Cuba 3w Sunscreen Yang Viral Ni
Tambah sunscreen lagi. hehe. Saja tambah sebab nak cari sunscreen yang berpatutan dengan poket. Kebetulan masa balik kampung raya lepas, k.fiezz masuk ke Mak Su Beauty. Ternampak 3w sunscreen yang viral sana sini. Tetiba berminat nak cuba. hehe. Lagipun k.fiezz baca ramai yang cakap 3w sunscreen ni okey. Tengok harga yang dijual kat Mak Su Beauty, RM18 sajo..Wahh mesra poket sangat ni..Meh la cuba 3w sunscreen ni pula. Sebelum ni k.fiezz guna Nutox Sunscreen & Biore Sunscreen. Nutox tu harga dia puluh-puluh & k.fiezz serasi cuma harga dia tu je tak berapa nak serasi. haha. Biore Sunscreen pun okey, serasi dengan k.fiezz. Hat ni pun k.fiezz guna & letak di pejabat untuk pakai lepas solat. Ni saja cari sunscreen lain untuk guna di rumah. Malas nak guna biore sunscreen juga. Gedik kan..Perempuan. Sejenis suka mencuba. hehe. Sat gi tak sesuai, ke tong sampah. Paling tak best kalau bagi effect kat muka. Dari tak berminyak jadi berminyak, dari tak berjerawat jadi berjerawat. Uiiii hope 3w sunscreen ni serasi dengan k.fiezz..
3W SUNSCREEN UNTUK GUNA KAT RUMAH
So moh lah cuba 3w suncreen ni pula. K.fiezz memang beli 3w sunscreen ni untuk guna time sesi mekap di rumah. Jadi k.fiezz ada 2 sunscreen untuk guna. Satu untuk pakai kat rumah & satu lagi kat pejabat lepas solat. Senang tak payah nak angkut ke sana sini.
Selain sebab viral, k.fiezz tertarik dengan packaging 3w sunscreen ni.
Kandungan 3w sunscreen.
OKEY TAK 3W SUNSCREEN NI?
Okey sangat. Sis suka. Tekstur dia jenis krim. Senang nak blend kat muka bila kita apply & tak ada kesan white cast (cerah).
K.fiezz beli ni bulan Mei lepas & masih ada lagi. Jadi k.fiezz rasa 1 tiub ni boleh guna anggaran 2-3 bulan. Kalau pakai sikit, lagi jimat tapi macam yang kita tahu pemakaian sunscreen/sunblock ni wajib guna dengan kadar kuantiti 2 jari untuk perlindungan penuh dari cahaya matahari
Setakat ni k.fiezz guna 3w sunscreen, tak ada masalah kulit kering @ berjerawat @ berminyak. Yesss...Ini yang sis mahukan. Tak ada kesan sampingan yang tak best.
APA KESAN PAKAI SUNSCREEN NI?
Kenapa kena pakai sunscreen ni?Bagi yang masih belum terdedah kepentingan sunscreen ni, penting yea untuk kita pakai sunscreen bagi elakkan jeragat, kulit kusam & nampak berusia, sunburn, cegah tona kulit tak sekata & juga kurangkan risiko kanser kulit
Selain itu, k.fiezz ada terbaca di blog-blog & juga tengok orang review sunscreen di Tik Tok, pemakaian sunscreen secara konsisten dan dalam jangka masa panjang, boleh bantu memudarkan parut jerawat/kesan bintik hitam pada muka. Ishhh yea ke ni?Macam tak berapa percaya sangat tapi selepas konsisten guna sunscreen setiap hari walaupun duduk di rumah, k.fiezz nampak kesan dia tu. Terutama parut jerawat/bekas bintik hitam kat kawasan pipi dah makin pudar. Tona kulit pun lebih sekata & cerah (perasan..haha).. Tapi sejujurnya memang nampak kesan yang k.fiezz beritahu atas ni.
K.fiezz pakai sunscreen ni bukan bila time keluar je. Duduk di rumah pun k.fiezz tetap pakai, hokay. Gigih menonyoh sunscreen hari-hari tanpa miss. Bila dah jadi rutin, rasa tak kena bila tak tepek sunscreen kat muka. Ada orang cakap 'saya duduk rumah, tak payah lah nak pakai sunscreen?'. Sebenarnya walaupun kita tak keluar, duduk kat rumah je sunscreen wajib pakai yea.Sebab cahaya matahari tetap boleh masuk melalui celah tingkap, pintu..
Tapi tahap konsisten dan kerajinan ni terpulang pada masing-masing. Tepuk dada tanya selera. Kalau sayang muka, guna lah sunscreen dengan konsisten. Kalau idak, bior je lah . Muka masing-masing. hehe..
MULA-MULA DULU PAKSA DIRI PAKAI SUNSCREEN, SEKARANG DAH JADI WAJIB...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/07/Cuba-3W-Sunscreen-Yang-Viral-Ni.html