Ct Scan Dan Mri Apa Perbezaannya Bagaimana Doktor Memilih Kaedah Pengimejan Mana Yang Akan Digunakan
Anda tentu pernah mendengar istilah dalam perubatan, MRI dan CT scan. Doktor sering meminta pesakit menjalani prosedur tersebut. Hasil dari pengimbasan MRI dan CT scan, doktor akan mendiagnosis suatu penyakit dan memutuskan tindakan medis yang tepat untuk menanganinya.
Ramai orang tidak tahu perbezaan antara dua kaedah tersebut dan mengapa harus dipilih diantara keduanya. Kedua-dua jenis alat mesin pengimbas medis tersebut kerap dianggap sama. Faktanya, fungsi MRI dan CT scan berbeza.
Untuk imbasan CT (kiri) dan MRI (kanan), anda akan berbaring di atas meja bergerak dan dimasukkan ke dalam mesin bulat yang kelihatan seperti donat besar. Meja akan menggerakkan badan anda ke lubang donat. Imbasan kemudian akan dilakukan. Mesinnya sangat serupa tetapi gambar imbasannya sama sekali berbeza!
CT scan (Computerized Tomography Scan) dan MRI (Magnetic Resonance Imaging) kedua-duanya berfungsi untuk memberi gambaran detail mengenai keadaan sistem serta jaringan di dalam tubuh. Kedua-duanya digunakan oleh para doktor untuk melihat apakah terdapat keabnormalan di dalam tubuh, namun ia mempunyai perbezaan fungsi.
Peralatan yang Digunakan
Perbedaan CT scan dan MRI dilihat dari alat yang digunakan. CT Scan menggunakan sinar X, sedangkan MRI menggunakan gelombang elektromagnetik untuk mengimbas keadaan dalam tubuh pesakit dan seterusnya menghasilkan gambar atau imej organ tubuh dengan jelas.
Lingkup Pemeriksaan
CT Scan dan MRI pada umumnya digunakan pada ruang lingkup pemeriksaan yang berbeza. CT scan biasanya dilakukan di daerah dada, perut, pangkal paha, tungkai, tulang belakang, dan saluran kencing.
Sementara MRI umumnya dilakukan pada otak, jantung, saraf tulang belakang, payudara, pembuluh darah, jantung, serta organ dalam lainnya.
Potensi Risiko
Pemeriksaan menggunakan CT scan adalah berbahaya kepada janin. Justeru, ibu hamil tidak disarankan melakukan pemeriksaan ini. Selain itu, terdapat paparan radiasi semasa pengimbasan CT scan dilakukan tetapi kadarnya sangat kecil.
MRI dapat bereaksi terhadap logam kerana MRI menggunakan gelombang elektromagnetik. Pesakit mungkin akan sedikit terganggu dengan bunyi mendesing dari mesin. Pesakit mungkin berpotensi mengalami peningkatan suhu tubuh. Selain itu, sesetengah pesakit mungkin akan mengalami gangguan klaustrofobia, iaitu terasa amat takut apabila berada di dalam tempat yang sempit atau tertutup, mereka mungkin akan merasa tidak nyaman dengan prosedur ini.
Orang yang dengan kondisi tertentu seperti memiliki implan sendi buatan, memasang kontrasepsi IUD, dan atau alat pacu jantung perlu dalam pengetahuan dengan doktor sebelum menjalani prosedur MRI.
Hasil
Baik MRI mahupun CT scan kedua-duanya berperanan untuk mendapat gambaran struktur dalam tubuh. CT Scan akan menghasilkan gambar jaringan, organ, dan struktur rangka lebih cepat. Namun MRI lebih unggul dalam menangkap gambar yang akan membantu doktor menentukan apakah ada jaringan abnormal dalam tubuh. MRI memberikan gambaran lebih detail dibandingkan hasil tes lainnya.
Harga
Kos prosedur MRI dan CT scan jelas berbeza. Kos pemeriksaan CT scan pada umumnya lebih murah daripada MRI.
Setelah mengetahui perbezaan antara CT Scan dan MRI, anda tentu akan lebih bijak dalam memilih prosedur yang tepat sesuai dengan keperluan. Jangan khuatir, biasanya doktor akan memberikan cadangan dan penjelasan jenis pemeriksaan berdasarkan kondisi dan keperluan anda. [klikdokter.com/ embodi3d.com]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2021/06/ct-scan-dan-mri-apa-perbezaannya.html