Cukup Khat Tidak Perlu Pertimbang Pembelajaran Kaligrafi Lain Dr Teo




Penentangan DAP terhadap pengenalan mata pelajaran khat dalam bahasa Melayu kepada murid-murid Tahun 4 merupakan bangkangan membabi buta tanpa ada sebab-sebab konkrit.
Bantahan tersebut juga dilihat sebagai satu rancangan licik dengan menggunakan isu-isu orang Melayu untuk melemahkan bangsa itu.
Sedangkan, jika difikirkan secara logik dan positif, pengenalan khat sebenarnya membolehkan bangsa-bangsa lain mendalami kaum Melayu.
Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, beliau tidak nampak pengenalan khat dalam mata pelajaran bahasa Melayu sebagai satu perkara yang membebankan mana-mana parti politik.
Ini kerana, Kementerian Pendidikan hanya memperkenalkan tulisan lain, selain tulisan rumi.
Terangnya, bahasa Melayu mempunyai dua sistem tulisan iaitu rumi dan jawi. Rumi adalah skrip biasa yang diguna pakai sekarang manakala jawi adalah skrip warisan yang semakin dilupakan termasuk oleh orang Melayu.
Lantaran itu, katanya, pengenalan khat sewajarnya dilihat sebagai serampang dua mata kerana tulisan itu akan diajar pada simpulan bahasa subjek bahasa Melayu – yang juga merupakan ungkapan warisan.
Penulisan khat dalam pembelajaran simpulan bahasa dipilih kerana ia memiliki aspek-aspek persuratan Melayu.
“Jadi apa masalahnya hendak dibantah, ditentang dan dibangkang?
“Mereka yang membantah itu tahu atau tidak bahawa bahasa Melayu satu-satunya bahasa di dunia ini yang mempunyai dua sistem tulisan? Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa pun satu tulisan sahaja. Tulisan Cina pun hanya menggunakan simbol sahaja.
“Sepatutnya, sebagai rakyat Malaysia berasa bangga tetapi ditentang pula,” kata Kok Seong yang pelik dengan penentangan DAP.
Beliau yang turut menguasai huruf-huruf jawi menyifatkan pembelajaran khat tidak akan membuatkan sesuatu bangsa ketinggalan kerana penulisan itu juga suatu ilmu.
Bahkan, Kok Seong tidak nampak pengenalan pembelajaran tulisan khat merupakan satu cara halus untuk memelayu atau mengislamkan kaum Cina atau India.
Tetapi kefahaman itu sengaja diperbesar-besarkan oleh DAP kerana parti itu memperjuangkan identiti saksama – Malaysia Malaysian dan bukan Melayu Muslim seperti yang pegang dalam kontrak sosial.
“Pada saya penentangan ini merupakan satu manifestasi perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah berlaku defisit kepercayaan, masing-masing tidak percaya antara satu sama lain. Bukan Melayu tidak percaya orang Melayu, begitu juga sebaliknya. Jadi apa sahaja yang dilakukan akan dilihat negatif.
“Dulu saya amat bimbang perkara ini akan berlaku, sekarang sudah nyata berlaku sehingga perkara murni yang hendak dibuat tidak lagi dipercayai. Perpecahan dalam kalangan bangsa di Malaysia berlaku dalam keadaan amat dahsyat.
“Negara akan hancur jika kita sebagai rakyat tidak berkongsi hala tuju, aspirasi yang sama,” ujarnya.
Beliau berkata, berbanding pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu, keadaan di bawah Pakatan Harapan (PH) lebih sukar kerana gabungan kerajaan semasa adalah liberal, mengamalkan reformasi, kebebasan bercakap yang membawa kepada bebas mencadang dan bebas mengkritik walaupun akan menyebabkan huru-hara.
Sedangkan BN pula lebih konservatif dan berhati-hati dengan tidak bercakap perkara sensitif secara terbuka, lantaran itu ‘rentak’ tidak teruk seperti sekarang.
“Semasa BN kita dapat melihat betapa UMNO mampu mengawal MCA dan MIC. MCA dan MIC dulu tidak lantang di luar kerana mereka menghormati kontrak sosial.
“Tetapi, dalam gabungan PH semua adalah saksama tak ada yang boleh kawal parti lain. jadi mereka bebas menentang sebab status sama. Tapi bila kita tengok PH, sesama parti pun lantang dan nampak sangat liberal dan kebebasan disalah guna.
“Inilah masalahnya, leopard never changes its spots.
“Amalan liberal dan keterbukaan tanpa sempadan ini juga menyebabkan keadaan bertambah teruk kerana pada dasarnya rakyat Malaysia belum bersedia dan akibatnya negatif yang kita dapat,” tambahnya.
Mengulas lanjut mengenai penentangan itu, Kok Seong berkata, orang Melayu telah melangsaikan bahagian mereka dalam kontrak sosial dengan membenarnya penggunaan bahasa Cina, sekolah Cina digunakan dalam pendidikan vernakular, berbanding negara-negara di Asia Tenggara yang lain.
Di Indonesia, Singapura dan Filipina tidak ada sekolah-sekolah tertentu seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Malaysia.
Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita sama sekali jangan lupa tentang kontrak sosial yang dipersetujui semasa kemerdekaan dahulu.
“Kalau orang Melayu boleh melangsaikan tanggungjawab mereka dalam kontrak sosial dengan membenarkan pemberian kerakyatan kepada bukan Melayu, maka bukan Melayu kenalah terima Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menghormati sistem beraja.
“Bukan Melayu hendaklah menghormati dan menerima simbol dan proses budaya Melayu yang diangkat sebagai identiti negara. Ia termasuklah bahasa dan khat itu,” tambahnya.
Kok Seong juga menyifatkan Kementerian Pendidikan tidak perlu mempertimbangkan pengenalan kaligrafi lain untuk mengambil hati mana-mana pihak yang menentang pengenalan tulisan khat.
Ini kerana, cadangan penulisan khat itu perlu diterima secara ikhlas tanpa syarat, tidak perlu ada timbal balas dan juga bukan ada udang di sebalik batu.
“Keputusan (khat) adalah atas pertimbangan pendidikan, bukan ada justifikasi lain. Jadi jangan pisah-pisah anak bangsa semata-mata disebabkan politik. Jahanam pembinaan negara bangsa,” tegasnya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/05/cukup-khat-tidak-perlu-pertimbang-pembelajaran-kaligrafi-lain-dr-teo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Siang Sahaja Tak Cukup Mana Pemimpin Dap Lain Soal Penganalisis

