Tradisi Tegur Menegur Semak Imbang Di Waktu Genting




Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN 2020 5:

Ada kenalan menegur tulisan terbaru saya yang cuba menjejaki punca keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan, akhir Februari lalu. Katanya, di waktu wabak maut Covid-19 mengganas, amat wajar polemik politik yang tidak berkesudahan itu dihentikan atau sekurang-kurangnya ditangguhkan. Kita perlu fokus terhadap agenda lebih mendesak.Saya akui, memang benar, bukan sahaja negara berdepan ujian maha dahsyat, malah seluruh planet bumi ini merupakan zon perang yang menakutkan. Kita bertempur dengan musuh berbahaya yang tidak kelihatan. Mangsa tumbang seorang demi seorang tanpa kesan peluru. Tiada letupan bom atau ledakan serangan pesawat tempur. Tiada penawar atau ubat yang mampu merawat
Keutamaan sekarang adalah saling memperkukuh keupayaan dan melengkap persiapan melawan virus, khasnya memutuskan rangkaian penyakit dan menurunkan segera kadar kes-kes baru. Impak sosio-ekonomi yang dahsyat harus diminimumkan. Alhamdulillah, kita saksikan reaksi masyarakat untuk turut sama menyumbang meringankan bebanan begitu baik sekali. Bantuan makanan serta peralatan kesihatanndiusahakan dengan pantas, termasuk oleh NGO dan pemimpin masyarakat. Pihak kerajaan juga segera melancarkan pakej rangsangan ekonomi
Saya sekadar ingin mengingatkan, menginsafi kita semua berdepan situasi genting umpama menentukan hidup dan mati, tidak bermakna harus menerima begitu sahaja dasar atau program pemerintah yang bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Kritikan balas adalah proses percambahan idea bagi menyaring resolusi terbaik dan mengelak kesilapan polisi berulang. Negara maju sendiri terdedah dengan kealpaan daripada unjuran luar jangka
Sementara kita mengalu-alukan dan menyambut baik pakej RM250 bilion itu, usaha pengawasan dan penyeliaan yang telus serta bertanggungjawab tidak sesekali boleh diremehkan. Proses semakan Parlimen, apatah lagi membabitkan belanjawan tambahan yang begitu besar, mesti dipatuhi. Malah polemik awal yang mengatakan dana sebenar yang dikeluarkan kerajaan hanya sekitar RM22 bilion (tidak sampai 10 peratus seperti diumumkan Muhyiddin Yassin) menunjukkan ia perlu diperdebatkan di Dewan Rakyat. Tidak bererti program rangsangan ini perlu ditangguhkan. Ia bagi menghasilkan keputusan terbaik dicapai, juga memastikan proses implementasi tidak diganggu kebocoran dan ketirisan
Sidang Parlimen yang dijadualkan baru-baru ini telah ditangguhkan sehingga pertengahan Mei depan, khabarnya kerana “kerajaan pintu belakang” bimbang untuk berdepan undi tidak percaya kepada perdana menteri. Sewajarnya sidang tergempar dipanggil untuk membahaskan pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion itu memandangkan prosedur ini melengkapi amalan demokrasi negara
Sesuatu yang ironis apabila pihak tertentu berang dan tidak senang dengan mesej yang dilihat sarat politik, terutama mengandungi kritikan atau pandangan kedua terhadap pemerintah. Walhal, dahulu kelompok mereka juga yang mempolitikkan apa juga isu dan insiden bagi menyebar-luaskan tohmahan bahawa kerajaan PH bersikap anti-Islam dan menganaktirikan Melayu. Menteri DAP dituduh kononnnya menguasai Puterajaya, manakala anggota pentadbiran Melayu – malah perdana menteri Dr Mahathir — setakat menjadi khadam ekstremis Cina. Kematian Adib, menteri kewangan DAP, isu Tabung Haji, penjualan aset tertentu, subjek Jawi, bantuan zakat, pembangunan Kampong Baharu, status Jakim, dan rentetan isu-isu sensitif lainnya dipakejkan bagi menggambarkan Melayu dan instutusi berkaitan dalam keadaan terancam. Pakatan Harapan ditohmah sebagai pengkhianat bangsa dan umat
Sepatutnya di waktu kritikal dan menghampiri darurat ini, semua pihak berkepentingan, khususnya wakil rakyat yang mendapat mandat sah, di peringkat negeri dan persekutuan, digembleng secara sistematik tanpa dipengaruhi sentimen politik kepartian. Dana bantuan yang terputus, wajar disalurkan semula. Eksperimen getir ini tidak pernah berlaku, justeru kita tandus pengalaman, dengan itu segala sumber perlu dikongsi. Sedikit kesilapan mungkin mengundang padah dan bencana lebih buruk. Idea dan buah fikir terbaik, insya Allah membawa manfaat untuk semua, selain tulus mengharapkan Reda dan Rahmat Ilahi
Wabak Covid-19 yang tidak terduga ini menginsafkan setiap individu tanpa kecuali seorang pun, akan kekerdilan insan yang cukup lemah dan amat bergantung kepada kekuasaan Allah. Masing-masing tidak boleh selamat hanya dengan ikhtiar diri sendiri semata-mata. Dunia ini begitu kecil di bawah genggaman Tuhan Yang Maha Agung. Moga ujian ini segera diangkat, ya Rabb



