Cubaan Seludup Dadah Bernilai Rm2 16 Juta Guna Laluan Laut Tumpas


Dewi Nur Harasha Alias
Sindiket pengedaran dadah terbabit menjadikan jalan laut sebagai laluan alternatif bagi membawa masuk lebih 800 kilogram (kg) dadah jenis ganja ke negeri Pulau Pinang. - Foto PDRM GEORGE TOWN: Penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan sindiket pengedaran dadah mengalih modus operandi penyeludupan menerusi jalan laut dengan menggunakan bot fiber dan nelayan
 Taktik itu dikesan selepas polis berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk dadah dari negara Laos baru-baru ini
 Sindiket pengedaran dadah terbabit menjadikan jalan laut sebagai laluan alternatif bagi membawa masuk lebih 800 kilogram (kg) dadah jenis ganja ke Pulau Pinang
 Malah, sindiket tersebut turut menjadikan nelayan sebagai orang tengah bagi membantu membawa masuk bekalan dadah ketika mereka menangkap ikan di perairan termasuk sempadan negara
 Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain, Dalam serbuan di Pulau Pinang dan Kedah pada Jumaat lalu, 12 individu termasuk seorang wanita warga Laos dan dalang utama sindiket terbabit berjaya ditahan
 Razarudin berkata sebanyak 865.7kg ganja juga dirampas yang nilainya mencecah RM2.16 juta
 “Jumlah dadah ini dapat digunakan 2,885 penagih dan kejayaan ini, kami pasti bahawa satu sindiket didalangi seorang lelaki berbangsa Melayu dan ahlinya tumpas sepenuhnya
 “Kami percaya disebabkan PKP yang dilaksanakan yang menjadikan semua pintu sempadan ditutup dan daripada maklumat risikan yang kami jalankan, kami tahu laluan laut digunakan dan ia dari negara jiran
 “Kami juga berjaya merampas enam buah kereta, satu bersama enjin dan kami akan mengambil tindakan di bawah Akta Pelucutan Hak Harta,” katanya
 Menurut Razarudin, menerusi serbuan pertama, polis menahan dua lelaki di kawasan Sungai Nibong di George Town dan menemui 250 ketulan ganja di dalam kereta yang dimiliki suspek
 Susulan itu, polis menahan seorang lagi lelaki di Sungai Nibong sebelum menyerbu sebuah bengkel membaiki bot di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan dan menjumpai 621 ketulan dadah dipercayai ganja disembunyikan di situ
“Tangkapan kedua pada jam 1.30 pagi di Sungai Nibong yang mana tangkapan ini membawa kami ke sebuah bengkel membaiki bot di Simpang Ampat Pulau Pinang.
 “Di sana, kami merampas sejumlah 621 ketulan dadah disyaki ganja di dalam sebuah bot
 “Bot yang kami rampas ini ialah bot fiber berukuran 30 kaki berkuasa 175 kuasa kuda,” tambahnya
 Beliau berkata polis turut menahan tiga lelaki warga Bangladesh yang berperanan sebagai penjaga bengkel berkenaan bagi memastikan semua dadah tersimpan dalam keadaan selamat
 Turut ditahan nelayan yang berperanan membantu membawa masuk dadah ketika mereka menangkap ikan
 Razarudin berkata susulan penahanan semua ahli sindiket terbabit, polis turut menyita enam buah kenderaan antaranya jenis BMW, Isuzu Dmax, Perodua Myvi dan Honda City dan bot fiber, enjin bot serta wang tunai yang kesemuanya bernilai RM280,752
 Tiga daripada mereka yang ditahan itu mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah manakala empat lelaki positif dadah
 Kesemua mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 2.9 juta penagih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/cubaan-seludup-dadah-bernilai-rm216.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dadah Bernilai Rm 8 1 Juta Dirampas Di Pulau Pinang

Dadah Bernilai Rm 8 1 Juta Dirampas Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 450 hits
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah bernilai RM8 1 juta selepas menahan enam suspek termasuk isteri dan ibu kepada ketua sindiket terbabit dalam empat siri serbuan di negeri ini semalam Suspek berusia 28 hingga 59 tahun itu dib...
Cubaan Seludup Burung Murai Ke Indonesia Gagal

Cubaan Seludup Burung Murai Ke Indonesia Gagal

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 263 hits
CUBAAN SELUDUP BURUNG MURAI KE INDONESIA GAGAL KOTA TINGGI 041120 Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Pengerang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar burung murai ke negara jiran di perairan Teluk Ramunia Sungai Rengit Pengerang dekat s...
Polis Bongkar Makmal Syabu Di Ladang Sawit Rampas Rm1 67 Juta Dadah

Polis Bongkar Makmal Syabu Di Ladang Sawit Rampas Rm1 67 Juta Dadah

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 348 hits
Razaruddin Husain menunjukkan wang tunai dan peralatan memproses syabu yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah hari ini TAPAH Polis menahan 10 lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat 37 2kg yang dianggarkan b...
Cubaan Seludup 300kg Ganja 1 5 Tan Daun Ketum Di Perairan Negara Gagal

Cubaan Seludup 300kg Ganja 1 5 Tan Daun Ketum Di Perairan Negara Gagal

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 272 hits
KUALA PERLIS Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis mematahkan cubaan seludup ketulan ganja mampat seberat 300 kilogram bernilai kira kira RM910 000 dan 1 5 tan daun ketum dianggarkan bernilai RM120 000 dalam dua op...
Kastam Rampas Methamphetamine Bernilai Rm1 06 Juta

Kastam Rampas Methamphetamine Bernilai Rm1 06 Juta

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 275 hits
BUTTERWORTH Kastam merampas dadah jenis methamphetamine seberat 7 078 gram bernilai RM1 06 juta yang cuba diseludup dalam alat papan litar elektronik untuk dihantar ke negara Ocenia dan menahan dua ahli perniagaan dalam siri serbuan di Pula...
Rezeki Jatuh Atas Bumbung Rumah Lelaki Ini Jadi Jutawan Segera Setelah Batu Meteorit Bernilai Lebih Rm7 6 Juta Terjual

Rezeki Jatuh Atas Bumbung Rumah Lelaki Ini Jadi Jutawan Segera Setelah Batu Meteorit Bernilai Lebih Rm7 6 Juta Terjual

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 482 hits
Gara gara batu meteorit jatuh menimpa rumahnya seorang lelaki di Sumatera Utara kini menjadi jutawan segera selepas objek itu terjual kepada pakar batu angkasa lapor Daily Mail Menurut Daily Mail Josua Hutagalung 33 yang bekerja sebagai pem...
Peguam Yang Dipertuan Agong 7 Screenshots Yang Bernilai Rm5 Juta

Peguam Yang Dipertuan Agong 7 Screenshots Yang Bernilai Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 383 hits
Pada 30 Oktober 2020 saya telah memuatnaikkan 7 screenshots yang ditulis oleh peguam yang mendakwa di mahkamah bahawa Yang di Pertuan Agong telah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Perkara 40 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan k...
Panas Polis Tahan Usahawan Kosmetik Rampas Syabu Bernilai Rm5 Juta

Panas Polis Tahan Usahawan Kosmetik Rampas Syabu Bernilai Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 436 hits
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan penahanan ketuanya yang juga seorang usahawan kosmetik bersama adiknya dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM5 juta pada Selasa lepas Timbalan Ketua Polis Selangor Dat...
Usahawan Kosmetik Ditahan Terbabit Penyeludupan Dadah Rm5 Juta Netizen Mulakan Siasatan Csi Siapakah Gerangannya

Usahawan Kosmetik Ditahan Terbabit Penyeludupan Dadah Rm5 Juta Netizen Mulakan Siasatan Csi Siapakah Gerangannya

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 516 hits
Shah Alam Polis menahan lima rakan sejenayah termasuk seorang usahawan kosmetik selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah methamphetamine rentas negara dalam dua serbuan di sekitar Taman Serdang Perdana Seri Kembangan Serd...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Halal Love In Viral Video Man Sneaks Into Female Tent To Give Wife A Rose During Hajj

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkahwin Dengan Iblis Untuk Sembuhkan Anak

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle

Manchild By Sabrina Carpenter

Wawa Zainal Sedih Kek Batik Anak Dihina Sanggup Tebalkan Muka Mesej Orang Tu Padam Video

Jangan Cas Telefon Pintar Anda Dengan Port Pengecas Usb Di Lapangan Terbang Tsa