Kit Siang Sahaja Tak Cukup Mana Pemimpin Dap Lain Soal Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 284 hits
PETALING JAYA Kenyataan Lim Kit Siang tentang Jawi susulan kontroversi pengenalan kepada khat dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 tidak memadai untuk meleraikan isu berbangkit kerana tiada susulan daripada pimpinan DAP dan NGO Cina k...
Kasus Drg Romi Diharapkan Jadi Pembelajaran Pemda Lain

Kasus Drg Romi Diharapkan Jadi Pembelajaran Pemda Lain

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 181 hits
Kasus Drg Romi ini sempat menjadi perhatian publik setelah Pemda Solok Selatan menganulir kelulusannya sebagai CPNS pada 2018 Padahal sebelumnya Romi dinyatakan lulus dengan nilai terbaik Namun kelulusannya dibatalkan setelah Pemda Solok Se...
Khat Sepatutnya Bangga Tetapi Ditentang Pula Apa Masalahnya Prof Teo Kok Seong

Khat Sepatutnya Bangga Tetapi Ditentang Pula Apa Masalahnya Prof Teo Kok Seong

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 849 hits
Penentangan DAP terhadap pengenalan mata pelajaran khat dalam bahasa Melayu kepada murid murid Tahun 4 merupakan bangkangan membabi buta tanpa ada sebab sebab konkrit Bantahan tersebut juga dilihat sebagai satu rancangan licik dengan menggu...
Marvel Studios Pertimbang Henry Goldings Sebagai Antagonis Filem Black Panther 2

Marvel Studios Pertimbang Henry Goldings Sebagai Antagonis Filem Black Panther 2

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 274 hits
Beberapa minggu lepas para peminat filem Marvel Cinematic Universe dikejutkan dengan pengumuman Phase 4 dunia superhero berkenaan Namun ada peminat yang kecewa apabila sekuel Black Panther tidak dimasukkan dalam Phase 4 Kevin Feige sekitar ...
Bapa Nafi Pelajar Jatuh Bangunan Hadapi Tekanan Dalam Pembelajaran

Bapa Nafi Pelajar Jatuh Bangunan Hadapi Tekanan Dalam Pembelajaran

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 282 hits
TAIPING Bapa seorang pelajar Malaysia yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 23 pangsapurinya di Sydney Australia meminta orang ramai supaya tidak mempercayai berita di laman sosial yang mendakwa anaknya Amirul Ashraff jatuh dar...
Rtm Masih Pertimbang Siar Telemovie Songsang Budak Tahfiz

Rtm Masih Pertimbang Siar Telemovie Songsang Budak Tahfiz

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 485 hits
03 Ogos 2019 11 42 PM KUALA LUMPUR Jabatan Penyiaran Malaysia melalui RTM masih membuat pertimbangan penyiaran telemovie kontroversi yang didakwa berkisar mengenai kegiatan songsang pel
Khat Art In Bahasa Malaysia Curriculum Not Related To Jawi Scripts

Khat Art In Bahasa Malaysia Curriculum Not Related To Jawi Scripts

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 514 hits
The Education Ministry has explained that the introduction of khat or calligraphy art in the Bahasa Malaysia curriculum for primary Year 4 students was to foster beautiful writing The ministry stressed that subject matter did not pertain to...
Dong Zhong Tak Sokong Pengenalan Seni Khat Dalam Subjek Bm

Dong Zhong Tak Sokong Pengenalan Seni Khat Dalam Subjek Bm

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 753 hits
Imej via GPS BestariPETALING JAYA Kumpulan pendidikan Cina menentang penambahan unit baru dalam subjek Bahasa Melayu tahun depan yang bertujuan mendedahkan pelajar sekolah vernakular seluruh negara kepada seni khat satu bentuk tulisan kalig...
Kesatuan Guru Tepis Bantahan Dong Zong Terhadap Khat

Kesatuan Guru Tepis Bantahan Dong Zong Terhadap Khat

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 454 hits
Pengenalan kepada seni khat akan dimasukkan dalam buku teks Bahasa Melayu untuk sekolah sekolah aliran mulai tahun depan PETALING JAYA Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan tidak melihat sebarang masalah pada langkah Kementerian Pendid...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip