Curi Ikan Sayur Bos Mydin Sedih Situasi Sekarang


Jika dahulu pengunjung di pasar raya besar ada yang ditangkap mencuri barang-barang berharga seperti televisyen dan pembesar suara, kini, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Ameer Ali Mydin, lain pula ceritanya

Kata Ameer, sewaktu ramai rakyat terjejas pendapatan gara-gara Covid-19, amat menyedihkan baginya mengetahui ramai terlibat dalam kes mencuri bahan-bahan makanan seperti ikan dan sayur

Dan itu adalah pengalaman yang melibatkan perniagaannya secara langsung

“Kecurian di pasar raya besar seperti Mydin meningkat, tapi mereka bukan mencuri barang bernilai tinggi

"Dulu-dulu orang datang dan curi TV, pembesar suara, untuk dijual. Sekarang mereka curi ikan kembung, mereka curi sayur. Ia sangat menyedihkan,” katanya

Dia berkata demikian semasa menjadi panel dalam sidang media anjuran Industries Unite (IU) iaitu gabungan 115 persatuan, institusi dan badan perdagangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia

Bukan itu sahaja. Menurut presiden Persatuan Peruncit Bumiputera itu lagi, penjualan mi segera di pasar raya besarnya juga melonjak tinggi semasa wabak Covid-19 ini melanda

"Jualan mi (segera) melonjak sangat-sangat tinggi. Adakah kamu fikir orang malas masak? Tidak! Ia berlaku kerana orang tak mampu benda lain

“Mi ialah (pilihan) yang paling murah untuk mengalas perut

“Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka begini? Ini menyedihkan,” katanya

Masa untuk kerajaan mendengar
Ameer berkata demikian ketika menjelaskan betapa kerajaan perlu tampil dengan strategi dan naratif baru dalam melawan Covid-19

Terdahulu pengasas bersama IU, David Gurupatham, menegaskan kerajaan kini memerlukan strategi dan naratif baru berbanding naratif perintah berkurung (lockdown) yang tidak berkesudahan dan hanya menyalahkan pihak kilang atas penularan Covid-19

Katanya, naratif kerajaan kini harus berkisar tentang memastikan rakyat tidak menderita kerana hilang pendapatan dalam tempoh masa yang lama akibat penutupan sektor, dan hal itu dapat dilihat daripada gerakan bendera putih yang tular baru-baru ini

“MKN (Majlis Keselamatan Negara) mungkin dapat selamatkan kita daripada virus (dengan sekatan pergerakan), tapi apalah gunanya jika orang akan mati kebuluran?” katanya merujuk sektor perniagaan lama ditutup sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP)

Inisiatif bendera putih adalah gerakan untuk meminta pihak yang terputus bekalan makanan menaikkan bendera putih di rumah masing-masing sebagai isyarat untuk orang lain - khususnya jiran tetangga - menghulurkan bantuan

Ia mendapat perhatian menggalakkan daripada pelbagai pihak yang turut menghulurkan bantuan, di sebalik kecaman segelintir ahli politik PAS yang memandangnya sebagai suatu petanda mengaku kalah

Kata David, sudah sampai masa untuk kerajaan mendengar suara pemain industri dalam soal pengurusan industri ketika wabak Covid-19

Katanya, IU menyertai banyak sesi libat urus dengan pihak kerajaan dalam menyuarakan cadangan mereka dalam cara operasi industri, selain ahli-ahlinya turut selalu menyuarakan pandangan mereka di platform berita

Namun, katanya, pandangan mereka sehingga kini dipandang sepi

“Apakah ada tindakan yang diambil? Adakah lama benar masa diambil untuk membuat sesuatu keputusan

“[...] Kami mahu lihat libat urus yang membina. Ya, kami dijemput berbincang dengan kementerian, dengan menteri setiap minggu

“Tetapi, kini sudah sampai ke tahapnya untuk kami bertanya: apa terjadi kepada semua cadangan kami? ‘Kami akan kaji’ - itulah jawapannya (yang diberikan). Kita sudah 16 bulan dalam pandemik. Tempoh untuk ujian sudah habis

“Sekarang masanya untuk (kerajaan) mendengar,” katanya

Jangkakan pengangguran lebih tinggi
Pada Feb lalu IU pernah mengkritik keras langkah kerajaan melanjutkan PKP dan menganggapnya akan membunuh perniagaan sekali gus menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan. 
UI juga menggesa agar pelaksanaan moratorium automatik ketika PKP dilaksanakan semula baru-baru ini. 
Antara hal yang dipersoalkan David dalam sidang media tadi ialah tiadanya wakil sektor swasta dalam proses membuat keputusan kerajaan berkenaan soal tersebut, selain pendekatan PKP yang masih diambil kerajaan meskipun ia tidak mampu menjadi penyelesaian jangka panjang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Selain itu, dia turut mempersoalkan sains di sebalik penentuan perkhidmatan penting dan tidak penting oleh kerajaan

Seorang lagi pengarah bersama IU, Irwin SW Cheong, memberitahu pada awal tahun ini mereka memberi amaran berkenaan pengangguran besar-besaran yang akan berlaku jika kerajaan terus mengambil pendekatan menutup ekonomi

