Cuci Buah Dengan Guna Bahan Dapur Elak Anak Batuk Alahan
Bahan-bahan dapur boleh digunakan sebagai medium untuk membersihkan buah-buahan sebelum dimakan. Memang bagus makan buah-buahan segar kerana ia penuh dengan khasiat semula jadi yang elok untuk tubuh badan. Bagaimanapun memakan buah-buahan juga boleh menjadi punca anda mengalami batuk.
Mengapa boleh jadi begini? Salah satunya kerana kita tak cuci buah-buahan dengan betul sebelum dimakan. Perkara ini dijelaskan oleh Dr. Mazliana Mazlan, dan beliau turut berkongsi cara mencuci buah-buahan dengan betul.
Cuci Buah Dengan Guna Bahan Dapur
Tahukah mama bahawa makan buah yang tidak dicuci boleh menyebabkan anda batuk da mengalami alahan (alergik). Kadang-kanak anak batuk dan alergik selepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul.

Selepas membeli apa-apa buah-buahan, sampai sahaja rumah cuba untuk terus basuh. Sebab takut anak-anak termakan dan batuk apabila makan buah-buahan yang tidak sempat dibasuh.
Dalam buah, dan sayur ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.
Elak Anak Batuk & Alahan
Cara mudah cuci buah guna bahan di dapur:
Ini cara mudah untuk cuci buah-buahan. Boleh guna salah satu bahan di bawah;
-Garam
-Cuka
-Soda bikarbonat
Salah satu dari 3 bahan ini wajib ada di rumah untuk kita cuci buah dan sayur.

Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi. Tapi, sebab sudah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, apa salahnya guna cara ini. Tak perlu lagi hendak gunakan sabun pencuci buah.
Ratio untuk basuh buah dan sayur:
1. Garam – 1 sudu kecil garam : 1 cawan air
2. Cuka – 1 cawan cuka : 3 cawan air
3. Soda bikarbonat – 2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air
Kacau sebati, dan rendam buah atau sayur dalam 10 – 15 minit.

Selepas rendam, boleh bilas dan tos. Amalkan membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan/dimasak dengan cara yang betul demi untuk kesihatan seisi keluarga.
Sumber: Dr. Mazliana Mazlan
The post Cuci Buah Dengan Guna Bahan Dapur, Elak Anak Batuk & Alahan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/cuci-buah-dengan-guna-bahan-dapur-elak-anak-batuk-alahan/