Cucu Almarhum Tg Nik Aziz Tak Puas Hati Dengan Anugerah Tan Sri



Kota Bharu: Keluarga Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui terkejut dengan gelaran Tan Sri yang diterima bekas Menteri Besar Kelantan itu.
Cucu Allahyarham, Nik Nur Humaira berkata, sebelum ini mereka sekeluarga sudah dimaklumkan yang Nik Abdul Aziz bakal menerima gelaran Tun, namun sebaliknya yang berlaku apabila menerima surat Istana Negara.
Menurutnya, keluarga mereka tidak memandang rendah dengan penganugerahan Tan Sri, sebaliknya terkejut apabila Nik Abdul Aziz, seorang ulama milik ummah, diletakkan sebaris dengan seteru politik dan agama daripada DAP.
"Secara zahirnya, penganugerahan ini adalah perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, namun senarai penerima akan dicadang serta ditapis oleh Perdana Menteri terlebih dahulu.
"Ahli keluarga 'dicanangkan' lebih awal bahawa Tuan Guru akan dianugerahi gelaran Tun, namun sebaliknya apabila surat istana tiba, ternyata kami dikejutkan dengan penerimaan gelaran Tan Sri," katanya.
Kenyataan itu dimuat naik Nik Nur Humaira di Facebook pada 10 Jun lalu.
Beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati apabila surat jemputan tidak diberikan menerusi kerajaan negeri, sebaliknya dihantar melalui anak kedua Allahyarham, Nik Omar Nik Aziz iaitu bapa saudaranya.
"Selama 23 tahun memimpin kerajaan PAS di Kelantan, namun undangan bersejarah begini diberikan melalui tangan seorang yang memilih untuk tidak bersama perjuangan beliau (Nik Abdul Aziz)?
"Memandangkan jemputan daripada Istana Negara tidak boleh ditolak, maka isteri Allahyarham, Tuan Sabariah Tuan Ishak iaitu nenda kami memenuhi undangan berkenaan," katanya.
Katanya, penulisannya itu adalah tindak balas kepada beberapa naratif daripada musuh PAS, yang mengatakan bahawa Nik Abdul Aziz tidak pernah dianugerahkan Tan Sri walaupun ketika PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.
"Walhal, hanya kerana seorang anak Allahyarham tidak sedar dirinya menjadi bola bagi pihak lawan, bergerak ikut kaki yang menyepaknya, meraikan ayahnya yang diletakkan sebaris dengan musuh agama yang dilawan sehingga keras jiwa dan putus nyawanya.
"Ulama ini diberikan pengiktirafan, hanya setelah jasad tertanam jauh di dalam bumi. Sayang sekali, ketokohan beliau diperalatkan selepas beliau tiada.
"Allahyarham dianugerahi gelaran Datuk Bentara Setia pada 2010, iaitu tiga tahun sebelum beliau turun daripada kerusi Menteri Besar setelah 23 tahun pemerintahan. Apa ertinya? Bahawa gelaran material ini tidak lah pernah menjadi keutamaan beliau kerana sedar bahawa pangkat dan darjat di dunia tidak menyamai ganjaran dan keredaan Allah SWT," katanya.
Nik Nur Humaira berkata, di kesempatan itu beliau tetap menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan penganugerahan Darjah Kebesaran PSM kepada Allahyarham datuk kami.
"Junjung kasih, Tuanku," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Nik Abdul Aziz dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut sama menerima anugerah itu, pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang - myMetro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/cucu-almarhum-tg-nik-aziz-tak-puas-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tan Sri Title For Nik Aziz A Huge Honour For Family Says Son

Tan Sri Title For Nik Aziz A Huge Honour For Family Says Son

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 194 hits
Nik Omar Nik Abdul Aziz said with his father no longer around the title was especially appreciated by his mother PETALING JAYA Nik Abdul Aziz Nik Mat s posthumous Panglima Setia Mahkota award which carries the Tan Sri title is seen as a hug...
Arwah Tuan Guru Nik Aziz Dapat Gelaran Tan Sri

Arwah Tuan Guru Nik Aziz Dapat Gelaran Tan Sri

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 186 hits
Arwah Tuan Guru Nik Aziz dapat gelaran Tan Sri Bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara 839 penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di Pertuan Agong har...
Nik Omar Tan Sri Atau Tun Nik Aziz Ambo Junjung Kasih Tuanku

Nik Omar Tan Sri Atau Tun Nik Aziz Ambo Junjung Kasih Tuanku

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 122 hits
N Faizal GhazaliEnggan mengulas begitu komen anak lelaki sulung Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung rasa tidak puas hati pihak tertentu dari keluarga itu berkenaan gelaran yang diterima bekas menteri besar Kelantan itu baru baru in...
Kami Dicanangkan Gelaran Tun Bukan Tan Sri Keluarga Nik Abdul Aziz

Kami Dicanangkan Gelaran Tun Bukan Tan Sri Keluarga Nik Abdul Aziz

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 199 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myKota Bharu Keluarga Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui terkejut dengan gelaran Tan Sri yang diterima bekas Menteri Besar Kelantan itu Cucu Allahyarham Nik Nur Humaira berkata sebel...
Nik Omar Gelaran Tan Sri Bermakna Buat Keluarga Bonda

Nik Omar Gelaran Tan Sri Bermakna Buat Keluarga Bonda

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 188 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penganugerahan yang membawa kepada gelaran Tan Sri buat bekas mursyidul am PAS itu adalah satu penghormatan besar Anaknya Nik Omar Nik Aziz walaupun anugerah ...
Kit Siang Nik Aziz Made Tan Sris

Kit Siang Nik Aziz Made Tan Sris

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 167 hits
Lim Kit Siang and Nik Aziz Nik Mat in a meeting when DAP and PAS were part of the now defunct Pakatan Rakyat coalition PETALING JAYA DAP veteran Lim Kit Siang and the late PAS spiritual adviser Nik Abdul Aziz Nik Mat were among the 839 reci...
Tak Boleh Lawan Sumbangan Kit Siang Kata Dr M Berkait Anugerah Tan Sri

Tak Boleh Lawan Sumbangan Kit Siang Kata Dr M Berkait Anugerah Tan Sri

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 147 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata sumbangan yang dilakukan oleh Lim Kit Siang tidak boleh dilawan oleh mana mana pihak PETALING JAYA Sumbangan yang dibuat Lim Kit Siang tidak boleh dilawan mana mana pihak kata bekas perdana ...
14 6 23 Pas Kini Tunggang Cucu Nik Aziz Isu Kafir Pas Di Ajak

14 6 23 Pas Kini Tunggang Cucu Nik Aziz Isu Kafir Pas Di Ajak

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 118 hits
14 6 23 PAS kini tunggang cucu nik aziz selepas mereka yang buang dalam tong sampah Mukhriz nafi jadi MB Atau itu taktik nak tenangkan ahli PAS Ketua Pemuda PAS Sik Mohd Shahiful Mhd Nasir dicabar debat oleh Iswardy isu kafir mengkafir 42 j...
Apa Itu Wang What Is Money

Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin

Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution

Private Hospitals Ready To Receive Cardiac Surgery Patients From Serdang Centre

Kad Bank Malaysia Support Apple Pay Google Pay

Flanders House By Saota In Belgium



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Cara Untuk Mendapat Rezeki Yang Melimpah Ruah

Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam Ke Kuantan Pahang

Campers Gathering Legenda Putri Homestay Kuala Linggi Melaka

3 Hari Bertugas Untuk Program Jerayawara

Lirik Lagu Sangkar Derita Oleh Haqiem Rusli

Rumah Maw Art Studio Seni Dan Kafe Moden Menarik Di Langkawi Kedah