Cukuplah Tun Usah Bermain Api



Apabila dia (Mahathir Mohamad) kalah dalam Pilihan Raya Umum tahun 1969 di Parlimen Kota Setar, Kedah, maka doktor muda itu berubah menjadi “ultra-Melayu”. Beliau menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Beliau menyerang Tunku selepas Peristiwa 13 Mei 1969.
Lima puluh tiga tahun kemudian, apabila dia kalah di parlimen Langkawi dalam Pilihanraya Umum ke-15 pada tahun 2022 sehingga hilang deposit, pemimpin yang telah lanjut berusia itu dengan pencapaian dua kali jadi perdana menteri Malaysia, kini menyerang pula Perdana Menteri ke-sepuluh Anwar Ibrahim.
Pada tahun 2019, apabila sudah sampai masanya sebagai perdana nenteri ketujuh untuk menyerah kuasa perdana menteri kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan oleh gabungan Pakatan Harapan, maka tokoh tersebut berdalih-dalih.
Tetapi dalam masa yang sama dia menghimpunkan pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai pertubuhan dan NGO ke dalam suatu pertemuan yang diberi nama Perhimpunan Melayu Bermaruah.
Kesan dari perhimpunan itu maka berlakulah episod Langkah Sheraton. Kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas itu.
Sekarang tokoh yang telah lanjut berusia ini terus mengasak, mengasak dan menyerang Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Apakah dosa Anwar Ibrahim kepadanya, kita pun tidak mengerti.
Seperti modus operandi lama yang digunapakai, maka isu sentimen Melayu sekali lagi digunakan. Kali ini tokoh tersebut terlibat dalam usaha mengadakan pertemuan yang dipanggil Perhimpunan Proklamasi Melayu.
Setiap kali tokoh ini tersisih dari arus politik negara, dia akan menggunakan kartu atau kad kaum untuk dia kekal relevan.
BERIKAN DEWAN BINCANG DENGAN SELESA
Nasihat saya kepadanya: Usahlah bermain api; nanti terbakar negara sendiri. Cukup-cukuplah.
Bagi saya, tidak ada salahnya untuk tokoh berusia ini berbincang dengan penyokong-penyokongnya berkenaan isu nasib orang Melayu sekarang dan akan datang.
Berikan kepadanya dewan untuk perhimpunan itu boleh diadakan bagi mereka berbincang secara aman dan selesa.
Tetapi saya ingin bertanya kepadanya. Dia telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun kali pertama. Apa yang dia telah buat untuk orang Melayu biasa, kecuali kapitalis-kapitalis kroni anak pinak dan para sahabat sendiri.
Sekali lagi pada tahun 2018, dia telah diberi peluang menjadi perdana menteri selama 22 bulan. Kenapa tidak dibuat segala dasar dan program untuk membela nasib orang Melayu?
Kenapa sekarang hendak bercakap membela nasib orang Melayu. Sedang peluang telah diberi dengan luas sehingga lebih dua dekad kepadanya sebagai perdana menteri.
Anwar Ibrahim baru empat bulan jadi perdana menteri. Mana kepentingan orang Melayu yang telah digadai oleh Anwar? Jawapannya Tiada.
Mana hak-hak orang Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan telah dikompromi oleh Anwar Ibrahim? Juga jawapannya Tiada
Kedudukan Bahasa Melayu terjamin. Kedudukan Islam terjamin. Kedudukan Raja-Raja Melayu terjamin.
Anwar Ibrahim menegaskan perkara ini berkali-kali sama ada di dalam parlimen dan di luar Parlimen. Telinga ini mendengar. Diri ini menjadi saksi komitmen Anwar Ibrahim menjaga kepentingan Melayu.
Bezanya, sebagai seorang pemimpin negara berbilang bangsa dan agama, Anwar tetap tegas menjaga kepentingan dan hak-hak kaum-kaum lain dan agama lain seperti yang dijamin oleh undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Jadi apa salah Anwar Ibrahim sehingga dia hendak ditumbangkan secara tidak sah sekarang, di luar proses pilihanraya?
Ini bukan demokrasi. Ini suatu tirani gerombolan politik songsang.
Maka, adalah sangat wajar nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan bertindak tegas terhadap sesiapa jua yang secara tidak bertanggungjawab cuba membakar sentimen kaum dan agama sehingga menimbulkan ketegangan dan ancaman terhadap ketenteraman awam serta keselamatan negara.
Demi keselamatan Malaysia, saya menyokong ketegasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu.
JANGAN ULANGI GUNA AKTA DRACONIAN
Hanya satu, saya berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak melakukan kesalahan yang sama seperti apa yang telah dilakukan oleh perdana menteri ke-4 Mahathir Mohamad pada tahun 1988 apabila berhadapan dengan gugatan dan cabaran terhadap kedudukannya sebagai perdana menteri dan kerajaan yang dipimpinnya.
Mahathir telah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada tahun 1988 itu dengan menahan tanpa bicara lebih 100 orang pemimpin parti politik, pertubuhan NGO dan aktivis masyarakat.
Satu titik hitam dalam sejarah demokrasi Malaysia.
Saya berharap dengan kebijaksanaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, beliau dapat mencari segala ikhtiar alternatif untuk mententeramkan suhu sentimen kaum dan agama yang panas sekarang ini.
Elakkanlah Kerajaan Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekarang ini dari menggunakan akta-akta draconian seperti Akta Sosma untuk menangani tantangan dan cabaran dari pihak lawan.
Sebagai alternatif, gunakanlah pendekatan yang lebih berhemah, berdiplomasi, berunding dan berlibat urus dengan pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan sivil serta NGO yang kini menentang secara terbuka terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.
Gunakan kaedah perundingan bukannya perang.
 
HASSAN KARIM Ahli parlimen Pasir Gudang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/cukuplah-tun-usah-bermain-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bazar Ramadan Usah Aniaya Pembeli

Bazar Ramadan Usah Aniaya Pembeli

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 167 hits
Kepada peniaga bazar ramadhan anda menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa seharian Bayangkan selepas berpuasa mereka alami keracunan dengan gejala sakit perut muntah cirit Memang sengsara Lembik longlai ada risiko dehidrasi Paling pe...
Serunya Ngabuburit Sambil Bermain Layang Layang Di Kanal Banjir Timur

Serunya Ngabuburit Sambil Bermain Layang Layang Di Kanal Banjir Timur

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 152 hits
Serunya Ngabuburit Sambil Bermain Layang Layang di Kanal Banjir Timur Bermain layang layang di Kanal Banjir Timur menjadi salah satu cara sebagian warga untuk menunggu waktu berbuka puasa atau ngabuburit selama bulan suci Ramadan
2 Sekawan Dibelasah 7 Lelaki Yang Tidak Berpuas Hati Dimaki Hamun Hanya Kerana Enggan Bermain Mobile Legend

2 Sekawan Dibelasah 7 Lelaki Yang Tidak Berpuas Hati Dimaki Hamun Hanya Kerana Enggan Bermain Mobile Legend

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 181 hits
Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki memukul dua pemuda berumur 20 an dalam pergaduhan berpunca daripada permainan video dalam talian Mobile Legend di Telok Mas petang semalam Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata pergaduha...
Mat Maslan Kata Ahli Umno Dipecat Tak Usah Masuk Campur Lagi

Mat Maslan Kata Ahli Umno Dipecat Tak Usah Masuk Campur Lagi

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 180 hits
agendaily com17 03 2023Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyuruh bekas pemimpin UMNO yang dipecat supaya tidak mencampuri urusan dalaman parti itu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyuruh bekas pemimpin UMNO yang ...
Urusan Kad Pengenalan Usah Bertanya Saya

Urusan Kad Pengenalan Usah Bertanya Saya

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 477 hits
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya No 20 Persiaran Perdana Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya Telefon 03 8000 8000 Faks 03 8880 8288 Emel pro jpn gov mySaya Tidak Dapat menjawa...
Tun Mahathir Ibarat Breast Cancer Yang Melekat Di Tubuh Malaysia

Tun Mahathir Ibarat Breast Cancer Yang Melekat Di Tubuh Malaysia

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 107 hits
DAN CANCER INI MESTI DIBEDAH BUANG SEMENTARA MASIH SEMPAT SEKALIPUN SELEPAS INI MALAYSIA MUNGKIN TIDAK SESEKSI DULU Kalau dah nama pun pinjam tentulah ia wajib dipulangkan semula atau dibayar semula cuma isunya bagaimana Apakah sumber yg na...
Nak Jadi Pm Sekali Lagi Ka Tun

Nak Jadi Pm Sekali Lagi Ka Tun

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 190 hits
PUTRAJAYA Gerakan Tanah Air bakal mengambil pendirian membentuk pakatan bersama Perikatan Nasional sebagai satu usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini Menurut sumber parti itu kepada Utusan Malaysia hala tuju ...
Ada Pati Mahir Guna Senjata Api

Ada Pati Mahir Guna Senjata Api

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 315 hits
Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia hmetro com myPEGAWAI SPRM cuba mengesan individu yang dipercayai bersekongkol dengan sindiket apabila menyewakan MyKad kepada pendatang haram Kuala Lumpur Tubuh kurus dan kecil namun tiada siapa menyangka Pe...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11