Cuci Kasut Putih Dengan Blue Stick Soap Cepat Bersih
Kasut Stan Smith pemberian encik suami dah serupa belacan. Sejak pakai lansung tak berbasuh. Lenjan selagi tak kotor teruk. Tapi sakit juga mata memandang kalau dah rupa begini punya comot. Nak basuh, tiba tiba jadi pemalas.
Teringat pernah beli blue stick soap di Mr DIY. Tapi blue stick soap ni produk Daiso rasanya. Dah beli punya lah lama, dekat setahun juga tapi belum pernah guna lagi. Inilah masa yang terbaik untuk kita cuba. Ayuh!!!
Rupa pek blue stick soap. Harga blue stick soap ni seingat saya lebih kurang RM4 lebih kot. Ke lebih sebab kalau di Daiso RM5 something kan.
Cara nak cuci kasut putih, ikut je arahan pada pek. Saya basahkan air pada permukaan kasut, kemudian gosok blue stick soap dan berus dengan menggunakan berus gigi yang dah tak guna. Jangan pula guna berus gigi yang sedang guna tu. Nayaaaa...
Sebelum dan selepas, flawless teruk rupa kasut saya
Begitulah hasilnya selepas di cuci. Lupa pula nak letak tulisan sebelum dan selepas. Itu saya cuba cuba je dan gosok manja-manja je. Bersih bukan main lagi. Belum lagi gosok beria dan bersihkan secara teliti, mesti nampak macam kasut baru
Ada juga cari kedai cuci kasut tapi di Cyberjaya tak silap. Entah bila nak kesana tak tahu lah. Cuci sendiri lah ye.
Blue stick soap bukan sekadar untuk mencuci kasut putih. Boleh guna untuk cuci pada kolar dan lipatan lengan baju putih yang kotor. Boleh cuba, modal tak besar.
baca juga : cara hilangkan kotoran dan kesan kuning pada baju putih
Kasut saya bukan warna putih, warna krim macam tu sebab tu tak nampak putih betul. Kira mudah juga guna blue stick soap ni untuk menanggalkan kotoran degil. Ke ada yang dah tahu? Saya je terlambat guna
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/11/cara-cuci-kasut-putih.html