Cuba Keluarkan Dari Kerongkong Anak Tapi Gagal Kanak Kanak Maut Tercekik Gula Gula Jeli


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai akibat tercekik gula-gula jenis jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar, kelmarin.
Memetik laporan Berita Harian, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam kanak-kanak tersebut meminta gula-gula jenis jeli sebelum terkcekik dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Labuan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas dihubungi pihak Hospital Labuan.
Katanya, siasatan awal terhadap ibu kanak-kanak terbabit memaklumkan bahawa pada hari kejadian ketika berada di rumah, mangsa meminta gula-gula jenis jeli.
“Selepas mangsa memakan gula-gula berkenaan, wanita itu mendapati anaknya tercekik.
“Ibu kanak-kanak terbabit kemudian berusaha mengeluarkan gula-gula itu daripada kerongkong anaknya (mangsa) tetapi gagal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Muhamad Farid berkata, wanita itu mengambil keputusan untuk membawa mangsa ke Hospital Labuan untuk tindakan lanjut.
“Setiba di Wad Kecemasan Hospital Labuan, pemeriksaan lanjut terhadap mangsa dijalankan dan didapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia.
“Pihak hospital akan menjalankan bedah siasat selepas analis ‘sample spacemant’ mangsa diperoleh sama ada positif COVID-19 atau pun tidak,” katanya.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Berita Harian
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.
Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu tercekik? Kanak-kanak mungkin akan mengalami:
-Sesak nafas secara tiba-tiba.
-Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
-Menggenggam kerongkong.
-Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
-Bernafas dengan cepat.
-Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
-Pengsan.
-Berhenti bernafas.
Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami:
-Batuk yang berterusan.
-Termengah-mengah.
-Tiada apa-apa tanda.
-Komplikasi
-Jangkitan pada paru-paru seperti radang paru-paru.
-Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
-Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak.
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda tercekik? Langkah-langkah jika anak anda tercekik:
LAKUKAN:
-Tunggu sehingga mangsa batuk.
-Minta bantuan.
-Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan.
Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
JANGAN:
-Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
-Mendongakkan kepala mangsa.
-Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.
BAGI KANAK-KANAK DEWASA
-Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
-Posisikan badan anda di belakang mereka.
-Lakukan Heimlich manouvre.
-Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).
Langkah-langkah pencegahan:
-Jangan benarkan anak anda makan ketika bermain.
-Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan.
-Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
-Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung.
-Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak.
-Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.
Sumber: PORTAL MyHEALTH, KKM
The post “Cuba Keluarkan Dari Kerongkong Anak Tapi Gagal” Kanak-Kanak Maut Tercekik Gula-Gula Jeli appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cuba-keluarkan-dari-kerongkong-anak-tapi-gagal-kanak-kanak-maut-tercekik-gula-gula-jeli/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Lelaki Di Labuan Maut Tercekik Gula Gula Jeli

Kanak Kanak Lelaki Di Labuan Maut Tercekik Gula Gula Jeli

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 364 hits
Ibu gagal mengeluarkan gula gula itu daripada kerongkong anaknya Kanak kanak lelaki di Labuan maut tercekik gula gula jeli Seorang kanak kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai akibat tercekik gula gula jenis jeli di rumahnya di Ka...
Kanak Kanak Tercekik Gula Gula Meninggal Dunia

Kanak Kanak Tercekik Gula Gula Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 522 hits
Kanak kanak lelaki berusia 4 tahun meninggal dunia akibat tercekik gula gula jenis jeli di rumahnya Dalam kejadian kira kira jam 9 malam mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Labuan Ketua Polis Daerah Labuan Su...
Biskut Wajib Untuk Anak Anak Cuba Cornfkakes Madu Dengan Gula Perang Ni Pula Sedap

Biskut Wajib Untuk Anak Anak Cuba Cornfkakes Madu Dengan Gula Perang Ni Pula Sedap

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 450 hits
Tidak sah beraya bila mana biskut yang satu ini tidak disediakan sendiri menjelang raya Biskut cornflakes madu antara biskut yang cukup popular malah laku keras sepanjang tempoh itu Bukan untuk tetamu sahaja bahkan anak anak boleh menghabis...
Tak Sempat Timang Anak Sulung Suami Amp Isteri Sarat Hamil Maut Kemalangan Dirempuh Myvi

Tak Sempat Timang Anak Sulung Suami Amp Isteri Sarat Hamil Maut Kemalangan Dirempuh Myvi

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 501 hits
Di Alor Gajah sepasang suami isteri yang menaiki motorsikal telah maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Merchat Pulau Sebang kira kira pukul 7 40 pagi tadi Menerusi laporan berita mangsa Nur Ain Kamarulzaman 25 yang membonceng mot...
Issey Lega Isteri Ditukarkan Ke Kuala Lumpur Tapi Sedih Anak Anak Terpaksa Beraya Di Kelantan

Issey Lega Isteri Ditukarkan Ke Kuala Lumpur Tapi Sedih Anak Anak Terpaksa Beraya Di Kelantan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 757 hits
Issey dan isteri terpaksa meraikan Aidilfitri berjauhan dengan anak anak kerana PKP SELEPAS beberapa bulan menjalinkan hubungan jarak jauh akhirnya penyampai radio Suria FM Issey Fazlisham menarik nafas lega apabila isterinya dibenarkan men...
Lebih Kurang Saya Dengan Mokhtar Anak Senik Serupa Tapi Tidak Sama

Lebih Kurang Saya Dengan Mokhtar Anak Senik Serupa Tapi Tidak Sama

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 540 hits
Sebelum saya bandingkan kita baca dulu apa kata Mokhtar anak Senik Saya tak pandai nak bercakap atau berbuat sesuatu kalau tak dikaitkan dengan agama Sbb setakat yg saya mengaji kat pondok beratapkan rumbia dan bertiangkan batang nibong tia...
Anak Sempat Heret Ibu Keluar Gagal Selamat Bapa Kerana Api Marak

Anak Sempat Heret Ibu Keluar Gagal Selamat Bapa Kerana Api Marak

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 365 hits
KUANTAN 21 Mei Isteri kepada warga emas yang maut terperangkap di bilik air dalam kebakaran sebuah rumah banglo di Kampung Selamat malam tadi sempat diselamatkan anak lelakinya yang mengheret wanita itu keluar daripada bilik tidur Anak mang...
Cuba Cara Ini Untuk Rangsang Otak Bayi Kalau Nak Anak Bijak Dan Aktif

Cuba Cara Ini Untuk Rangsang Otak Bayi Kalau Nak Anak Bijak Dan Aktif

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 430 hits
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi Bagaimana caranya Cuba lakukan kaedah di bawah bersama bayi anda Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat mer...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah