Cukuplah Berpolitik Dengarlah Rintihan Rakyat


SEJAK pertengahan Disember lalu, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan ruangan Rintihan Rakyat bertujuan memaparkan rintihan rakyat atau lebih tepat lagi golongan marhaen yang semakin tersepit dengan kos sara hidup.
Pelbagai cerita dipaparkan dari nasib nelayan di tengah lautan hinggalah kemiskinan yang menjerat keluarga sehingga mahu membeli seragam sekolah pun tidak mampu.
Lebih trajis lagi ketika semua pihak khususnya ahli politik terus bercakaran sesama sendiri atas nama merebut kuasa, rupa-rupanya masih ada rakyat yang anak mereka tidak bersekolah, masih ada rakyat terpaksa mengikat perut dan masih ada rakyat yang menghuni rumah bagaikan reban ayam.
Penulis percaya masih terdapat ratusan ribu lagi rakyat negara ini yang terus menjalani kehidupan dalam serba kekurangan dan tidak mustahil ada di antara mereka belum tentu dapat menjamah biarpun sesuap nasib.
Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) golongan ini tidak pernah dipinggirkan, pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka melalui pelbagai program, tetapi kononnya perbuatan itu dianggap rasuah dan akan menyebabkan golongan miskin ini menjadi pemalas, ia dihentikan.
Penulis tidak mahu berhujah dari segi politik kerana ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. Apa yang paling penting sekarang ialah bagaimana mahu memastikan golongan bawahan terbela. Bagaimana untuk pastikan tiada yang tinggal dalam reban ayam yang diubah suai?
Bagaimana mahu memastikan pekebun kecil, penoreh getah atau peneroka serta nelayan yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi dan cuaca diberi bantuan sewajarnya agar mereka tidak terus dihimpit kesusahan.
Semua ahli politik tanpa mengira parti berdegar-degar bercakap soal membela nasib rakyat. Malah soal membela nasib rakyat menjadi ‘modal air liur’ paling ampuh untuk menarik sokongan rakyat menyokong sesebuah parti.
Tetapi apabila kuasa sudah ada di tangan, apa yang mereka lakukan untuk membela nasib rakyat seumpama itu. Cukup-cukuplah memberi pelbagai alasan atau hujah dengan matlamat untuk menghalalkan kegagalan mengadakan program membela nasib rakyat.
Berhentilah membuat kenyataan menghina seolah-olah golongan bawahan yang majoritinya orang Melayu tidak ada maruah apabila menganggap mereka akan menjadi malas jika terus diberi bantuan.
Pelik dan aneh, kalaulah yang menjadi kerajaan tidak mahu membela nasib rakyat, siapa lagi yang rakyat harapkan untuk membela nasib mereka. Kalaulah tiada idea bagaimana untuk membantu golongan itu tidak payahlah berasa malu untuk meniru program kerajaan terdahulu, tindakan itu tidak ada salahnya, asalkan nasib rakyat dibela.
Pada masa ini bukan sahaja rakyat di desa berasa tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, malah mereka yang berjuang di bandar terus berasa himpitan tersebut.
Lebih malang majoriti mereka terperdaya dengan janji-janji manis semasa pilihan raya lalu sehingga sanggup mengubah kerajaan. Tetapi sekarang rakyat yang dibuai dengan mimpi-mimpi indah jika kerajaan berubah, kita semakin resah.
Kehidupan mereka terus dihimpit dengan ketidaktentuan ekonomi. Di mana-mana sahaja rakyat merintih kerana terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang terus meningkat.
Tiada lagi berita gembira berkaitan bantuan yang akan disalurkan oleh kerajaan bagi meringankan si petani di sawah, si penoreh di kebun getah, si peneroka di tanah rancangan dan si nelayan di lautan.
Di kota pula, tiada lagi keriangan menanti bantuan kerajaan untuk mereka menikmati bantuan kewangan seperti BR1M, biarpun kini ada skim bantuan baru, namun ia dilakukan secara terpilih kononnya bagi mengelakkan mereka yang tidak layak menerimanya.
Ketika ini rakyat tidak nampak apa-apa yang boleh mereka menaruh harapan. Apa yang sedang mereka saksikan ialah sang politikus terus berpolitik biarpun pilihan raya sudah berlalu.
Keadilan untuk rakyat hanyalah omong kosong apabila peruntukan kepada wakil rakyat diberikan secara terpilih. Kesudahan bagi mereka yang ‘tidak kuat iman’ terpaksa melompat parti dan memberi alasan tindakan itu adalah demi kesejahteraan rakyat diwakili.
Persoalannya adakah kenyataan itu membuktikan kawasan pembangkang dipinggirkan, biarpun kita sering diberitahu semua kawasan Parlimen dan DUN akan diberi peruntukan sewajarnya demi rakyat. Oleh itu dengarlah rintihan rakyat.
Janganlah menjadikan rakyat sebagai korban politik tidak berkesudahan. Dalam keadaan ekonomi dan kos sara hidup semakin mencengkam mereka tidak berupaya untuk terperangkap dalam pertelagahan politik. Apa yang mereka tahu ialah bagaimana mengisi perut.
Justeru berpada-pada dalam berpolitik, kasihanilah rakyat. Mereka perlukan pembelaan bukan disumbat adegan politik memualkan. Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan Malaysia Baharu, kalau masih ada rakyat yang merempat.
Tiada apa yang menggembirakan dengan laungan Malaysia Baharu, kalau masih ada kanak-kanak tidak bersekolah dan tiada apa yang diraikan dengan Malaysia Baharu, kalau pemikiran ahli politik masih berada pada tahap politik kepartian sempit.
Zulkiflee Bakar
Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/01/08/cukuplah-berpolitik-dengarlah-rintihan-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantahan Derita Rakyat Diambang Tahun Baru

