Dr Mahathir Akan Bankrapkan Malaysia Macam The Loaf Dengan Dasar Ekonomi Yang Ke Laut
Portal ini pernah menyiarkan artikel tentang kegagalan Dr. Mahathir dalam perniagaan peribadi beliau selepas menjadi Perdana Menteri ke 4, 'The Loaf', sebuah syarikat roti (BACA DI SINI)...
Ramai yang tak percaya, yer lah, Dr. Mahathir yang kononnya dikenali sebagai seorang pakar membangunkan ekknomi Malaysia, mana mungkin boleh gagal dalam mengendalikan syarikat roti...
Tapi itulah hakikatnya...
Apa saja yang ada campurtangan Dr. Mahathir, gerenti lingkup...
Sejarah tak pernah menipu, yang selalu menipu ialah manusia yang bernama Dr. Mahathir Mohamed...
Ada juga yang tanya, kalau betul Dr. Mahathir tu tak pandai uruskan ekonomi, kenapa Malaysia bawah pimpinan Dr. Mahathir masa beliau jadi Perdana Menteri ke 4 dulu boleh membangun...
Jawapannya ialah kerana waktu itu Dr. Mahathir dikelilingi oleh pasukan yang bijak dan kuat...
Maksudnya, kredit kejayaan membangunkan Malaysia adalah lebih layak diberi pada pasukan Dr. Mahathir, bukannya beliau...
Buktinya sekarang nie, bila Dr. Mahathir dikelilingi pasukan yang tak tahu menguruskan ekonomi negara, Dr. Mahathir yang dah memang tak tahu apa-apa tu dengan mudah diperbodoh-bodohkan!!!
Rakyat Ditindas, Taikun Diutamakan!!!
Moto DS Najib, 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...
Dr. Mahatbir tak suka dengan moto tu...
Pada Dr. Mahathir moto yang lebih sesuai ialah Rakyat Ditindas, Taikun Diutamakan...
Helah Dr. Mahathir yang simplistic, tiada 'depth and hollow' pertahankan taikun tapi lebih kepada niat untuk menipu rakyat tanpa sedikit pun perasaan malu dan segan...
Ada pula profesor-profesor bodoh yang cuba pertahankan dasar Dr. Mahathir...
Dengan angkuh Dr. Mahathir akui orang kaya lebih utama ditolong dari rakyat marhaen...
Padahal taikun ada keupayaan dan kekayaan...
Rakyat biasa tiada keupayaan dan kekayaan...
Polisi Dr. Mahathir yang menindas rakyat marhaen mahu gaji kekal rendah supaya kos perniagaan untuk taikun tak tinggi...
Bila kos perniagaan rendah, 'profit margin' untuk taikun akan lebih tinggi...
Taikun untung berbilion-bilion tapi rakyat berkerja macam hamba tebusan mendapat upah yang rendah...
Bila perniagaan taikun bermasaalah, Dr. Mahathir akan arahkan GLC dan Tabung Amanah macam KWSP, Tabung Haji, Petronas dan lain-lain untuk 'bail out'...
Tak cukup dengan duit GLC dan Tabung Amanah untuk 'bail out' syarikat taikun yang bermasalah, jual pulak harta negara, kalau tak cukup juga, pinjaman luar negara pula dicari...
Dah tentu yang kena bayar duit yang digunakan tu adalah duit rakyat...
Taikun selamat, rakyat kekal melarat!!!
Tapi masih ada lagi rakyat Malaysia yang bodoh akan sentiasa bersedia untuk diperbodohkan oleh Dr. Mahathir...
Asyik ditipu sepanjang masa dengan wayang Dr. Mahathir...
Macam-macam pendedahan dah diberi, macam-macam fakta dah dihidangkan depan mata, tapi rakyat yang sentiasa bersedia untuk diperbodohkan Dr. Mahathir nie tetap pandang Dr. Mahathir sebagai dewa...
Kita minta ini kali saja, fikirkanlah dengan otak yang waras, kalau syarikat roti tu pun telingkup bila Dr. Mahathir ambil alih, mampu ker dia nak uruskan ekonomi negara...
Bukti ada di depan mata dan sekeliling kita!!!
Aku yakin, benggali roti belakang rumah opah aku tu lagi bijak dari Dr. Mahathir...
Walau pun perniagaan dia kecil tapi sekurang-kurangnya perniagaan roti dia tetap maintain dan sustain...😛😛😛
Petikan dari tulisan asal :
Fb Salahuddin Hisham
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2019/12/dr-mahathir-akan-bankrapkan-malaysia.html