Cukuplah Sekadar Memijak Seketika Di Puncak Genting Highlands
Cukuplah Sekadar Memijak Seketika Di Puncak Genting Higlands.Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.
Teringat Etuza, saat ketika berada di puncak Genting Highlands di Kuantan Pahang. Perjalanan rata dan akhirnya naik bukit tinggi, tak sangka Etuza adanya gunung tinggi di Kuantan Pahang, di mana puncak itu bagaikan syurga Dunia di Malaysia. Etuza begitu asyik memerhati tepian jalan kiri dan kanan yang sangat menarik dengan keadaan jalanraya yang begitu cantik. Genting Higlands, acap kali Etuza baca informasi tempat ini. Kelihatan sangat menarik dan terasa tertanam dalam hati mesti hendak ke sini apabila ada kesempatan. Alhamdulillah Dicember 2019 Etuza, mama dan anak lelaki Etuza yang ke 4 diberi oleh Allah rezeki melawat di Genting Highlands, dan Allah takdirkan kami betul-betul berada di puncak tertinggi Genting Highlands iaitu berada di dataran parking kereta.
Niat kami dengan menaiki kereta IRIS anak Etuza hanya hendak mencari tempat makan mengisi perut di puncak Genting Highlands. Anak bagi infor tidak ada pun yang menarik di Genting Highlands di puncak yang ayah sangat nak pergi. Yang ada hanyalah bangunan tinggi hotel penginapan orang - orang kaya yang hidup mereka mewah. Apapun boleh lah melihat panorama puncak Genting Highlands. Tempat parking pun rasanya full dah sekarang. Kata anak Etuza.
Salah satu singboard menarik di tepi jalan ke Puncak Genting Higlands.
Apabila hampir ke puncak Genting Higlands, kami langsungkan terus perjalanan, anak yang pandu kereta, kami semua hanya akur dan ikut sahaja kehendak anak. Akhirnya sampai juga ke puncak Genting Highlands dengan izin Allah. Etuza melalui jalan dalam bangunan kerana anak hendak cari parking. Penuh parking, akhirnya benar-benar sampai di dataran tempat parking kereta di puncak Genting Highlands. Masa itu ya Allah..KABUS amat tebal, hampir tak nampak dalam jarak 1 meter lebih wajah orang, nampak dalam samar-samar wajah orang. Di luar negara seperti di Jepun tak ada seperti ini kabus sangat tebal( masa pengalaman Etuza di Osaka )
Etuza keluar dari kereta dan sempat melihat orang di persekitaran, rata-ratanya memakai jaket tebal kerana keadaan berkabus dan berangin agak kuat. Etuza lihat ada pelbagai kaum orang di sana, tetapi mojaritinya orang Cina dan orang India, kerana mereka mungkin sebagai pelancong. Etuza seolah merasa tidak selesa dan mengajak anak segera balik ke kereta dan balik sahaja ke rumah. Apa nak buat keadaan yang tak mengizinkan. Kabus sangat tebal. Etuza rasa kesejukan dan bibir mulai kering, terasa tekak kering biarpun keadaan sejuk. Mujur ada mama bawa air minum. Alhamdulillah.
Ini antara situasi bangunan dan pelancong di Genting Higlands.Namoak tak kabus tu..
Rupanya begini keadaan puncak Genting Highlands. Menurut Ikmal anak Etuza, kali ini kabus sangat tebal, tempoh hari dia datang ke genting kurang kabus, cuma ada angin dan nampak jelas keadaan di Puncak Gentiong Highlands. Katanya. Cukuplah bagi Etuza sempat melihat dan memijak puncak Genting Highlands. Biarpun tidak lama dan tidak sempat pergi bersiaran di tempat yang di tuju pun tidak apa. Apabila keadaan cuaca tidak mengizinkan maka kita perlu ikut kata hati, bahawa lebih baik patah balik dari meneruskan jika itu yang dianggap terbaik.
Keadaan jalan menuju ke puncak Genting Higlands..tingginya tu..
Hotel bangunan unik di Genting Higlands..
Kabus tebal bagaikan menyelimuti persekitaran di Genting Higlands..
Tengok tu ada Hotel Pangsapuri Kayangan.Namapun Kayangan dah..
Genting Higlands, berada di puncak mu, bagaikan berada di luar negara. Rupanya Malaysia kaya dengan panorama menarik, seperti juga di Kundasang Ranau dan di lembah Gunung Kinabalu, kita akan melihat kabus tebal pada awal pagi dan petang. Di Kundasang angin bagaikan mendengus hingga terasa kekuasanNya. Sungguh Allah jadikan Bumi ini untuk kita nikmati, tetapi kita tidak mampu menandingi kehebatan kuasaNya yang sangat hebat. Syukur padaMu ya Allah sempat memberikan peluang melancong di Kuatan, Pahang dan di Pahang memang banyak tempat yang menarik, Etuza tidak nafikan.
Salah satu tempat di Genting Highlands..Tengok lah bercahaya..sebab itu Etuza katakan bagaikan syurga di Dunia..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2020/04/cukuplah-sekadar-memijak-seketika-di.html