Cucur Udang Baha Ag Alor Gajah Melaka
Balik Melaka hari tu suami ajak
makan cucur udang dekat Alor Gajah. Dari hari tu lagi ajak makan sebab kawan
satu pejabat dia tak habis-habis asyik throwback kenangan waktu belajar di UiTM
Melaka dulu.
Orang kata kalau sampai Alor
Gajah memang kena makan cucur udang. Kira dah jadi menu Ikon Makanan Alor
Gajah.
Jadi layankan saja tekak suami. Dia
ajak makan di gerai Cucur Udang Baha Alor Gajah (AG). Terkenal sebab mereka dah
berniaga sejak 50 tahun yang lepas dan masih bertahan.
Dari KL kami keluar ikut tol
Simpang Ampat dan kemudian terus ke Alor Gajah. Gerai ni dalam Medan Selera
Menggong, berdekatan bulatan yang ada keris besar tu berhadapan Dataran Keris.
Nak makan Asam Pedas boleh cuba Kedai Asam Pedas Restoran Berkat Salam
Cucur Udang Baha Alor Gajah (AG) Melaka
Cuaca cerah dan panas. Tidak berangin
jadi memang laju je lah kaki melangkah tak pandang kiri kanan. Sampai je destinasi
terus ke gerai Cucur Udang Baha AG.
Dekat luar Medan Selera tu ada
khemah / gerai menjual buah-buahan dan segala produk makanan IKS dan makanan
tradisional Melaka.
Korang yang datang ke sini boleh
singggah dan beli sebagai buah tangan. Ada macam-macam seperti belacan, gula
Enau, Kuih Bakar Melaka, Dodol dan Wajik, kerepek dan banyak lagi lah.
Makan Cucur Udang Baha AG
Konsep makan dekat sini ialah
layan diri. Pilih menu dan bayar terus di kaunter yang korang pesan tadi. Kemudian
boleh pilih meja dan pesan air minuman.
Dekat kaunter penuh dengan cucur
udang yang dah siap dibungkus dalam beg plastik. Memang nampak meriah dan
pelanggan memang tak putus datang.
Waktu tu baru pukul 1 tengah
hari. Rasanya kalau lambat sikit mesti penuh dengan pelanggan.
Ada set makan dan juga set
bungkus. Semestinya harga lebih mahal sedikit jika pilih set bungkus. Kami pilih
set makan untuk dua orang.
Belajar dari pengalaman lepas,
kalau pertama kali cuba jangan la pesan banyak-banyak sebab kalau tak kena
selera pasti akan membazir.
Bersyukur kami buat pilihan
bijak. Set dua orang pun dah banyak cukup untuk kami berlima makan. Satu set tu
ada cucur dank orang boleh tambah menu pilihan seperti Tahu, Tahu Ikan, Keropok
Lekor, Popia, Otak-Otak, Ayam, Sosej, Nugget dan Telur.
Menu Cucur Udang Baha AG
Set Makan
1 orang Makan = RM3
2 orang Makan = RM5
3 orang Makan = RM7
4/5 orang Makan = RM10
Set Bungkus
1 orang Makan = RM3
2/3 orang Makan = RM6
4/5 orang Makan = RM10
Review Cucur Udang Baha Alor Gajah
Melaka
Kalau ikut selera anak tekak,
Diah lebih suka cucur Udang makan dengan kuah kacang berbanding sos pencicah.
Kuah sos pencicah dia warna merah
dan rasa dia agak manis. Kurang pedas jadi budak-budak pun boleh makan.
Doh cucur lepas digoreng tidaklah
begitu rangup tapi masih sedap dimakan. Kena pandai pilih menu tambahan akan
jadikan cucur lebih sedap.
Ikut selera, Diah pernah makan
cucur lebih sedap. Rasa cucur dia tidaklah mengecewakan, jadi korang patut
datang dan cuba sendiri.
Seronok datang sini untuk makan
santai-santai. Harga dia masih mampu bayar dengan portion yang pelanggan dapat.
Kami makan set dua orang tambah
ayam, nugget dan keropok lekor. Sepinggan besar tu hanya RM9.50. Kenyang
Alhamdulillah.
Penutup
Korang yang bercuti ke Melaka,
boleh singgah ke gerai Cucur Udang Baha. Nak mudah waze je Medan Selera
Menggong, gerai dia hujung sekali. InshaAllah jumpa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/10/cucur-udang-baha-ag-alor-gajah-melaka.html