Date: December 29, 2019Author: captainm0KUALA LUMPUR- Tidak lama cucu saudara Dr Mahathir Jalil Rasheed dilantik sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutifnya sudah dijangka beliau akan melakukan kejutan baru. Ogos lalu Pelantikan Jalil bekas CEO Invesco mengejutkan semua pihak termasuk Dr Mahathir tidak tahu menahu mengenai pelantikan Jalil kerana Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi PNB tidak memaklumkannya.
Terbaru atas alasan kadar pendudukan yang rendah iaitu sekitar 60 peratus menjadi alasan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menjual Plaza Damansara yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Jalil Rasheed, selain kadar pendudukan yang rendah, pengurusan rumah kedai juga tidak memberikan pulangan yang diharapkan.“Ia menyukarkan kami mendapatkan pulangan yang kami mahu.“Apabila kami melihat semula portfolio hartanah, kami membuat keputusan tidak mahu lagi memiliki Plaza Damansara.“Kami tidak mahu lagi memiliki kompleks rumah kedai dan mempunyai pelbagai jenis penyewa. Kita tidak bercakap mengenai satu atau dua lot rumah kedai tetapi (Plaza Damansara) memiliki lebih 100 lot.“Kami mahukan portfolio hartanah PNB yang lebih fokus,” katanya semasa sidang media pengumuman agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera serta perkembangan terkini PNB 2019 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pengerusi PNB, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, penjualan kompleks rumah kedai itu adalah sebahagian daripada strategi PNB untuk mengitar semula modal bagi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.“Kami melihat terdapat peluang untuk mengoptimumkan pelaburan, jadi kami rebut peluang tersebut.“Tambahan pula, kami mendapat peluang untuk menjualnya secara en bloc dan bukan seunit demi seunit,” katanya lagi.PNB bagaimanapun tidak mendedahkan butiran transaksi penjualan berkenaan.Apakah Plaza Damasara akan dijual kepada kroni seperti syarikat Tun Daim Zainudin?
Antara restoran popular di Plaza Damansara
18 Disember lalu PNB mengumumkan pembayaran pengagihan 5.50 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB). Pembayaran pengagihan itu adalah terendah sejak ASB diperkenalkan pada 1990. Ia mendapat kritikan daripada netizen 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |