Cukup Cukuplah Dr Maszlee


MENTERI Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini memberi jaminan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan dalam silibus pembelajaran Sejarah.
Sebelum ini, beliau juga telah menerima kecaman teruk daripada orang ramai kerana siri kenyataannya tentang kasut, stoking dan kelas berenang di hotel. Kadang-kadang, penulis lihat beliau seperti meminta-minta untuk dikecam pula.
Sebenarnya banyak lagi isu pendidikan yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan, lebih-lebih lagi tentang mata pelajaran Sejarah.
Adakah menteri sudah memikirkan kaedah terbaik untuk membina pemahaman generasi muda tentang asas-asas kenegaraan seperti Perlembagaan Persekutuan, kontrak sosial dan Rukun Negara yang kini semakin dilupakan? Ribut tentang perpaduan kaum yang melanda kini, bagaimana mahu diredakan melalui pendidikan Sejarah?
Bukanlah penulis mahu menolak usaha memupuk integriti melalui pendidikan, namun usaha yang dicadangkan itu terlalu jelas motif politiknya, sedangkan banyak sahaja lagi skandal rasuah dan integriti besar-besaran yang tercatat dalam lipatan sejarah negara termasuk yang melibatkan beberapa pemimpin kerajaan sekarang.
Negara-negara lain juga ada banyak skandal rasuah berskala mega. Contohnya penyelewengan oleh Suharto semasa memerintah Indonesia, kekayaan melampau bekas pemimpin Filipina, Ferdinand Marcos dan isterinya, Imelda Marcos serta salah laku pemimpin Nigeria, Sani Abacha sehingga diikitiraf antara pemimpin paling korup dalam sejarah.
Cuma bezanya, kesalahan mereka disiasat, diambil tindakan dan pengajaran kemudian tidak lagi dijadikan wirid wajib kerajaan yang menggantikan rejim korup mereka. Bak kata anak muda sekarang, pengganti mereka ‘move on’.
Ada baiknya jika Dr. Maszlee fokus untuk menyelesaikan masalah-masalah pendidikan yang semakin membebankan pemegang taruh utama dalam sektor itu, iaitu guru. Setakat ini berkenaan isu guru duka lara, beliau hanya sekadar mengangkat guru yang bertahun menabur bakti di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai ‘adiwira’.
Benar mereka adiwira, namun apa penyelesaian isu ini? Satu demi satu luahan guru yang terpaksa berjauhan dengan keluarga bertahun-tahun penulis baca, patutkah isu 1MDB yang perlu diberi keutamaan? Ribuan graduan pendidikan yang masih belum mendapat penempatan, apa pula nasib mereka?
Buat Dr. Maszlee, berhati-hatilah membuat kenyataan. Apatah lagi, kes 1MDB masih lagi dalam perbicaraan dan belum ada hukuman yang dijatuhkan. Janganlah membuat kenyataan pramatang yang boleh menjatuhkan kredibiliti anda sebagai menteri.
Atau selepas ini Dr. Maszlee akan menyalahkan media lagi kerana melaporkan perkara ini?- UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/12/03/cukup-cukuplah-dr-maszlee/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukup Cukuplah Putar Belit Berita

Cukup Cukuplah Putar Belit Berita

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 321 hits
oleh Ab Jalil Backer MEMUTAR BELIT BERITA Malaysiakini telah memutarbelitkan wawancara Najib Razak dengan Sinar Harian pagi tadi apabila menerbitkan berita berjudul Memang kita sudah ditipu oleh Jho Low kata Najib Razak Perkataan Memang yan...
Cukup Cukuplah Guan Eng Hentikan Hipokrasi Amran Ahmad Nor

Cukup Cukuplah Guan Eng Hentikan Hipokrasi Amran Ahmad Nor

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha DAP Lim Guan Eng semalam mendakwa kenyataan pimpinan Gagasan Tiga sebagai satu fitnah jahat Namun Timbalan Pengerusi G3 yang pernah menjadi pegawainya Amran Ahmad Nor mendedahkan Menteri Kewangan itu juga didakwanya ...
Maszlee Auku Amendments Expected To Be Tabled In Parliament Tomorrow

Maszlee Auku Amendments Expected To Be Tabled In Parliament Tomorrow

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 246 hits
INTERVIEW A bill to amend the Universities and University Colleges Act and other relevant laws is expected to be tabled in the Dewan Rakyat tomorrow said Education Minister Maszlee Malik Tomorrow will be the first reading of amendments for ...
Maszlee Says He Took Up Iium Post To Implement Greater Academic Freedom

Maszlee Says He Took Up Iium Post To Implement Greater Academic Freedom

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 306 hits
INTERVIEW Education Minister Maszlee Malik has explained his contentious appointment as the International Islamic University Malaysia president stressing that he only took up the post to provide the institution greater academic freedom For ...
Maszlee Digesa Tumpu Baiki Sekolah Bukan Isu Kolam Renang

Maszlee Digesa Tumpu Baiki Sekolah Bukan Isu Kolam Renang

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Anggota Parlimen Subang Wong Chen berharap agar Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memberi perhatian kepada isu yang lebih penting seperti membaiki keadaan sekolah berbanding isu memperkenalkan kokurikulum belajar berenang Jel...
Najib Claims Maszlee Will Soon Be In History Books Himself

Najib Claims Maszlee Will Soon Be In History Books Himself

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 308 hits
Former premier Najib Abdul Razak has accused Education Minister Maszlee Malik of politicizing school children He said this in a Facebook posting in response to the minister stating that the 1MDB scandal would be incorporated into the syllab...
Skandal 1mdb Dimasukkan Dalam Silibus Sejarah Maszlee

Skandal 1mdb Dimasukkan Dalam Silibus Sejarah Maszlee

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR 3 Dis Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah Menterinya Dr Maszlee Malik berkata tindakan tersebut diambil bagi memastikan pemimpin pada masa hadapan ...
Insaflah Maszlee Sampai Bila Nak Salahkan Media

Insaflah Maszlee Sampai Bila Nak Salahkan Media

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 329 hits
SEPERTI dijangka Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sekali lagi menyalahkan media atas laporan kenyataan beliau mengenai isu 1Malaysia Development Berhad semalam Dalam kenyataan media oleh setiausaha akhbarnya Sharul Aman Mohd Saari beliau...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik