Cuma Keraian Penduduk Nafi Dakwaan Hidup Semula Ajaran Sesat


 
Penduduk Kampung Batu 13 di Hulu Besut berkata, mereka tidak nampak sebarang aktiviti mencurigakan atau usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin di perkampungan itu. (Gambar Bernama)JERTIH: Penduduk di Kampung Batu 13, Hulu Besut, dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungan itu seperti yang tular di media sosial.
Seorang penduduk hanya mahu dikenali Rosli, 50, berkata perhimpunan yang sering dilihat itu adalah majlis keramaian dan kenduri-kendara anjuran ahli keluarga serta saudara-mara Ayah Pin, termasuk yang terbaharu majlis perkahwinan anak Ayah Pin pada bulan lalu.
“Saya terkejut apabila tiba-tiba sejak beberapa hari kebelakangan ini kecoh kononnya ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan semula. Sebagai penduduk yang tinggal berdekatan, saya tidak nampak ada aktiviti mencurigakan di penempatan yang dihuni lebih 100 penduduk ini.
“Cuma baru-baru ini (Februari lepas) memang ada majlis kenduri perkahwinan anak Ayah Pin dan ramai saudara mereka datang, termasuk saya turut dijemput. Ahli keluarga Ayah Pin yang tinggal di sini selalu buat majlis keramaian, termasuk sambutan hari jadi.”
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu 13, Ab Ghani Mamat turut mengesahkan tidak melihat sebarang aktiviti mencurigakan dalam tempoh terdekat.
“Saya tak nampak apa-apa pelik sehari dua ini dan pihak berkuasa memang sentiasa pantau penempatan berkenaan.”
Media sebelum ini melaporkan ada cubaan pihak tertentu menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan “Kerajaan Langit”.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Muhammad Khalil Hadi ketika dihubungi Bernama semalam berkata, perkara itu dalam makluman kerajaan negeri dan tindakan pihak berwajib.
Terdahulu, akaun Facebook ‘Imam Muda Kulan’ mendakwa ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak tertentu di sekitar Besut.
Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengeluarkan fatwa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.
Pada April 2016, Ayah Pin meninggal dunia pada usia 74 tahun di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut kerana sakit tua. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/cuma-keraian-penduduk-nafi-dakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Terkejut Ajaran Sesat Ayah Pin Cuba Hidupkan Semula

Penduduk Terkejut Ajaran Sesat Ayah Pin Cuba Hidupkan Semula

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 180 hits
BESUT Penduduk terkejut apabila terdapat dakwaan segelintir pengikut ajaran sesat Ayah Pin cuba menghidupkan semula ajaran sesat tersebut yang diharamkan sejak 1997 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Batu 13 Ab Ghani...
Malaysia Eu Perlu Hidup Semula Perjanjian Perdagangan Bebas

Malaysia Eu Perlu Hidup Semula Perjanjian Perdagangan Bebas

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 281 hits
Malaysia dan Kesatuan Eropah seharusnya menghidupkan semula perbincangan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala serta integrasi serantau Hal itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrah...
Kecoh Ajaran Ayah Pin Dihidupkan Kembali Penduduk Setempat Buka Mulut Baru Baru Ini Memang Ada Majlis Tapi Itu

Kecoh Ajaran Ayah Pin Dihidupkan Kembali Penduduk Setempat Buka Mulut Baru Baru Ini Memang Ada Majlis Tapi Itu

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 226 hits
Kecoh baru baru ini dakwaan bahawa wujudnya cubaan menghidupkan semula ajaran Ayah Pin oleh gerakan tertentu di sekitar Besut Terengganu Seperti kita semua tahu ajaran Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad telah diwartakan sesat ole...
Cubaan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Apa Kata Anak Presiden Pas

Cubaan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Apa Kata Anak Presiden Pas

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 216 hits
HarapandailyHeboh dakwaan ada pihak cuba menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di Besut Terengganu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul...
Pastikan Ajaran Sesat Termasuk Ayah Pin Tidak Bertapak Di Pahang Al Sultan Abdullah

Pastikan Ajaran Sesat Termasuk Ayah Pin Tidak Bertapak Di Pahang Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 249 hits
TEMERLOH Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah meminta kerajaan negeri dan pihak berkuasa memantau dan bertindak tegas bagi memastikan ajaran sesat yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah bertap...
Hukuman Pesalah Ajaran Sesat Lebih Berat

Hukuman Pesalah Ajaran Sesat Lebih Berat

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 154 hits
PETALING JAYA Pesalah berkaitan ajaran sesat seperti menyebar dan menganggotainya akan berhadapan hukuman lebih berat di bawah pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 atau Akta 355 Ketika ini kesalahan ajaran sesat hanya dikenakan hukuman denda ...
Bella Berhak Hidup Tenang Nekad Tuntut Cerai Pada Aliff Aziz Rakan Artis Banjiri Komen Bella Dengan Kata Sokongan

Bella Berhak Hidup Tenang Nekad Tuntut Cerai Pada Aliff Aziz Rakan Artis Banjiri Komen Bella Dengan Kata Sokongan

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 173 hits
Susulan kontroversi yang melibatkan pelakon Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama akres Ruhainies isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah telah pun hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari Rabu bagi prosiding cerai terhadap s...
Jenazah Warga Bangladesh Masih Sempurna Walaupun Mayatnya Lama Tak Dituntut Ini Amalannya Ketika Hidup

Jenazah Warga Bangladesh Masih Sempurna Walaupun Mayatnya Lama Tak Dituntut Ini Amalannya Ketika Hidup

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 205 hits
Pelbagai latar belakang manusia diuruskan oleh skuad pengurusan jenazah tanpa mengira usia jantina atau bangsa 8220 Setiap jenazah mempunyai kisah tersendiri dan skuad menjalankan tanggungjawab menguruskan mereka sehingga ke liang lahad 822...
Selagi Masih Hidup Dara Jawab Kemungkinan Jika 2ne1 Akan Comeback Buat Peminat

Selagi Masih Hidup Dara Jawab Kemungkinan Jika 2ne1 Akan Comeback Buat Peminat

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 333 hits
Mesti ramai yang menantikan reunion dan comeback dari 2NE1 kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Sandara Park telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Energytalktalk di mana idola itu ada bercakap tentang kemungkinan 2NE1 akan membuat kemu...
Autoimmune Disease

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

The Middle East Has Changed Permanently

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual

Cara Kesan Phone Kena Hack Kod Rahsia Elak Kena Intip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Kosong

Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord