Cuba Resipi Quiche Bayam Dan Keledek Rebut Peluang Menangi Wang Tunai Rm280 000
Sedapnya Quiche Bayam Dan Keledek ni. Siapa kata hidangan vegetarian tidak memikat selera? Jika kena olahan bahan-bahannya, pasti sajian yang disediakan memikat rasa. Hanya menggunakan Nestlé JUST MILK dan MAGGI Cukup Rasa, anda tidak perlu lagi menambah garam dan gula ke dalam masakan. Semuanya sudah cukup sempurna dan seimbang. Jika suka pedas, nikmatilah pastri enak ini dengan Sos Cili MAGGI. Memang sangat sempurna dan memikat deria rasa. Jom cuba resipi istimewa ini. Pasti anda sekeluarga sukakannya.
RESIPI QUICHE BAYAM DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN A (PASTRI):
260gram tepung gandum180gram mentega sejuk1 biji telur (gred A)2 sudu makan Nestlé JUST MILK sejukBAHAN-BAHAN INTI:
1 mangkuk (sederhana) daun bayam – bersihkan, celur 2 minit & toskan2 biji ubi keledek sederhana – cincang dadu dan rebus separuh empuk1 cawan Nestlé JUST MILK2 biji telur – pukul dengan garfu1 sudu makan mentega1 labu bawang besar – cincang dadu2 ulas bawang putih – cincang halus2 sudu teh MAGGI Cukup Rasa½ sudu teh oregano kering½ sudu teh basil kering½ sudu teh chili flakesParutan keju parmesan/cheddar secukupnya – pilihanCARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati.Simpan doh di dalam peti sejuk selama 45 minit atau lebih.Sementara itu, buat inti quiche; panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan ubi keledek, bayam celur yang dicincang sedikit, susu Nestlé JUST MILK dan kacau rata. Tambah oregano, basil, chili flakes dan MAGGI Cukup Rasa. Tutup api. Masukkan bancuhan telur dan kacau.Keluarkan doh dari peti sejuk. Biarkan sedikit lembut (untuk mudah mencanai). Canaikan doh dan letak doh di dalam acuan quiche yang telah disapu sedikit mentega. Letakkan parchment paper di atas pastri. Kemudian tambah pemberat (kacang) lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15 minit. Keluarkan pemberat dan parchment paper. Sejukkan pastri sebentar.Tuang inti secukupnya ke dalam pastri yang telah dibakar separuh masak tadi. Tabur parutan keju secukupnya (jika suka).Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-25 minit atau hingga keperang-perangan.
Size hidangan : 8-10 biji (3-4 orang)
Waktu penyediaan : 35 minit
Waktu membakar : 25 minit
NAK MENANG WANG TUNAI BERJUMLAH RM280,000? BEGINI CARANYA!
Serlahkan kreativiti anda dalam menghasilkan pelbagai hidangan snek enak dan berkhasiat untuk keluarga dengan menyertai cabaran #SNEKMACAMPRO dengan NESTLÉ & rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan!
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu:
Sedia satu hidangan snek (bite size snack/pencuci mulut/minuman/pastri) secara kreatif menggunakan produk-produk Nestlé Malaysia terpilih (MILO®, NESCAFÉ, NESTUM, KITKAT, Nestlé Ice Cream, Nestlé Omega Plus, Nestlé EveryDay, Nespray, MAGGI® Nestlé Just Milk)Rakam masakan anda dalam bentuk gambar atau video.Muat naik di akaun Facebook atau Instagram anda dan sertakan hashtag SnekMacamPro #DearNestle. Penyertaan melalui Facebook Stories & Instagram Stories tidak akan diterima.Anda juga boleh menghantar penyertaan melalui Dear Nestlé Facebook page – Cabaran #SnekMacamPro dengan Nestlé.
Ajak kawan-kawan dan saudara mara untuk turut serta dalam CABARAN #SNEKMACAMPRO DENGAN NESTLÉPastikan akaun Facebook dan Instagram anda ditetapkan pada UMUM @ PUBLIC.HADIAH-HADIAH HEBAT INI MUNGKIN MENJADI MILIK ANDA!
Hadiah Utama: RM25,000 cash x 1 pemenang
Tempat pertama: RM15,000 x 2 pemenang
Tempat kedua: RM5,000 x 5 pemenang
Saguhati: RM500 x 400 pemenang
Jadi tunggu apa lagi? Hantar penyertaan anda sekarang!
Layari Dear Nestlé Cabaran #SnekMacamPro dengan Nestlé untuk maklumat lanjut:
https://ift.tt/345QT8M
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/12/cuba-resipi-quiche-bayam-dan-keledek.html