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/tradisi-tegur-menegur-semak-imbang-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Waktu Genting Terlihatlah Hikmah Seruan

Di Waktu Genting Terlihatlah Hikmah Seruan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 180 hits
APABILA wabak ini bermula dunia dan WHO berbelah bagi bagaimana untuk mengawalnya Semua saranan dan pilihan pencegahan berdasarkan kepada teori moden dan meletakkan implikasi ekonomi dan hak asasi manusia sebagai asas kepada tindakan yang d...
Asal Usul Lagu Alangkah Indah Di Waktu Pagi

Asal Usul Lagu Alangkah Indah Di Waktu Pagi

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 393 hits
Kebelakangan ni Master selalu dodoikan Tedi dengan lagu klasik Kandungan Lagu yang dipetik daripada filem Ali Baba Bujang Lapok itu berlirik seperti ini Alangkah indah di waktu pagi burung bersiul menyanyi nyanyi Terbang bebas di angkasa ti...
Mkn Syor Perketat Pkp Banyak Lagi Tutup Had Waktu Operasi

Mkn Syor Perketat Pkp Banyak Lagi Tutup Had Waktu Operasi

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 414 hits
Majlis Keselamatan Negara mencadangkan lebih banyak penutupan dan waktu operasi yang terhad untuk perniagaan dan perkhidmatan tertentu tetapi ini akan diperhalusi sebelum ia diumumkan secara rasmi dan dikuatkuasakan kata Menteri Pertahanan ...
Covid 19 Waktu Penggarong Selesai Kini Waktu Pembebasan

Covid 19 Waktu Penggarong Selesai Kini Waktu Pembebasan

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 286 hits
Wawancara MEDIA SONAMAPPA terkait pandemi Covid 19 bersama Edison Waromi Perdana Menteri Negara Federal Republik Papua Barat yang juga Ketua Legislatif United Leberation Movement for West Papua Apa Anda tahu tentang Covid 19 Ya saya tahu da...
Covid19 Adakah Pemulihan Alam Waktu Ini Kekal Atau Hanya Sementara

Covid19 Adakah Pemulihan Alam Waktu Ini Kekal Atau Hanya Sementara

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 305 hits
Oleh Anis Anwar Suhaimi Penganalisis Penyelidikan Impak Covid19 merentasi aspek yang memberi kesan negatif ke atas kesihatan dan ekonomi global Impaknya juga mempengaruhi aktiviti ekonomi dan gaya hidup serta secara tidak langsung memberi k...
Tingkatkan Imun Tubuh Cegah Corona Ini Waktu Terbaik Untuk Berjemur

Tingkatkan Imun Tubuh Cegah Corona Ini Waktu Terbaik Untuk Berjemur

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 199 hits
Menyebarnya Virus Corona atau Covid 19 membuat resah masyarakat dunia begitu pun dengan Indonesia Banyak upaya dilakukan untuk menangkal Virus Corona dari memakai masker menggunakan hand sanitizer menyemprot disinfektan sampai berjemur
Berdas Das Peluru Di Badan Anjing Mati Ditembak Dipercayai Ketika Menanti Waktu Makan

Berdas Das Peluru Di Badan Anjing Mati Ditembak Dipercayai Ketika Menanti Waktu Makan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 509 hits
Dalam kekalutan wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia sekarang ini pelbagai kejadian kejadian lain yang berlaku di sekeliling kita Terbaru beberapa ekor anjing didakwa telah ditembak dipercayai sewaktu menunggu waktu makan Kejadian yang...
Bacaan Doa Menyambut Bulan Syaban Mulai 26 Maret 2020 Waktu Allah Mengampuni Semua Dosa

Bacaan Doa Menyambut Bulan Syaban Mulai 26 Maret 2020 Waktu Allah Mengampuni Semua Dosa

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 322 hits
Bulan Syaban merupakan bulan yang di dalamnya terdapat berbagai peristiwa bersejarah di antaranya peristiwa pengalihan arah kiblat dari Masjidil Aqsha di Palestina ke Masjidil Haram di Arab Saudi Pada bulan Syaban umat Islam dianjurkan untu...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti