Cucu Badul Tiada Pembelaan



KUANTAN: Sudahlah tiada pembelaan malah dua anak Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya trauma sehingga menga­lami masalah psikologi kerana kerap diejek ekoran kematian bapa mereka.
Bekas isteri Allahyarham, Ja­milah Ismail, 38, berkata, dia sedih mengenang nasib dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd. Zahir, 9, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 10, yang terabai.
“Inikah nasib anak pegawai yang mempunyai pangkat dalam tentera? Sejak arwah bapa mereka meninggal, kehidupan dua anak terabai dan langsung tiada bantuan diterima.
“Satu Malaysia dimaklumkan pelbagai bantuan disalurkan atas nama balu Allahyarham dan anak-anaknya tetapi tapi anak-anak saya, satu sen pun tidak terima bantuan yang disumbangkan itu,” katanya ketika ditemui Utusan
Malaysia di sini semalam.
Mohd. Zahir yang juga merupakan anak pelakon dan pengarah veteran, A.R. Badul, seorang anggota komando meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan A.R. Badul menolak dakwaan mahu membolot harta anaknya dengan menjelaskan dia hanya mahu menuntut haknya sebagai bapa.
A.R. Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, berkata, buat masa ini dia tidak kisah jika ada pihak yang mengambil kesempatan mengecam dirinya memandangkan dia hanya memikirkan keadaan cucu-cucunya.
Jamilah berkata, setakat ini, dua anaknya hanya menerima pencen arwah suaminya, bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM200 dan bantuan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sebanyak RM500 termasuk RM200 dalam bentuk baucar atas namanya sebagai ibu tunggal.
Jelasnya, daripada segi sumbangan yang disalurkan oleh netizen dan pelbagai pihak menerusi akaun bank balu Allahyarham, dua anak lelakinya itu satu sen pun tidak menerimanya.
“Itu saya tidak kisahlah kera­na itu duit netizen dan orang ramai. Tapi yang saya sedih duit insurans milik arwah sendiri. Kenapa anak saya tiada hak?
“Jika anak arwah dengan balunya layak mendapat haknya, kenapa anak saya yang juga anak arwah tidak layak dapat duit insurans itu?,” soalnya.
Menurutnya, sebagai ibu tunggal, dia kini bekerja sebagai tukang masak dengan gaji hari RM50 dan perlu menanggung dua anaknya itu.
Jadi katanya, bantuan begitu diperlukannya bagi menyara dua anaknya kerana difahamkan sumbangan untuk mereka berdua banyak diterima daripada pelbagai pihak.
Tentang anaknya yang trauma, Jamilah berkata, anaknya terutama Mohamad Remy Iskandar cukup terkesan ekoran kematian bapanya.
“Sudah hampir dua tahun arwah meninggal dunia tapi anak arwah masih trauma. Pergi sekolah pun anak tidak mahu kerana kerap diejek. Kenapa ayah kau mati ditembak, ayah kau jahat ke?
“Ia cukup memberikan kesan kepada anak bongsu saya sampai dia pernah cakap dia gila sebab kena makan ubat penenang,” katanya.-UTUSAN ONLINE
The post Cucu Badul tiada pembelaan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/03/cucu-badul-tiada-pembelaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Cucu Ar Badul Alami Masalah Psikologi Tiada Pembelaan Selepas Kematian Bapanya

Dua Cucu Ar Badul Alami Masalah Psikologi Tiada Pembelaan Selepas Kematian Bapanya

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 471 hits
KUANTAN Sudahlah tiada pembelaan malah dua anak Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya trauma sehingga mengalami masalah psikologi kerana kerap diejek ekoran kematian bapa mereka Bekas isteri Allahyarham Jamilah Ismail 38 berkata dia sedih men...
Bantuan Hanya Untuk Ibu Balu Dan Lima Anak Arwh Luahan Badul Selepas Hak Sebagai Bapa Arwh Diketepikan

Bantuan Hanya Untuk Ibu Balu Dan Lima Anak Arwh Luahan Badul Selepas Hak Sebagai Bapa Arwh Diketepikan

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 320 hits
loading KUALA LUMPUR Bukan mahu duit sangat cuma nak tahu kedudukan dan hak sebagai bapa Saya diketepikan disisihkan Macam saya sudah mati sama dengan arwah
Tak Sangka Dia Kata Saya Tamakkan Harta Apakah Bapa Seperti Saya Tidak Layak Dapat Ar Badul

Tak Sangka Dia Kata Saya Tamakkan Harta Apakah Bapa Seperti Saya Tidak Layak Dapat Ar Badul

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 547 hits
Saya hanya inginkan penjelasan kenapa tak dapat pencen Allahyrham Itu kata kata terbaru pelakon dan pelawak veteran AR Badul 71 yang terkilan dan kecil hati dengan menantunya Nour Shafinar Harun apabila mendkwa dia tamakkan harta Allahyrham...
Selepas Badul Kini Bekas Isteri Pula Tuntut Bahagian Untuk Anak

Selepas Badul Kini Bekas Isteri Pula Tuntut Bahagian Untuk Anak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 575 hits
loading Isu membabitkan pembahagian harta Allahyrham Mejar Mohd Zahir Armaya yang juga anak kepada pelawak AR Badul hangat diperkatakan ramai sejak beberapa hari ini
Ar Badul Kecewa Dengan Menantu Dituduh Tamak Harta Arwah Anak

Ar Badul Kecewa Dengan Menantu Dituduh Tamak Harta Arwah Anak

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 332 hits
Didakwa tamakkan harta Allahyarham anaknya Mejar Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia dalam insiden tertembak pada tahun lalu pelakon dan pelawak AR Badul akui terkilan dan kecil hati dengan menantunya Nour Shafinar Harun Mempersoalkan me...
Hiburan Hak Sebagai Bapa Dinafikan Ar Badul Persoal Ke Mana Bahagian Peninggalan Harta Arwah Anak Untuk Dirinya

Hiburan Hak Sebagai Bapa Dinafikan Ar Badul Persoal Ke Mana Bahagian Peninggalan Harta Arwah Anak Untuk Dirinya

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 447 hits
Rasa terkilan kerana haknya sebagai bapa telah dinafikan oleh ahli keluarga sendiri AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie 71 mengakui dirinya bertambah kecewa apabila hubungan renggang yang telah terjadi antara dia dan arwah anak...
Hiburan Kekal Sihat Pada Usia 71 Tahun Ar Badul Kongsi Tips Saya Tak Simpan Dendam Dan Sentiasa Berfikiran Positif

Hiburan Kekal Sihat Pada Usia 71 Tahun Ar Badul Kongsi Tips Saya Tak Simpan Dendam Dan Sentiasa Berfikiran Positif

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 458 hits
Pelakon dan pelawak AR Badul telah berkongsikan rahsia kekal sihat meskipun umurnya kini menginjak 71 tahun Menurut AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie dia mengamalkan pemikiran positif dan sama sekali tidak menyimpan dendam me...
Hiburan Dituduh Tamak Harta Arwah Anak Ar Badul Terkilan Dengan Sikap Menantu

Hiburan Dituduh Tamak Harta Arwah Anak Ar Badul Terkilan Dengan Sikap Menantu

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 322 hits
Pelakon dan pelawak veteran AR Badul zahir rasa terkilan dan kecil hati dengan menantunya Nour Shafinar Harun selepas beliau khabarnya mendakwa pelakon tersebut tamakkan harta Allahyarham anaknya Menurut Badul beliau langsung tidak pernah t...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal