Curi Curi Minum Air Paip Dalam Bilik Air
Antara kenangan yang ter'indah' semasa puasa waktu kecil-kecil dulu...
Petang-petang lepas Asar, as usual pergi keluar bermain dengan jiran-jiran. Walaupun time tu puasa (acah puasa), tapi rutin harian setiap petang keluar main tetap diteruskan.
Main kejar kejar, main baling selipar, main tingting, main lompat tali, main sorok-sorok, main kat taman permainan berdekatan rumah dan kadang kadang bergosip juga. Ehh? Jangan main-main. Kecil kecil pun pandai dah membawang hahaha.
Pukul 6 petang WAJIB balik rumah dah. Kalau lambat sikit, mula lah umi panggil "KAKCIK BALIKKKK!". Kalau umi yang panggil, dua tiga kali baru lah sedar diri nak balik. Tapi kalau abi yang panggil balik, sekali pun dah cukup. Dengar suara pun dah meremang bulu roma. Takut. Terus taat haha.
Balik rumah tu.. lepas dah syok main dengan kawan-kawan, mesti lah penat kan. Mulut kering. Dahaga. Haus yang teramat bangattt. Dah balik tu juga, umi suruh pergi mandi. Hmmm apalagii.....
curi curi minum air paip dalam tandas | image GoogleKalau dah tak tahan sangat haus gilosss.. saya pun 'ter'minum air paip ketika mandi. Bila air lalu kat muka, 'TER' lalu dalam mulut sekali. Lega rasa. Hilang dahaga. Terus segar. HAHAHAHAHA.
Tapi tu dulu laaa. Waktu kecil kecil. Time sekolah rendah. Belum baligh lagi. Belum 'matang'. Belum faham erti amanah dan tanggungjawab. Tibee haha.
Ada yang pelik tak "kenapa tak buka puasa je? kan masih kecil lagi".
Ohh. ermm umi abi saya memang menitikberatkan ibadah solat, puasa dan menutup aurat sejak kecil lagi. Dah train awal-awal. Nak bantang kang, takut kena 'bantai' je haha. So, saya dan adik beradik ikut jelah.
Tu lah cerita 'nakal' zaman kecil kecil dulu. Puasa tapi time petang je tak tahan. Lagi lagi kalau lepas main kejar-kejar haha.
Korang ada yang macam tu juga ke? Heee.
BACA JUGA:
- pernah tipu tak boleh nak jalan kecik-kecik dulu
- hajat di hati nak buka akaun Maybank tapi tidak kesampaian~
- Pengalaman Praktikal di Bank Rakyat Seremban
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/05/curi-curi-minum-air-paip-dalam-tandas.html