Bantahan Derita Rakyat Diambang Tahun Baru

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 334 hits
Beberapa jam sebelum 2018 melabuhkan tirai kira kira 150 penyokong PAS turun ke jalan raya bagi menyuarakan bantahan terhadap apa yang menurut mereka peningkatan kos sara hidup di bawah kerajaan Pakatan Harapan Protes pembangkang di ambang ...
Pusat Khidmat Dun Beserah Tekad Utamakan Masalah Rakyat

Pusat Khidmat Dun Beserah Tekad Utamakan Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 303 hits
KUANTAN Pusat Khidmat Pas Dun Beserah tekad untuk memberi keutamaan kepada penyelesaian permasalahan rakyat di kawasan tersebut Adun Beserah Andansura Rabu berkata pelbagai isu dihadapi penduduk di kawasan tersebut yang perlu diberi perhati...
Sudah Tiba Masanya Ph Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Sudah Tiba Masanya Ph Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 259 hits
Kerajaan Pakatan Harapan akhirnya mengaku bahawa kos sara hidup terus meningkat Justeru itu mereka perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memfitnah pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan sebagai punca kenaikan harga b...
Tentera Indo Culik 5 Rakyat M Sia Benarkah M Pertahanan Ph Kena Jelaskan

Tentera Indo Culik 5 Rakyat M Sia Benarkah M Pertahanan Ph Kena Jelaskan

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 375 hits
TENTERA INDONESIA CULIK 5 RAKYAT MALAYSIA TAPI LAIN PULA YANG DICERITAKAN MEREKA Kalau nak diikutkan dah lama jugalah kita ada love hate relationship dengan Indonesia Kalau korang tanya orang tua tua mesti diorang cakap ia bermula pasal yan...
Tmj Bersuara Demi Rakyat Biarkan Saya Jadi Musuh No 1 Jika Perlu

Tmj Bersuara Demi Rakyat Biarkan Saya Jadi Musuh No 1 Jika Perlu

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR 2 Jan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah akan terus konsisten dan berpegang teguh dengan prinsipnya menyuarakan pendapat terhadap kerajaan Pakatan Harapan demi kesejahteraan rakyat Titah Tunku Ismail bagin...
Undang Undang Terpakai Pada Semua Raja Menteri Rakyat Biasa Pm

Undang Undang Terpakai Pada Semua Raja Menteri Rakyat Biasa Pm

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 253 hits
Diterbitkan Hari ini 10 32 malam Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tiada peruntukan yang mengecualikan sesiapapun daripada kedaulatan undang undang Perdana menteri berkata kedaulatan undang undang terpakai kepada semua orang darip...
Wan Rosdy Rakyat Perlu Siapkan Diri Hadapi Cabaran 2019

Wan Rosdy Rakyat Perlu Siapkan Diri Hadapi Cabaran 2019

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 343 hits
KUANTAN Rakyat negeri ini diminta terus memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam menjayakan program dan dasar pembangunan yang dicadang dan dilaksanakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata segala cabaran yang ...
Establish Dewan Rakyat Committee To Seek Answers To Seafield Temple Fracas

Establish Dewan Rakyat Committee To Seek Answers To Seafield Temple Fracas

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 340 hits
Yayasan Perpaduan Malaysia welcomes the announcement by Home Minister Muhyiddin Yassin that Attorney General Tommy Thomas will order an inquest to determine the cause of fireman Muhammad Adib Mohd Kassim s death after a post mortem uncovere...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun