Cuba Strategi Baru Ph Diberitahu Selepas Gagal Jatuhkan Pn


Ahmad Mustakim Zulkifli

Cabaran menanti blok pembangkang itu apabila ia tiada pemimpin pelapis untuk menggantikan kepimpinan sekarang , kata penganalisis politik.

Usaha pembangkang menggulingkan kerajaan dan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri gagal sekali lagi apabila majoriti ahli Dewan Rakyat memilih Ismail Sabri sebagai perdana menteri ke-9. Pakatan Harapan (PH) perlu melakukan rombakan besar-besaran barisan kepimpinan apabila Anwar Ibrahim gagal dalam persaingan mendapatkan kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat berikutan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, kata beberapa penganalisis.
Mereka berkata, selain gagal menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kepimpinan PH boleh dipertanggungjawabkan sebagai menggembalikan Umno kepada kerusi perdana menteri dengan pelantikan naib presiden parti itu, Ismail Sabri Yaakob.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata, kepimpinan Anwar selaku ketua pembangkang dilihat goyah apabila kenyataan awal beliau memiliki sokongan yang kuat dan meyakinkan hanyalah satu retorik semata-mata.
“Apabila diberi peluang sebegini terbuka, ternyata angka tidak menyebelahi beliau untuk menduduki kerusi perdana menteri,” kata Hisommudin yang sudah lama mengikuti perkembangan politik PH kepada MalaysiaNow.
“Kini, terpulang kepada rakan-rakan beliau di dalam blok pembangkang adakah masih melihat beliau masih berbisa untuk dipertaruhkan lagi sekali sebagai calon PM setelah rekod kegagalan berulang kali berlaku.”
PH pada bulan lepas mengerahkan segenap tenaga bagi menumbangkan kerajaan PN sehingga mengingkari SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mereka berhimpun di Dataran Merdeka.
Mereka memprotes penutupan kompleks Parlimen berikutan kes Covid-19 yang dikesan di bangunan itu.
Anwar pada 29 Julai mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin dalam usaha menumbangkan PN, namun gagal menjatuhkan ahli Parlimen Pagoh tersebut.
Muhyiddin hanya meletakkan jawatan selepas penarikan sokongan oleh kumpulan Umno 15 yang diketuai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Najib Razak.
Sebelum itu, Muhyiddin juga menawarkan kerjasama rentas parti dengan tawaran yang bakal menyaksikan reformasi institusi berlaku di Malaysia seperti jawatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal dan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen.
Hisommudin berkata, Anwar tiada pilihan kecuali mengeluarkan kenyataan untuk memfokuskan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun timbul persoalan adakah ahli Parlimen Port Dickson itu tidak serik dan masih mahu menawarkan diri sebagai calon perdana menteri.
Bagaimanapun katanya, sekiranya PH ingin beralih arah dan mengemukakan wajah lain sebagai “poster boy” mereka, masalah tetap akan timbul memandangkan pemimpin pelapis yang kuat tidak dibina gabungan itu.
“Ketika ingin mengambil alih kerajaan, ternyata mereka amat terikat kepada faktor Anwar. Pilihan kepada ikon lain seakan tiada kekuatan dan keyakinan.
“Bertitik tolak dengan episod kegagalan ini, PH Plus ternyata perlu membina barisan kepimpinan yang mampu menggantikan generasi sekarang,” katanya merujuk kepada kerjasama Ph dengan parti pembangkang lain seperti Warisan dan Pejuang.
Dapatan itu turut diperakui oleh Felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun yang bersetuju bahawa presiden PKR itu harus direhatkan.
Katanya, sudah tiba masa untuk Anwar mengambil kedudukan seperti “penasihat kanan” PH.
“Saya tidak nampak ada individu yang boleh menandingi reputasi beliau, tapi ada beberapa pemimpin kanan yang lebih muda daripada parti-parti komponen yang boleh mengambil tampuk kepimpinan secara kolektif.
“Dari PKR, anaknya (Nurul Izzah), Fahmi Fadzil dan Rafizi, dan dari DAP boleh kemukakan Anthony Loke,” katanya kepada MalaysiaNow.
Katanya, menggantikan Anwar dengan muka baru bakal menyegarkan semula PH.
Hisomuddin menambah, lapisan baru kepimpinan perlu diberi ruang untuk meneroka dan menawarkan diri memimpin blok pembangkang dalam persiapan bagi PRU15.
“Jika Anwar masih enggan, rakyat sudah tahu apa natijah dan keputusan dalam pasca pilihan raya nanti,” katanya.
Tahun lalu Anwar cuba menjatuhkan Muhyiddin pada September dengan mendakwa mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan, namun tidak berjaya selepas gagal meyakinkan pihak istana.
Tidak berapa lama selepas itu, MalaysiaNow mendedahkan butiran surat Zahid dan Najib yang menyokong Anwar untuk menggulingkan Muhyiddin.
Eksperimen politik PH
Hisommudin menambah untuk kembali kuat PH perlu berani melakukan eksperimen politik.
“Itu lebih baik dari mengekalkan strategi lama yang terbukti gagal berbanding mencuba strategi baru yang mungkin ada ruang untuk diterima.”
Sementara itu, penganalisis politik dari Sarawak, Jeniri Amir berkata sukar untuk PH menggantikan muka lama sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat.
“Sekiranya selepas PRU15 dia (Anwar) masih gagal, pada masa itu saya fikir sudah tiba masa untuk beliau berundur dan beri ruang kepada kepimpinan baru, kerana dia sudah gagal berkali-kali. Jika gagal lagi kali ini (PRU15), beliau perlu fikir secara serius untuk berundur dan bagi laluan kepada orang baru,” katanya kepada MalaysiaNow.
Jeniri turut bersetuju PKR terutamanya tidak mempunyai pemimpin pelapis, selepas berlaku krisis dalaman yang menyaksikan ramai pemimpin utama keluar parti itu.
“Pergolakan dalam PKR untuk beberapa tahun menyebabkan parti itu lemah apabila sebahagian pemimpin yang dilihat ada potensi mengambil keputusan drastik keluar daripada parti.
“Malangnya walaupun sudah berusaha bersungguh-sungguh, perpecahan dalam pembangkang menyebabkan beliau kempunan hendak jadi perdana menteri,” kata Jeniri.
Jeniri merujuk kepada kumpulan bekas menteri industri dan perdagangan antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang bertindak keluar PKR pada tahun lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/cuba-strategi-baru-ph-diberitahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Hitam Batal Himpunan Selepas Anwar Gagal Jadi Pm

Baju Hitam Batal Himpunan Selepas Anwar Gagal Jadi Pm

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 188 hits
AGENDA DAILY Peserta baju hitam berhimpun secara haram tanpa permit di ibu kota Kuala Lumpur Kumpulan baju hitam membatalkan rancangan mereka turun berhimpun pada 21 Ogos ini selepas dikecewakan ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ya...
Sultan Johor Dun Akan Dibubarkan Jika Wakil Rakyat Cuba Jatuhkan Kerajaan

Sultan Johor Dun Akan Dibubarkan Jika Wakil Rakyat Cuba Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 222 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda tidak akan teragak agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor jika ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Baginda Sultan me...
Perbicaraan Kes 1mdb Hakim Tidak Gembira Najib Gagal Hadir Arah Hadir Selepas Menghadap Agong

Perbicaraan Kes 1mdb Hakim Tidak Gembira Najib Gagal Hadir Arah Hadir Selepas Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR 19 Ogos Hakim yang mendengar kes 1Malaysia Development Berhad yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan tidak gembira apabila bekas perdana menteri itu tidak hadir pada prosiding kes hari ini dan mengarahkan Najib hadi...
Agong Dijangka Umum Pm Baru Selepas Mesyuarat Raja Raja Melayu

Agong Dijangka Umum Pm Baru Selepas Mesyuarat Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 226 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijangka akan menamakan perdana menteri baru Malaysia setelah mengadakan pertemuan dengan mesyuarat Raja Raja Melayu yang lain hari ini Yang di Pertuan Agong Al Su...
Bayi Masuk 8 Bulan Ibu Usah Takut Cuba Menu Baru Kalau Tak Nanti Si Manja Bosan

Bayi Masuk 8 Bulan Ibu Usah Takut Cuba Menu Baru Kalau Tak Nanti Si Manja Bosan

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 215 hits
Penyediaan makanan bayi 8 bulan adalah cabaran untuk para ibu baru Mana tidaknya ibu perlu bertindak kreatif bagi menghasilkan makanan selain puri yang perlu diberikan kepada si manja Ia sangat penting bagi memastikan selera makan anak bert...
Selepas Ismail Sabri Umum Barisan Kabinet Baru Mkt Umno Bermesyuarat Malam Ini

Selepas Ismail Sabri Umum Barisan Kabinet Baru Mkt Umno Bermesyuarat Malam Ini

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 205 hits
August 27 2021 Selepas dua kali ditangguhkan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijadual berlangsung malam ini di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini Ini merupakan kali pertama mesyuarat MKT berlangsung selepas Naib Preside...
Mungkinkah Anwar Merancang Strategi Lain Untuk Jatuhkan Ismail Sabri Pula

Mungkinkah Anwar Merancang Strategi Lain Untuk Jatuhkan Ismail Sabri Pula

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 159 hits
AGENDA DAILY Pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri Foto kredit PMO Saya ucap terima kasih Ismail Sabri ini mewakili UMNO dan dia bincang deng...
Perdana Menteri Akan Serah Surat Letak Jawatan Selepas Strategi Bipartisan Tidak Dapat Sambutan

Perdana Menteri Akan Serah Surat Letak Jawatan Selepas Strategi Bipartisan Tidak Dapat Sambutan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 217 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di Pertuan Agong di Istana Negara esok Ketika men...
Hiburan Netizen Cuba Bongkar Lokasi Sajat Selepas Kongsi Video Divaksin

Hiburan Netizen Cuba Bongkar Lokasi Sajat Selepas Kongsi Video Divaksin

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 230 hits
Sehingga kini pihak berkuasa masih gagal mengesan usahawan kosmetik Sajat yang menghilangkan diri selama berbulan bulan Ada yang mengatakan Muhammad Sajjad ini telah melarikan diri keluar dari Malaysia ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBagaima...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Berebut Kasih

Reaching Out

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Gejala Cerebral Palsy Pada Kanak Kanak Berumur 5 Tahun Dan Cara Diagnosis Awal

Bob Jobs The Bike Exif Guide To Bobber Motorcycles In 2024

Syukur Kepada Allah Kamal Adli Dah Jadi Ayah Beri Nama Uqaira Pada Anak Sulung

Tak Sekolah

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia