Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7 12 Bulan


Pemakanan yang sihat adalah kunci kepada perkembangan dan kecergasan anak-anak. Jadi ibu bapa memainkan peranan dalam memberikan makanan yang segar, sihat serta penuh dengan nutrisi untuk anak-anak.
Namun pemilihan makanan juga haruslah tepat. Jadikan resipi ini sebagai panduan untuk mama papa dalam menyediakan sajian buat si manja. Menu yang dikongsi ini bermula dari 7 hingga 12 bulan untuk anak anda.
MENU 7 – 9 BULAN
KENTANG LENYEK MADU 
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang
2 sudu makan madu
Sedikit garam
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
Basuh kentang bersih dan toskan. Rebus kentang bersama sedikit garam dan biarkan hingga lembut. Apabila lembut, angkat dan lenyekkan bersama sedikit madu. Lenyekkan hingga halus dan hidangkan. Info: Jika mahu, anda boleh juga mencampurkan sedikit madu ketika hendak diberikan kepada si kecil anda.
 
BUBUR JAGUNG PULUT
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
100gm isi jagung manis
100gm isi jagung pulut
150ml santan
Air untuk mereneh secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa. Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata. Seterusnya, tuangkan santan dan kacau sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut kemanisan dikehendaki. Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.  
Info: Rasa lemak santan dan manis gula dapat memecah selera anak-anak untuk makan lebih daripada biasa. Bubur ini boleh menjadi puri apabila dikisar halus.
 
BUBUR AYAM BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
5 biji bebola ayam cendawan |dipotong kiub kecil
100gm brokoli   |dipotong kecil
2 ulas bawang putih |dicincang
Air untuk mereneh secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa. Masukkan bebola ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata. Perasakan secukupnya dengan garam dan tambahkan air jika perlu. Info: Untuk rasa yang lebih asli, gunakan isi ayam yang dipotong kecil untuk menggantikan bebola ayam cendawan
 
BUBUR GANDUM SAYURAN 
BAHAN-BAHAN:
200gm gandum
1 biji bawang merah |dicincang halus
1 ulas bawang putih |dicincang halus
50gm lobak merah |dihiris memanjang
2 helai daun bawang |dihiris
1 sudu makan sos tiram
300ml air
Stok ayam
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris. Setelah kesemuanya sebati, perasakan dengan garam secukup rasa dan hidangkan bersama hirisan daun bawang. Info: Pastikan sayuran dimasukkan pada saat akhir dan dimasak tidak terlalu lama agar khasiatnya terjaga.
 
MENU 9 – 12 BULAN
SUP AYAM DAN NASI PUTIH
BAHAN-BAHAN:
200gram isi ayam |potong dadu
Lobak merah |potong bulat
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci Halia
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
1 mangkuk nasi putih

CARA MEMASAK:
Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk. Tabur sedikit garam. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, serbuk ketumbar. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi. Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak. Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.  
SECRET FRENCH BAGUETTE
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti french baguette
3 biji telur
4 biji bawang putih |di cincang halus
1 sudu makan mayones
Sedikit mentega
Sedikit daun sup dan bawang- dipotong halus
Sedikit garam dan lada hitam

CARA MEMASAK:
Potong sedikit bahagian atas roti dan keluarkan isi roti sehingga menjadi seperti sebuah lubang. Ratakan sekeliling roti dengan mentega. Bakar selama 20 minit hingga garing. Sementara itu, pecahkan telur dan kacau. Masukkan bawang putih, hirisan daun sup serta daun bawang, mayones, garam dan lada hitam. Masukkan juga isi roti yang dikeluarkan tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati. Masukkan adunan tadi ke dalam roti. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta sedikit cheese untuk rasa yang lebih enak. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit, 180’ Celsius. Info: Penambahan keju pada hidangan ini akan membangkitkan selera si kecil anda kepada makanan yang baru diperkenalkan. Keju kaya dengan kalsium dan baik untuk anak anda.
 
STIK KEJU
BAHAN-BAHAN:
Pastri segera
3 sudu keju parmesan
3 sudu keju cheddar
Sebiji telur-dipukul
Sedikit mentega

CARA MEMASAK:
Sapukan mentega di sekeliling pastri segera. Taburkan keju parmesan dan cheddar di atas pastri tadi. Untuk perasa, letak sedikit lada hitam dan garam. Kemudian potong pastri dalam bentuk memanjang. Pintal pastri yang dipotong tadi sehingga ke hujung. Sapukan sedikit telur di atas pastri yang telah dipintal. Taburkan juga lebihan keju. Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit sehingga kekuningan dan masak. Info: Cheese stick ini sangat mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan proses dan waktu yang lama. Sesuai untuk dijadikan snek anak anda.
 
LEMPENG MADU 
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
250ml air
Sedikit garam
Secubit jintan hitam |habbatus sauda
Sedikit minyak zaitun
Madu secukupnya

CARA MEMASAK:
Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya, garam dan juga sedikit jintan hitam. Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat. Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak. Apabila masak angkat dan hidangkan bersama madu di atasnya. Info: Pastikan penggunaan api perlahan ketika memasak lempeng.
 
 
The post Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini? Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7-12 Bulan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/cukup-ke-khasiat-dalam-makanan-anak-anda-selama-ini-cuba-resipi-yang-berkhasiat-ini-untuk-anak-7-12-bulan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Baru Tumbuh Gigi Cuba Resipi Ais Krim Ini Mudah Disediakan Berkhasiat

Anak Baru Tumbuh Gigi Cuba Resipi Ais Krim Ini Mudah Disediakan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 416 hits
Anda tentu risau jika si kecil makan ais krim yang dibeli di kedai kerana banyak kandungan gula dan juga pewarna Tapi bila sebut sahaja tentang ais krim anda tentu terbayang ais krim kegemaran anda Ais krim bukan sahaja menjadi kegemaran or...
Aku Syak Isteri Aku Sebenarnya Nak Kikis Duit Aku Rm50 Aku Bagi Tiap Bulan Untuk Belanja Anak Anak Dia Kata Tak Cukup

Aku Syak Isteri Aku Sebenarnya Nak Kikis Duit Aku Rm50 Aku Bagi Tiap Bulan Untuk Belanja Anak Anak Dia Kata Tak Cukup

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 1037 hits
Salam min minta hide fb nie aku pinjam member punye aku nak cite sikit tentang isteri derhaka isteri nerakq Bini aku lari bqwa anak2 tak nak balik pada aku sebab nye aku ada pukul dia hari tu aku geram sebab dia suka melawan dan takikot ape...
Anak Picky Eater Jangan Stress Cuba Resipi Ini Untuk Tambah Selera Anak

Anak Picky Eater Jangan Stress Cuba Resipi Ini Untuk Tambah Selera Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 498 hits
Nak pesan mommy jangan stress kalau berat anak tak naik macam kita harapkan Cuba enjoy dan pelbagaikan menu anak anak Kalau mommy stress siapa nak masak utk anak Takkan jiran sebelah rumah pulak Kakak pernah hadap situation yang sama jadi m...
Nak Kuatkan Antibodi Anak Doktor Sarankan 5 Makanan Ini Ibu Ayah Kena Rajin Sediakan

Nak Kuatkan Antibodi Anak Doktor Sarankan 5 Makanan Ini Ibu Ayah Kena Rajin Sediakan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 580 hits
Nak kuatkan daya tahan dan kekebalan tubuh anak doktor sarankan 5 makanan ini Ibu ayah kena rajin sediakannya supaya tidak mudah diserang penyakit Pemakanan memainkan peranan penting untuk memastikan si kecil membesar menjadi anak yang siha...
Bermula 6 Hingga 12 Bulan Perkembangan Ini Penting Untuk Anak Jika Ok Tak Perlu Risau

Bermula 6 Hingga 12 Bulan Perkembangan Ini Penting Untuk Anak Jika Ok Tak Perlu Risau

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 225 hits
Seronok apabila melihat perkembangan anak daripada masa ke semasa Namun buat papa dan mama baru pasti tidak tahu apa yang akan berlaku apabila si manja menginjak usia enam tujuh lapan bulan dan seterusnya Ini antara yang boleh di jadikan pa...
Menristekdikti Motor Listrik Buatan Anak Negeri Produksi Massal Bulan Depan

Menristekdikti Motor Listrik Buatan Anak Negeri Produksi Massal Bulan Depan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 204 hits
Menristekdikti Mohamad Nasir mengatakan di tahun 2019 ini nantinya akan langsung dibuatkan untuk massal
Ara Dah Nak Pergi Ni Ummi Anak Beri Petanda Kepada Ibu Selama 40 Hari Sebelum Pergi

Ara Dah Nak Pergi Ni Ummi Anak Beri Petanda Kepada Ibu Selama 40 Hari Sebelum Pergi

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 545 hits
Ara dah nak pergi ni Ummi Anak beri petanda kepada ibu selama 40 hari sebelum Pergi Kehilangan insan tersayang pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada kita apatah lagi jika anak yang dikandung selama 9 bulan dan dibesarkan dengan penuh ...
Takkan Isu Makanan Dan Kesejahteraan Anak Anak Sekolah Pun Menteri Ph Mahu Menipu Najib

Takkan Isu Makanan Dan Kesejahteraan Anak Anak Sekolah Pun Menteri Ph Mahu Menipu Najib

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 471 hits
Maszlee kata saya perlu buat homework dulu sebelum saya boleh tanya mengapa Bantuan Makanan Asrama telah turun Saya tanya kerana ada ibubapa yang mengadu kepada saya semasa saya di Tapah baru baru ini Ini adalah pekeliling yang dikongsikan ...
Buat Sendiri Biskut Untuk Anak Yang Mula Tumbuh Gigi Mudah Di Kunyah Resipi Lebih Jimat

Buat Sendiri Biskut Untuk Anak Yang Mula Tumbuh Gigi Mudah Di Kunyah Resipi Lebih Jimat

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 510 hits
Bayi yang mula tumbuh gigi boleh makan makanan jejari seperti biskut khas untuk bayi yang berumur 6 bulan keatas Pada usia ini bayi sudah boleh makan sendiri Tanda tandanya ialah apabila bayi sudah mula memegang makananya sendiri Ibu ibu pa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii