Cuepacs Mohon Kerajaan Beri Bantuan Khas Aidilfitri


bharian.com.my
Oleh Suzalina Halid 
[email protected]
- Mac 13, 2025 @ 5:32pm
Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan supaya menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata pemberian BKK penting bagi meringankan beban perbelanjaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Beliau berkata, apatah lagi sambutan Aidilfitri sering membabitkan peningkatan perbelanjaan, khususnya bagi mereka yang perlu membuat persiapan pulang ke kampung halaman, menyediakan keperluan asas keluarga, serta memenuhi keperluan pendidikan anak-anak yang semakin meningkat.

"Dalam keadaan kos sara hidup yang masih tinggi, bantuan khas ini akan sedikit sebanyak membantu penjawat awam menguruskan keperluan kewangan mereka dengan lebih baik. Kami memahami penjawat awam baharu sahaja menikmati kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan.

"Namun, tradisi pemberian BKK setiap kali menjelang Aidilfitri adalah satu inisiatif yang amat dihargai dan dinanti penjawat awam bagi memastikan kesejahteraan mereka dan keluarga dalam membuat persiapan perayaan," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim berkenaan, akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa iaitu lapan peratus bagi Fasa 1 pada Disember 2024, manakala tujuh peratus untuk Fasa 2 pada Januari 2026.

Sementara itu, bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus dengan empat peratus bagi Fasa 1 dan tiga peratus bagi Fasa 2, menerusi SSPA yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos lalu.

Pada masa sama, Adnan berkata, BKK bukan sahaja dinanti-nantikan penjawat awam, tetapi juga memberi manfaat kepada peniaga bazar Ramadan dan peruncit yang turut bergantung kepada lebihan wang daripada bantuan ini untuk meningkatkan hasil jualan mereka.

Beliau berkata, apabila penjawat awam mempunyai lebihan kewangan untuk berbelanja, kesan limpahan ekonomi dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat, termasuk usahawan kecil, peniaga makanan, serta sektor perkhidmatan lain yang bergantung kepada peningkatan kuasa beli rakyat menjelang perayaan.

"Sebagai tulang belakang perkhidmatan kerajaan, penjawat awam sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara.

"Oleh itu, kami percaya kerajaan akan terus mengambil kira kepentingan dan kebajikan penjawat awam dengan mempertimbangkan pemberian BKK Aidilfitri pada tahun ini sebagai tanda penghargaan atas dedikasi mereka.

"CUEPACS amat menghargai perhatian dan pertimbangan kerajaan terhadap permohonan ini demi kesejahteraan penjawat awam yang terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/03/cuepacs-mohon-kerajaan-beri-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Bersetuju Memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada 8 000 Penjawat Awam Negeri

Kerajaan Pahang Bersetuju Memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada 8 000 Penjawat Awam Negeri

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 137 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan hari ini bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1 000 kepada penjawat awam Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian bantuan itu...
Kerajaan Perak Umum Bantuan Untuk Penjawat Awam Sebanyak Rm1500 Sempena Aidilfitri

Kerajaan Perak Umum Bantuan Untuk Penjawat Awam Sebanyak Rm1500 Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 87 hits
Melalui laporan Sinar Harian kerajaan Perak 8216 menghadiahkan 8217 Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1500 kepada kesemua kakitangan awam di negeri terbabit var currentUrlTwo window location hostname window location pathn
Diskaun 15 Di Me Nate Khas Untuk Pesara Kerajaan Sahaja

Diskaun 15 Di Me Nate Khas Untuk Pesara Kerajaan Sahaja

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 113 hits
Diskaun 15 di Me nate Khas Untuk Pesara Kerajaan Sahaja Kerjasama MyPesara dan Me nate Steak Hub Bagi menghargai jasa dan sumbangan pesara kerajaan Me nate Steak Hub dengan kerjasama MyPesara menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 15 kepada ...
Tiada Pengeluaran Khas Aidilfitri Seperti Didakwa Hati Hati Dengan Scam Ini Ta

Tiada Pengeluaran Khas Aidilfitri Seperti Didakwa Hati Hati Dengan Scam Ini Ta

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 129 hits
Tiada pengeluaran khas Aidilfitri seperti didakwa Hati hati dengan scam ini Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post appeared first on
Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 167 hits
SHAH ALAM Kerajaan Pahang menetapkan syarat mana mana pihak yang ingin menubuhkan pusat tahfiz sekolah pondok atau institusi pendidikan Islam persendirian di negeri itu perlu mematuhi kurikulum disediakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ag...
Bantuan Rm500 Sebulan Kerajaan Madani Hargai Wira Negara

Bantuan Rm500 Sebulan Kerajaan Madani Hargai Wira Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 121 hits
Kerajaan Madani sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menjaga kebajikan rakyat dengan bantuan sara hidup RM500 sebulan kepada lebih 31 000 veteran ATM yang tidak berpencen dan berumur 60 tahun ke atas Langkah ini bukan sekadar menghulur...
Senarai Dan Jenis Bantuan Baitulmal Sediakan Kepada Memerlukan

Senarai Dan Jenis Bantuan Baitulmal Sediakan Kepada Memerlukan

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 210 hits
Senarai dan Jenis Bantuan Baitulmal Sediakan Kepada Memerlukan Senarai dan Jenis Bantuan Baitulmal Sediakan Kepada Memerlukan Baitulmal merupakan institusi penting dalam sistem ekonomi Islam yang berperanan menguruskan sumber kewangan umat ...
Pm Anwar Terus Sinari Harapan Salur Bantuan Kepada Nelayan Pahang

Pm Anwar Terus Sinari Harapan Salur Bantuan Kepada Nelayan Pahang

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 136 hits
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban di kediaman yang akan dibaik pulih hasil bantuan daripada ICU bagi memberi keselesaan kepada Mohammad Kasim sekeluarga Foto Facebook...
Ada Yang Ambil Kesempatan Pengumuman Kwsp Dengan Sebar Bantuan Palsu Tak Pasti

Ada Yang Ambil Kesempatan Pengumuman Kwsp Dengan Sebar Bantuan Palsu Tak Pasti

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 111 hits
Ada yang ambil kesempatan pengumuman KWSP dengan sebar bantuan palsu Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post appeared first on
20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Kek Lapis Penganan Pilah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinda Dania Katana Chord

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga 60

Makan Kenduri Di Telok Panglima Garang

3 Beranak Ke Ikea Cheras