Katanya, berdasarkan statistik IU, bilangan perniagaan yang masih hidup sudah berkurang dengan banyak sekali, dan itu bermakna pengangguran yang lebih tinggi lagi pada masa akan datang

Antara panel lain yang bercakap pada sidang media itu termasuklah Tony Looi Chee Hong, Teo Chiang Kok, Shirley Tay, dan AT Kumarajah

Antara hal-hal lain yang dibangkitkan mereka ialah perlunya kadar vaksinasi dipercepat, kebenaran memvaksin kepada sektor swasta, membenarkan penjualan alat ujian saringan kendiri, dan lain-lain

Gara-gara Covid-19, PKP mula-mula diperkenalkan pada 18 Mac tahun lalu, dan sejak itu mengalami beberapa fasa pelaksanaan. Terbaru, negara di bawah pelaksanaan fasa pertama PKP di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Sepanjang kawalan pergerakan melalui fasa berbeza itu, banyak sektor yang dahulunya ditutup kini dibenarkan dibuka, namun banyak juga sektor yang tidak beroperasi sejak lebih setahun lalu, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka yang terlibat di dalam sektor berkenaan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/07/curi-ikan-sayur-bos-mydin-sedih-situasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Dulu Rakyat Curi Tv Sekarang Curi Ikan Bos Mydin

Covid 19 Dulu Rakyat Curi Tv Sekarang Curi Ikan Bos Mydin

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 447 hits
M Fakhrull HalimJika dahulu pengunjung di pasar raya besar ada yang ditangkap mencuri barang barang berharga seperti televisyen dan pembesar suara kini kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Ameer Ali Mydin lain pula ceritanya K...
Jaga Hingga Hujung Nyawa Harith Iskander Sedih Anjing Kudung Sudah Tiada

Jaga Hingga Hujung Nyawa Harith Iskander Sedih Anjing Kudung Sudah Tiada

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 196 hits
Standup comedian dan juga pengacara popular Harith Iskander meluahkan rasa sedih apabila anjing kudung peliharaannya bersama keluarga telah mati Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram Harith berkongsi berita duka mengenai anjing yan...
Situasi Ppkm Darurat Di Jakarta Saat Akhir Pekan Aman Terkendali

Situasi Ppkm Darurat Di Jakarta Saat Akhir Pekan Aman Terkendali

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 225 hits
Salah satu titik pembatasan di Lenteng Agung Jakarta Selatan Kasat Lantas Polres Jakarta Selatan Kompol Sri Widodo mengungkapkan kondisi saat weekend ini berjalan kondusif
Berita Gembira Berita Sedih Adsense Oo Adsense

Berita Gembira Berita Sedih Adsense Oo Adsense

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 169 hits
Berita Gembira Berita Sedih Adsense oo Adsense Sedihnya baca tajuk posting mama harini Tapi sebelum sedih nak juga mama cerita berita yang gembira dulu Alhamdulillah sejak 22 bulan lamanya blog ni berjaya memohon Google Adsense thanks to si...
Wartawan Tua Tidak Keruan Tergelak Dalam Sedih Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan

Wartawan Tua Tidak Keruan Tergelak Dalam Sedih Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 503 hits
TEMERLOH Aktivis alam sekitar Mohd Khaidir Ahmad hari ini mendakwa beliau perasaan beliau tiba tiba jadi tidak keruan dan mahu tergelak dalam kesedihan tatkala terbaca satu keratan akhbar bertajuk Pahang negeri terbaik pelihara hutan Kerata...
Siti Elizad Sedih Luluh Hati Dikata Mandul

Siti Elizad Sedih Luluh Hati Dikata Mandul

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 217 hits
Pelakon popular Siti Elizad sedih dan kecewa apabila dihina dan dikatakan mandul oleh seorang pengguna laman sosial Elizad berkata tindakan individu yang menggunakan akaun Zain Rashdan itu adalah keterlaluan dan biadab Saya jarang melayan k...
Covid 19 Siapa Berani Muncul Sebagai Solution Kepada Situasi Yang Ada

Covid 19 Siapa Berani Muncul Sebagai Solution Kepada Situasi Yang Ada

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 242 hits
UMNO buat havoc tapi tiada penyelesaian Kemelut politik yang melanda negara ketika ini sama sekali tidak akan membantu meringankan masalah yang dihadapi rakyat Terbaharu UMNO menuntut supaya Tan Sri Muhyiddin Yasin meletakkan jawatan bagi m...
Ppkm Darurat Anies Perintahkan Asn Dki Datangi Rt Rw Cek Situasi Dan Kendala

Ppkm Darurat Anies Perintahkan Asn Dki Datangi Rt Rw Cek Situasi Dan Kendala

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 270 hits
Identifikasi jangan ada keluarga di lingkungan kita yang kelaparan Galang kerja sama dan solidaritas antarwarga untuk menjaga lingkungan memastikan PPKM Darurat di lingkungan kita berjalan baik kata Anies
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization