur saya sekarang ini sudah pun mencecah 24 tahun. Saya sekarang sudah boleh merancang untuk bercuti dengan kawan-kawan lebih-lebih lagi setelah saya telah bekerja ini. Saya berharap agar segala impian saya untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang saya ingin pergi dimakbulkan oleh Allah hendaknya.

Menonton wayang, bermain boling, karoeke, makan di restoran mewah, melancong di dalam dan luar negara adalah antara perkara yang saya suka lakukan. Saya ingin menikmati kehidupan saya setelah saya penat bekerja. Begitu juga dengan anda. Lakukanlah perkara yang anda lakukan setelah anda penat bekerja. Nikmati hidup anda sepuasnya dengan melakukan perkara-perkara yang anda suka.   



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2018/11/cuti-bercuti-dan-melancong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kerap Buat Hal Masa Bercuti Melancong Tip Ini Boleh Membantu Anda

Anak Kerap Buat Hal Masa Bercuti Melancong Tip Ini Boleh Membantu Anda

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 397 hits
Semestinya bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh kanak kanak Mana tidaknya inilah masa untuk mereka bersuka ria Lazimnya percutian pendek seperti satu hari dua malam atau dua hari tiga malam merupakan kelaziman buat mereka yang ...
Senarai Tarikh Cuti Panjang 2019 Jom Rancang Travel Trip Bercuti Balik Kampung

Senarai Tarikh Cuti Panjang 2019 Jom Rancang Travel Trip Bercuti Balik Kampung

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 1149 hits
Senarai Tarikh Cuti Panjang 2019 Pejam celik pejam celik eh eh esok dah 1 November 2018 Lagi 2 bulan bertemulah kita dengan tahun baru 2019 inshaaAllah So tak ada rancang pergi mana mana ke pada tahun depan Melancong ke tempat menarik denga...
Jangan Berkira Bercuti Masa Anak Kecil Macam Macam Ragam Kenangan Ni Akan Di Ingat Selalu

Jangan Berkira Bercuti Masa Anak Kecil Macam Macam Ragam Kenangan Ni Akan Di Ingat Selalu

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 653 hits
Biasanya alasan yang selalu diberikan bila nak bawa anak kecil bercuti susah nak urus Lagi lagi dengan macam macam ragam Kalau nak diikutkan rugi sangat berkira bercuti dengan anak atas sebab leceh melayan kerenah dia orang Ini kerana kita ...
Hans Isaac Nafi Bercuti Bersama Neelofa Di Maldives

Hans Isaac Nafi Bercuti Bersama Neelofa Di Maldives

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1206 hits
Umum mengetahui baru baru ini Neelofa menikmati percutian yang sangat indah di Pulau Maldives dan berkesempatan untuk merasai pengalaman menginap di sebuah villa mewah di dasar laut berharga RM200 000 untuk satu malam Selebriti itu juga sem...
Sambil Bercuti Sambil Bekerja Sambil Bekerja Sambil Bercuti

Sambil Bercuti Sambil Bekerja Sambil Bekerja Sambil Bercuti

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 253 hits
Saya rasa masa macam berlalu dengan sangat pantas Saya rasakan seolah olah macam baru semalam saya balik Tapi sebenarnya dah hampir sebulan ia berlalu Aduhai Mood masih lagi dalam mode bercuti Saya rasa kan bagus kalau satu hari nanti saya ...
Desa Dairy Farm Kundasang Rasa Rugi Kalau Tak Singgah Bila Dah Bercuti Di Kundasang

Desa Dairy Farm Kundasang Rasa Rugi Kalau Tak Singgah Bila Dah Bercuti Di Kundasang

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 927 hits
Hari ini merupakan hari kedua saya bercuti di Kundasang Sabah Memandangkan percutian kali ini adalah kali yang kedua saya melawat Kundasang Sabah jadi saya tak begitu tergesa gesa nak mulakan hari saya Saya ambil masa secukupnya untuk lepak...
Bercuti Ke Chiang Mai Dengan Traveloka

Bercuti Ke Chiang Mai Dengan Traveloka

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 369 hits
Setiap daripada kita pastinya inginkan mengunjungi atau melancong keluar negara dan bagi ana salah satu tempat yang ana ingin kunjungi tak adalah jauh sangat hanya seberang negara kita Chiang Mai di Thailand merupakan salah satu tempat yang...
Bercuti Bersama Keluarga Di Theme Park Hotel Genting Highlands

Bercuti Bersama Keluarga Di Theme Park Hotel Genting Highlands

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 524 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai salah satu...
Bercuti Ke Bandung Tempat Tempat Menarik Wajib Lawat Di Bandung

Bercuti Ke Bandung Tempat Tempat Menarik Wajib Lawat Di Bandung

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 974 hits
Assalamualaikum salam sejahtera semuaTravelogue admya kali ni akan membawa anda semua kembali Paris Van Java Bandung Indonesia Ternyata Bandung banyak berubah setelah 5 tahun admya pergi Kali ni admya tak akan highlight banyak tentang lawat...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage