Cubaan Lateefa Koya Mereka Reka Bahan Bukti


TERJEMAHAN KENYATAAN TS SHAFEE SUSULAN PENDEDAHAN RAKAMAN OLEH LATHEEFAH KOYA

Baik...saya ingin membuat beberapa kenyataan.

Dalam sebuah siasatan profesional yang lengkap, apa agensi penyiasatan akan lakukan pada setiap masa melainkan pada situasi ini adalah, apabila mereka memperolehi butiran, informasi dan terutamanya bahan bukti...(ini merujuk kepada bahan bahan bukti yang mereka dakwa telah jumpai).

Pada kebiasaanya mereka akan membuat laporan polis atau laporan SPRM dan mereka akan membuat siasatan secara sulit. Mereka tidak akan mendedahkannya kepada orang awam kerana siasatan itu sendiri bersifat sulit.

Malah Latheefah Koya kata ini adalah merupakan rahsia rasmi yang TS Dzul sedang bincang. Latheefah pun bersalah melakukan kesalahan yang sama kerana perkara ini masih perlu disiasat.

Dan perkara paling teruk adalah, dia mendedahkan kesemua ini kepada orang awam dalam keadaan dia tahu bahawa agensinya (SPRM) tidak akan menyiasat perkara ini. Dia telah kata dia akan menyerahkan segala siasatan kepada pihak polis.

Jadi apa yang dia telah lakukan secara literal adalah dia telah mendahului siasatan dan telah membocorkan fail siasatan polis yang belum mula pun menyiasat!

Dia telah membocorkannya dan kini polis perlu menyiasat suatu perkara yang sudah pun diketahui umum. Jadi ini saya fikir adalah merupakan satu salah laku Latheefah.

Keduanya, anda boleh lihat terdapat dua atau tiga kes melibatkan mahkamah yang disentuh oleh rakaman ini. Secara jelas ia melibatkan kes SRC, 1MDB dan juga kes Riza Aziz.

Dengan mendedahkan rakaman tersebut sekarang kepada umum adalah subjudis. Malah ia menghina mahkamah. Kami serius sedang mempertimbangkan untuk memulakan proseding menghina mahkamah ke atas SPRM khususnya Latheefa Koya.

Kerana saya fikir Latheefah sebagai peguam, (sungguhpun Latheefa tidak mahu mengaku dia bercakap sebagai seorang peguam dari segi kelulusan)...Sebagai seorang peguam Latheefah patut tahu bahawa perbuatannya ini bukan secara sipi-sipi menghina mahkamah tetapi ia sememangnya menghina mahkamah.

Adakah SPRM cuba mempengaruhi mahkamah dan subjudis terhadap perbicaraan yang sedang berlangsung?

Kerana anda boleh lihat bagaimana ia akan menjadi sebegitu (mempengaruhi dan subjudis). Saya berikan beberapa contoh supaya anda faham.

Anda ingat bukan dia kata bahawa ada elemen informasi rahsia telah diberi kepada seorang suspek iaitu perbualan antara Tuan Dzul (belum lagi TS pada masa itu) dengan DSN. Mereka kata terdapat pembocoran tentang apa yg sedang berlaku dalam siasatan.

Jadi mereka katakan terdapat potensi pembocoran rahsia rasmi oleh TS Dzul. Juga kemungkinan DSN bersubahat. Mereka katakan sebegitu.

Kemudian mereka dakwa berlakunya percubaan mereka bahan bukti. Anda ingat bagaimana ini dikaitkan? Latheefah merujuk kepada perbualan telefon antara DSN dengan seorang ketua kerajaan lain di luar negara tentang fakta bahawa Riza Aziz sememangnya telah diberikan pinjaman.

Bahagian kedua perbualan itu yang Latheefah abaikan adalah DSN telah katakan di dalam rakaman tersebut bahawa Riza telah memberitahu beliau yang dia menerima pinjaman dari Syeikh Mansor (ketua kerajaan UAE telah mengiyakannya). Tetapi DOJ telah menjadikannya satu isu. Riza hanya mahukan pinjaman ini didokumenkan sebagai satu perjanjian persetujuan.

Ia bukan percubaan untuk menukar sesuatu perolehan kewangan menjadi seolah-olah satu pinjaman. Sekiranya sebegitu, ia adalah percubaan mereka-reka bahan bukti!

Saya tidak rasa SPRM faham undang-undang. Apabila Latheefa membuat kenyataan tersebut, dia sememangnya secara mutlak telah lari dari fokus tentang apa maksud mereka-reka/pemalsuan bahan bukti. Namun dia sebut semua perkara ini...semua ini disebut dengan bertujuan untuk mempengaruhi perjalanan kes 1MDB dan SRC.

Kerana ini adalah usaha untuk menampakkan DSN kurang kredibel, atau bagi memberikan persepsi kepada orang awam dan mahkamah bahawa DSN semestinya bersalah kerana jika tidak kenapa perlu dia bercakap dengan ketua negara lain sebegitu, dengan isterinya sebegitu dan dengan TS Dzul begitu. Jadi ini adalah perkara-perkara yang boleh mempengaruhi mahkamah dan inilah pengertian subjudis. Kerana itulah ia menghina mahkamah. Kami memandang perkara ini dengan amat serius.

Perkara lain yang amat membingungkan saya adalah, Latheefah Koya telah mengatakan bahawa, “Saya perlu dedahkan kepada kamu (orang awam). Kamu yang pertama mendapat info ini. PM pun tak tahu lagi. Saya perlu dedahkan kepada anda kerana ia melibatkan keselamatan negara.”

Sejak bila Isu Keselamatan Negara anda dedahkan kepada masyarakat umum?!

Sifat dan Definisi isu Keselamatan Negara itu sendiri adalah merupakan rahsia dan disimpan oleh agensi yang menyiasat. Namun dia dedahkan kepada masyarakat umum hari ini, apa yang merupakan isu keselamatan negara. Dia telah melanggar secara mutlak Akta Rahsia Rasmi dengan pengakuannya sendiri!

Anda juga akan perasan bahawa apabila anda memperolehi bahan bukti baru, anda boleh kemukakan bukti tersebut di dalam perbicaraan yang sedang berlangsung ini (SRC, 1MDB) atau anda tidak menggunakannya dan biarkan pihak berkuasa menyiasat.

Anda tidak boleh dedahkannya di luar mahkamah kerana soalan yang saya akan tanya nanti adalah apakah objektif kamu? Kerana mereka boleh menggunakannya (bahan bukti baru) di dalam mahkamah sekiranya ianya berguna bagi mereka. Walaupun saya rasa ia tidak berguna bagi mereka.

Namun idea mereka adalah kelihatan jelas bahawa mereka dengan sengaja mahu mempengaruhi perjalanan kes mahakamah Najib.

Saya juga dapati adalah aneh apabila Latheefah Koya yang merupakan ahli politik sepenuh masa sebelum ini, mungkin tabiatnya susah dibuang, dia masih bersikap seperti ahli politik sehingga hari ini. Sebagai seorang KP SPRM, dia seolah-olah merancang masa kenyataan seperti ini setiap kali pilhanraya kecil akan berlangsung.

Adakah dia terlibat lagi dalam politik? Adakah dia masih berminat untuk melihat keputusan PRK Kimanis? Sekiranya sebegitu, beliau patut letak jawatan dan menjadi ahli politik semula. Anda kena buat keputusan.

Lain-lain perkara berkenaan isu ini saya mahu simpan komen saya sehingga saya dapat melihat dan menganalisa rakaman tersebut dengan amat teliti. Namun kami secara pasti sedang secara serius meneliti aspek subjudis dan menghina mahkamah dalam kenyataan Latheefah Koya.

Soalan wartawan1: TS...bolehkah rakaman seperti ini yang SPRM dakwa diterima dari orang yang tidak diketahui boleh diterima di mahkamah sebagai bahan bukti?

Jawapan TS Shafee: Sekiranya individu itu kekal enggan dinamakan, secara jelas rakaman itu tidak boleh diterima di dalam mahkamah. Kerana bagi membolehkan sesuatu bahan bukti itu diterima mahkamah, anda perlu menunjukkan beberapa perkara, yang pertama adalah riwayat (history), asal usul (provenance) dan ketulenan bahan bukti. Dalam kes ini, mana susur galur riwayat dia?

Ini sama seperti Mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang pernah berkata mereka perolehi bahan bukti dari sumber tidak diketahui. Kit Siang kata ada orang bernama Khamis telefon dia dan apabila dia buka pintu, ada rakaman video lucah DP Vijendran ditinggalkan. Karpal juga kata ada orang ketuk pintu pejabatnya dan bila dia buka, dia juga dapat rakaman video lucah tersebut di depan pintu pejabatnya.

Kesemua bahan bukti video seks ini telah ditolak mahkamah kerana tidak ada history dan asal usul bahan bukti tersebut. Jadi ini boleh menjawab soalan anda secara jelas.

Namun saya mengesyaki ada banyak perkara lain seperti siapa yang merekod rakaman ini.

