Curang Adalah Pilihan Curang Juga Adalah Kesalahan


Curang Dalam Perkahwinan Adalah Pilihan & Juga Adalah Kesalahan Dua minggu sudah aku sempat menonton sesi live Tuan Syed Azmi bersama seorang wanita di Facebook beliau. Isu yang dibincangkan ialah mengenai curang dalam perkahwinan. Curang adalah satu pilihan dan curang merupakan satu kesalahan.

Pemanggil merupakan seorang perempuan dan aku namakan Puan X (sekadar rujukan). Rasanya ramai yang mengenali Tuan Syed Azmi, seorang aktivis yang banyak melakukan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Kebanyakkan kes kendalian beliau mendapat perhatian banyak pihak termasuklah isu kekeluargaan termasuklah memperjuangkan hak dan nasib kanak-kanak dan remaja, isu buang bayi dan remaja hamil serta pedofilia.

Tujuan aku berkongsi dengan pembaca blog ini adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu bertujuan berkongsi ilmu dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca.

Banyak ilmu yang aku pelajari semasa menonton sesi perbincangan tersebut dan aku suka cara Tuan Syed menasihati Puan X. Sikit pun Syed Azmi tidak marah mahupun menyalahkan Puan X, malah memberikan fakta dan juga nasihat apa yang perlu dilakukan.





Isteri Curang Dengan Suami orang Dalam kes ini, Puan X merupakan isteri dan ibu kepada empat orang cahaya mata. Usia perkahwinan dah mencecah 17 tahun. Melakukan perbuatan terlarang dengan suami orang dan melakukan perbuatan curang sudah hampir dua tahun.

Walaupun Puan X di uji sebegini tapi dia masih tampil mencari penyelesaian. Sebagai orang luar yang mendengar kisah rumah tangga yang diuji, aku ambil pendekatan untuk ingatkan diri supaya tidak menjadi hakim untuk menghukum kerana aku tidak berada di tempat mereka yang terlibat.

Puan X menghubungi Tuan Syed kerana ingin mendapatkan nasihat tentang apa yang boleh dia lakukan untuk menebus kesalahan.

Untuk kes Puan X, perbuatan dia terbongkar apabila suami dia dapat tahu. Suami berang dan mahu Puan X dan lelaki (skandal) itu bertanggungjawab.

Oleh sebab rasa geram, marah dan simpan dendam kerana dikhianati, suami ingin ceraikan Puan X dan mahu mereka berdua bertanggungjawab berkahwin.






Suami Dikhianati Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
Dalam perbualan itu juga, Puan X meminta pandangan Tuan Syed mengenai niat suami dia yang mahu ambil tindakan undang-undang kerana mengganggu rumah tangga mereka.

Masalah timbul apabila skandal cuba melepaskan diri dalam erti kata lain putuskan hubungan dengan Puan X dan isteri skandal ada beritahu Puan X yang mungkin dia terkena sihir ilmu penunduk.

Puan X dan suami geram kerana lelaki tersebut terlepas begitu sahaja dan minta pendapat bagaimana mahu membawa kes ke muka pengadilan.
Aku tertarik dengan soalan yang diajukan oleh Tuan Syed kepada Puan X. Atas sebab apa suami nak ambil tindakan (bawa skandal ke muka pengadilan)?

Dalam perbualan tersebut, Tuan Syed ada menerangkan jika suami mahu menceraikan Puan X dan suruh berkahwin dengan skandal atas dasar geram, marah dan dendam maka perkara tersebut tidak akan berlaku.

Ini kerana selepas suami menceraikan Puan X, maka dia tiada hak untuk suruh atau paksa Puan X berkahwin dengan skandal.

Lebih menyedihkan Puan X kongsikan yang skandal tidak mahu menceraikan isteri dia dan ternyata hubungan mereka hanya sekadar suka-suka.

Puan X juga bertanyakan tentang JenayahOrang Ketiga kerana suami dia merasakan yang skandal telah mengganggu rumah tangga mereka. 



Menurut jawapan Tuan Syed, undang-undang itu tidak terpakai untuk kes Puan X kerana perbuatan curang dilakukan olehnya dengan rela hati, tiada wujud paksaan dan dalam keadaan sedar.

Wallahualam, itu apa aku dapat simpulkan dari perbualan tersebut. Ilmu baru untuk aku dan berjaya buka mata untuk aku gali lagi ilmu rumah tangga.

Berkaitan dakwaan terkena sihir penunduk atau ilmu guna-guna, Tuan Syed menerangkan jika ingin membawa kes ke mahkamah semestinya isteri skandal akan dipanggil untuk memberi keterangan. Jadi kena faham apa tindakan yang ingin diambil.

 

Nasihat Syed Azmi Terhadap Isteri Curang

Sebelum menasihati Puan X dengan lebih lanjut, Tuan Syed Azmi memuji tindakan Puan X yang sedar akan kesalahan yang dia lakukan dan ingin bertaubat. Dia terangkan juga, sepanjang dua tahun berlakunya curang merupakan pilihan dan jalan yang skandal dan Puan X ambil.

Jadi, dalam kes ini tidak timbul isu mempergunakan dan dipergunakan. Puan X juga bukanlah mangsa jauh sekali ditipu kerana setiap perbuatan dalam keadaan sedar. Dalam kes ini mangsa ialah suami & anak-anak Puan X serta isteri skandal.

Apa yang boleh dilakukan ialah bertaubat, kembali muhasabah diri, memohon kemaafan, duduk berbincang dengan suami dan tentukan hala tuju hubungan. Puan X kena bersedia dengan keputusan dan kehendak suami.

Jika suami setuju untuk memaafkan, Puan X harus bekerja keras untuk kembalikan kepercayaan suami dan anak-anak. Kena buktikan juga yang dia tidak akan berhubung dengan skandal.






Kesimpulan

Sesungguhnya rumah tangga mana yang tidak dilanda badai. Isu curang dalam perkahwinan bukanlah perkara baru dan curang juga menandakan perkahwinan itu bermasalah. Baik suami atau isteri yang memilih untuk curang harus fikirkan juga kesan dan akibat atas pilihan yang dibuat.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/02/curang-adalah-pilihan-curang-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terus Bersama Bersatu Adalah Pilihan Kalah Buat Pas

Terus Bersama Bersatu Adalah Pilihan Kalah Buat Pas

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 144 hits
Dalam tujuh resolusi Muzakarah Bersatu Pas baru baru ini selain salah satunya ialah memberi peringatan tentang sokongan bersyarat kepada Ismail Sabri Yaakob kedua dua parti itu juga memuktamadkan ketetapan untuk menyertai PRN Johor atas tik...
Sany Hamzan Sebenarnya Kita Pun Tak Tahu Kenapa Pilihan Raya Di Johor P

Sany Hamzan Sebenarnya Kita Pun Tak Tahu Kenapa Pilihan Raya Di Johor P

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 165 hits
Padan muka dengan pemuda Pas mulur penuh RM90 jota Tamak kuasa Ini lah apa yangberlaku di era Hadi awang Tak pernak keluar dari mulut impinan Pas mengenai Azam Baki
Susahnya Anak Nak Makan Sosej Nugget Bukan Pilihan Tepat Anak Bantu Anak Makan Cara Sihat

Susahnya Anak Nak Makan Sosej Nugget Bukan Pilihan Tepat Anak Bantu Anak Makan Cara Sihat

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 184 hits
Memang susah bila anak tak mahu makan tapi tak semestinya kita cari makanan paling mudah dan senang sedia setiap hari untuk anak Sosej nugget dan sebagainya amatlah tidak sihat untuk anak kita Mengapa Ini yang dikongsikan oleh Berpada pada ...
Ihsg Dibuka Menguat Ini 9 Saham Pilihan Analis Patut Dipertimbangkan

Ihsg Dibuka Menguat Ini 9 Saham Pilihan Analis Patut Dipertimbangkan

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 168 hits
CEO Indosurya Bersinar Sekuritas William Surya Wijaya mengatakan potensi tekanan masih cukup besar dibandingkan dengan kemampuan untuk naik Saat ini belum ada booster untuk mendongkrak IHSG
Matlamat Utama Pas Ialah Perjuangan Dan Bukan Untuk Menang Pilihan Raya

Matlamat Utama Pas Ialah Perjuangan Dan Bukan Untuk Menang Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 249 hits
Pada tahun 1978 PAS hanya menang lima kerusi parlimen sahaja dan untuk pertama kalinya kalah di Kelantan Pada tahun 1986 PAS menang hanya satu sahaja kerusi Pada 1990 pula PAS menang 14 kerusi parlimen bersama Semangat 46 dan berjaya meramp...
Bagusnya Credit Card Islamic Jadi Pilihan Saya

Bagusnya Credit Card Islamic Jadi Pilihan Saya

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 178 hits
Kenapa saya pilih credit card AFFIN ISLAMIC Islamic kad dengan konsep Syariah compliant Boleh kelebihan kad kredit Islamic di artikel Selain itu kelebihan kad kredit AFFIN Islamic juga adalah1 Reward point card Setiap RM1 yang dibelanjakan ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean