Cuaca Panas Membahang
*kredit BH online
Cuaca panas, sekolah diminta ambil langkah berjaga-jaga
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menasihatkan pihak pengurusan sekolah supaya mengambil langkah perlu susulan cuaca panas dan kering berpanjangan melanda negara kini
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, kementerian sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya di beberapa negeri di utara dan Pantai Timur serta beberapa daerah di Melaka
“Pihak pengurusan sekolah perlu memantau aktiviti yang mendedahkan murid kepada cuaca panas; menangguhkan semua aktiviti Iuar bilik darjah jika cuaca panas; memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di sekolah; menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti sesuai; membekalkan air minuman kepada pelajar asrama yang berdepan sumber air kritikal dan bekerjasama dengan klinik sekiranya murid berdepan komplikasi cuaca,” katanya
Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hendaklah mengadakan pemantauan bagi memastikan setiap sekolah mematuhi arahan dikeluarkan
Menurutnya, semua sekolah diingatkan supaya lebih peka akan bahaya cuaca panas dan mengambil tindakan berdasarkan Prosedur Operasi Standard
“Kementerian juga akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena yang dialami pada masa ini,” katanya
Berita penuhkami yang dok kat Melaka ni memang terasa sesangat bahangnya panas cuaca sekarang.. Angin kuat tapi tetap rasa mcm bahang.. lagi2 waktu tengah hari time mama nak gi amik anak2 sekolah.. pasang aircond pun terasa2 gak bahangnya dari luar..Sampai2 umah memang masuk terus amik napas.. Hahaha.. Indahnya dok dlm umh jer saat2 cuaca mcm ni.. tapi apakan daya.. rutin amik anak redha jer la..Hahaha..Ni anak2 memang kene bwk bekal air hari2.. dah pesan bykkan minum air kosong...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamafarah4.blogspot.com/2019/02/cuaca-panas-membahang.html