Kerana kemampuan untuk mengintip dan merakam perbualan telefon ini dengan spektrum yang cukup luas, bukan saja DSN kena malah TS Dzul, ketua kerajaan lain, DS Rosmah...sesiapa yang melakukan ini merupakan seorang yang mempunyai kebiadapan untuk mencabul setiap peruntukan undang-undang yang saya boleh terfikir.

Saya tidak rasa ini adalah kerja individu.

Saya fikir ini adalah kerja orang dalaman.

Mereka sedar tiba-tiba (dengan perkembangan kes SRC dan 1MDB yang tidak memihak mereka) sedar mereka perlu menggunakan rakaman ini untuk mempengaruhi kes ini dan mereka bocorkannya dengan sengaja.

Soalan wartawan2: Adakah terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan perakaman curi seperti ini?


Jawapan TS Shafee: Tidak. Tidak sama sekali. Anda perlu mempunyai kuasa yang tidak kurang dari kebenaran Peguam Negara. Mungkin Peguam Negara sendiri (Ghani?) atau Peguamcara Negara yang mampu memberikan keizinan. Atau anda melepasi tapisan keselamatan tertentu sebelum anda diberi kelepasan untuk mengintip perbualan telefon. Anda tak boleh intip dan rakam begitu saja.

Soalan wartawan3: TS...tadi DS Rosmah juga kata dia telah menyerahkan kepada peguamnya untuk uruskan perkara ini. Jadi adakah TS juga terlibat sama berbincang dengan peguam DS Rosmah bagi mengurus kes itu?

Jawapan TS Shafee: Tidak. Kami akan lakukannya secara berasingan. Kerana kes kami (SRC dan 1MDB) adalah berbeza dari kes DS Rosmah. DS Rosmah betul tindakannya tetapi kes kami lain.

Daripada Facebook Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2020/01/cubaan-lateefa-koya-mereka-reka-bahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dedah Bahan Bukti Sprm Telah Menyalahi Prinsip Kedaulatan Undang Undang Peguam Haniff Khatri

Dedah Bahan Bukti Sprm Telah Menyalahi Prinsip Kedaulatan Undang Undang Peguam Haniff Khatri

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 357 hits
Peguam Kanan Haniff Khatri Abdulla hari ini membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM kerana mendedahkan secara salah rakaman audio perbualan yang di dakwa membabitkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama beberapa fig...
5 Bahan Kimia Membunuh Yang Dijual Secara Meluas

5 Bahan Kimia Membunuh Yang Dijual Secara Meluas

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 356 hits
Berdasarkan kajian terdapat lebih 40 bahan kimia dalam vape yang telah dikenal pasti Sesetengah daripada bahan kimia tersebut adalah sangat berbahaya kepada kesihatan dan berupaya untuk dilepaskan ke udara sekeliling Berikut merupakan 5 bah...
Myvi Terbang Tahun 2020 Jadi Bahan Troll

Myvi Terbang Tahun 2020 Jadi Bahan Troll

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 645 hits
SHAH ALAM Impian untuk melihat kereta terbang ketika memasuki tahun 2020 kini menjadi bahan jenaka dalam kalangan netizen Menerusi Twitter pelayar dikenali Zakwan memuat naik klip video yang memaparkan grafik kereta Myvi terbang sebagai usi...
Bina Model Mikroorganisma Guna Bahan Terpakai Kreatif Wowww

Bina Model Mikroorganisma Guna Bahan Terpakai Kreatif Wowww

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 1791 hits
Aktiviti hari nih murid gunakan bahan terpakai bagi menghasilkan model mikroorganisma macam alga protozoa kulat bakteria dan virus Abam mulakan dengan bahagi mereka kepada 5 kumpulan Pastu cari maklumat pasal mikroorganisma pilihan dengan g...
Kementan Sebut Kenaikan Harga Bahan Pokok Karena Aji Mumpung

Kementan Sebut Kenaikan Harga Bahan Pokok Karena Aji Mumpung

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 250 hits
Kepala Badan Ketahanan Pangan Kementerian Pertanian Agung Hendriadi menyatakan para pedagang melihat peluang untuk menaikkan harga saat Natal dan Tahun Baru Hal ini menanggapi harga cabai yang menyentuh angka hingga Rp 50 000 per kg di bebe...
Tak Cukup Bukti Anwar Tak Didakwa

Tak Cukup Bukti Anwar Tak Didakwa

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 400 hits
JABATAN Peguam Negara tidak akan mendakwa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan serangan seksual terhadap Muhammed Yusoff Rawther kerana kekurangan bukti Dalam satu kenyataan hari ini Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku A...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Konsep Malaysia Madani Memacu Perkhidmatan Awam

Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn