Crocodile Adventureland Langkawi Harga Tiket Masuk Cara Beli


Crocodile Adventureland, Langkawi – Harga Tiket Masuk & Cara Beli
Kalau cakap pasal bercuti di Langkawi, pasti ramai yang membayangkan pulau-pulau indah, pantai berpasir putih, atau tempat ikonik seperti Dataran Lang yang sering menjadi tumpuan pelancong. 
Ada satu lagi tempat menarik di Langkawi yang tidak kurang hebatnya, iaitu Crocodile Adventureland, Langkawi. 
Tahu tak, dekat sini anda berpeluang melihat hampir 4,000 ekor buaya!
Macam-macam spesies adalah termasuk spesies yang jarang ditemui. Inilah masanya untuk kenal lebih banyak buaya yang ada di dunia ini.  
Nak tahu lebih lanjut apa yang menarik di Crocodile Adventureland Langkawi, cara ke sana, harga tiket masuk dan kemudahan yang menjadikannya salah satu destinasi percutian terbaik untuk seisi keluarga, jom baca perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: Harga Tiket Feri Langkawi 2025 (Kuala Kedah, Kuala Perlis, Satun, Koh Lipe)
Crocodile Adventureland, Langkawi Crocodile Adventureland adalah taman buaya terbesar di Malaysia. Ia terletak di Jalan Teluk Datai, Langkawi. Taman buaya ini telah dibuka sejak tahun 1993 lagi. 
Menariknya, Crocodile Adventureland juga diiktiraf sebagai rakan geopark kepada UNESCO Global Geopark. Ini menjadikannya sebuah destinasi yang sesuai untuk rekreasi dan juga lawatan ilmiah.
Dengan keluasan 10 ekar, taman ini menjadi habitat kepada lebih 4,000 ekor buaya dari pelbagai spesies seperti Tomistoma, Siamese, Guinea dan Saltwater. Ia turut menjadi ‘rumah’ kepada buaya gergasi yang beratnya mencecah 1,000 kilogram!
Crocodile Adventureland Langkawi adalah destinasi unik yang wajib dikunjungi bersama keluarga. Terdapat pelbagai tarikan dan aktiviti menyeronokkan yang boleh dinikmati bersama-sama di sini. Setiap saat di sini pasti memberikan pengalaman yang berbaloi untuk dikenang. 
Waktu Operasi: 9.30 pagi sehingga 6 petang (Setiap hari)
Lokasi dan Akses Crocodile Adventureland Langkawi ini terletak kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, 30 minit dari Pantai Cenang dan 10 minit sahaja dari Cable Car Langkawi. 
Untuk ke sini, anda boleh memandu kereta sewa atau menaiki e-hailing seperti Grab, Teksi dan seumpamanya. 
TIPS: Sebaiknya, sewa kereta untuk memudahkan anda berkunjung ke tempat menarik di Langkawi yang lain untuk pengalaman yang lebih selesa dan menjimatkan masa. 
Apa yang Menarik di Crocodile Adventureland? Terdapat beberapa tarikan utama dan aktiviti menarik yang boleh anda lakukan apabila berkunjung ke Crocodile Adventureland, antaranya ialah:
1. Melihat Pelbagai Jenis/Spesies Buaya Taman ini memiliki koleksi lebih daripada 4,000 buaya daripada pelbagai spesies. Antara buaya yang menjadi tarikan utama di sini ialah Bujang Lang. Buaya raksasa ini mempunyai berat 1,000 kg dan panjang 4.68 meter. Ia merupakan antara buaya terbesar di dunia tau!
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk melihat satu lagi buaya yang popular di sini, iaitu “Bujang Basar”.  Bujang Basar adalah buaya tembaga jantan yang berusia 45 tahun dan diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai “Buaya Terbesar dalam Kurungan”. 
2. Pertunjukan yang Interaktif & Mendebarkan! Pengunjung juga berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan mendebarkan seperti pertunjukan buaya melompat, sesi memberi makan buaya dan demonstrasi yang dijalankan oleh kakitangan profesional. 
Pertunjukan bermula dari jam 10 pagi hingga 5:30 petang dan menawarkan pengalaman pendidikan yang menarik. 
TIPS: Pastikan anda menyemak jadual pertunjukkan (https://www.crocodileadventureland.com/daily-show-time) untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana pertunjukkan yang menarik! 
3. Memberi Makan Buaya Kecil Ingin merasai pengalaman unik? Cubalah aktiviti memberi makan buaya ini!
Dengan menggunakan batang pancing khas, anda boleh memberi makan buaya-buaya kecil dalam situasi yang selamat. Buaya-buaya kecil tersebut akan melompat untuk menangkap makanan yang ada di pancing anda. 
Seronok sangat!
4. Melihat Buaya Dari Sudut Khas di The Bridge Pond Sky Bridge adalah laluan khas yang dibina di atas kolam buaya. Anda boleh melihat buaya-buaya di bawah kaki anda dengan jarak yang selamat. 
5. Bergambar Bersama Anak Buaya Nak ambil gambar dengan buaya? Jangan risau, di sini, anda berpeluang mengambil gambar bersama anak buaya yang comel (dan selamat!) untuk kenang-kenangan.
6. Treetopia Treetopia adalah tarikan yang terbaru di Crocodile Adventureland.  
Anda boleh mengambil gambar bersama pokok-pokok (sangat instagrammable!), meniikmati pemandangan indah hutan tropika Langkawi dan merasai debaran berjalan di atas laluan gantung di antara pokok-pokok. 
7. “The Legend of Sarcosuchus” “The Legend of Sarcosuchus” adalah persembahan yang menggabungkan elemen Jurassic Park dan Indiana Jones dalam satu pertunjukan. Persembahan ini memaparkan dinosaur animatronik terbesar di dunia sepanjang 50 kaki!
Persembahan ini diadakan dua kali sehari pada jam 12:00 tengah hari dan 4:30 petang. Ini antara salah satu tarikan paling popular di Crocodile Adventureland. Jadi pastikan anda tidak terlepas ya.
Harga Tiket Masuk Crocodile Adventureland Langkawi & Cara Beli PakejHargaAdventure ComboBermula RM40.00Explore ComboBermula RM55.00Croc Encounter ComboBermula RM88.00Snack Bites ComboBermula RM69.00 >> Pembelian tiket boleh dilakukan di laman sesawang rasmi Crocodile Adventureland Langkawi melalui pautan berikut: https://tickets.crocodileadventureland.com/ 
Atau, anda juga boleh membeli tiket masuk dengan harga istimewa melalui platform KLOOK:
>> [TAIP: Crocodile Adventureland Langkawi Ticket dalam kotak carian di bawah dan klik, Search]
Klook.com Kemudahan Crocodile Adventureland dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan pengunjung sepanjang lawatan, antaranya ialah:
1. Croc Café: Kafe ini menyajikan makanan ringan dan minuman untuk pengunjung berehat selepas meneroka taman. 
2. Kedai Cenderamata: Sebelum pulang anda boleh singgah di kedai cenderamata untuk membeli barangan eksklusif seperti t-shirt, keychain, dan mainan bertemakan buaya. 
3. Kawasan Letak Kereta: Taman ini menyediakan kawasan letak kereta yang luas dan selamat untuk pengunjung yang memandu sendiri. Percuma sahaja. 
4. Kawasan Berehat: Terdapat beberapa ruang rehat yang dilengkapi dengan tempat duduk untuk pengunjung berehat selepas berjalan di kawasan yang luas.
5. Keselamatan: Keselamatan adalah keutamaan di taman ini. Setiap aktiviti dipantau oleh kakitangan yang terlatih dan terdapat papan tanda keselamatan di seluruh kawasan untuk memastikan pengunjung mematuhi garis panduan.
Tempat Menarik Berhampiran Crocodile Adventureland Balik dari Crocodile Adventureland, anda juga boleh singgah di tempat-tempat menarik berikut:
1. Pantai Pasir Tengkorak Lepas puas tengok buaya, apa kata bawa keluarga relaks di Pantai Pasir Tengkorak? 
Pantai ni sangat tenang sebab tak ramai pelancong ke sini. Lokasinya agak terlindung tapi mudah je nak pergi. 5 minit sahaja dari Crocodile Adventureland kalau pandu kereta.
2. Air Terjun Temurun Air Terjun Temurun ni air terjun tertinggi di Langkawi. Airnya jatuh dari ketinggian 200 meter melalui formasi batu purba yang berusia lebih 500 juta tahun!
Kawasan ni sejuk dan sangat sesuai untuk rehatkan badan sambil menikmati pemandangan alam. Lokasinya cuma 5 minit dari Crocodile Adventureland, jadi rugi kalau tak singgah.
3. Kereta Kabel Langkawi  Kereta Kabel Langkawi memang salah satu tarikan wajib dikunjungi di Langkawi. Dalam perjalanan ke puncak Gunung Machinchang, anda boleh nampak flora, fauna, dan air terjun yang menakjubkan. Perjalanan ke sini ambil masa kurang dari 10 minit je dari Crocodile Adventureland. 
4. Rumah Api Telaga Harbour Rumah Api Telaga Harbour ni sebenarnya tarikan yang agak baru juga la. Menara ni cantik untuk ambil gambar. Dari Crocodile Adventureland, perjalanan cuma 7 minit je.
Tips Penting! 1. Rancang Masa Lawatan dengan Teliti: Waktu terbaik untuk melawat ialah pada waktu pagi atau lewat petang untuk mengelakkan cuaca panas terik.
Jangan lupa semak jadual pertunjukan seperti Jumping Crocodile Show dan The Legend of Sarcosuchus untuk memastikan anda tidak terlepas aktiviti menarik.
2. Tempah Tiket Dalam Talian: Tempahan tiket secara online melalui laman rasmi atau platform seperti KLOOK menawarkan diskaun dan menjimatkan masa anda. Dengan tiket online, anda boleh terus masuk tanpa perlu beratur di kaunter.
3. Pakai Pakaian yang Selesa: Pilih pakaian kasual dan kasut yang sesuai untuk berjalan  kerana kawasan ini agak luas dan memerlukan anda berjalan kaki untuk menikmati semua tarikan. Jangan lupa pakai topi atau payung. Bawa kipas kalau ada. 
4. Ikuti Arahan Keselamatan: Elakkan terlalu dekat dengan kawasan buaya, walaupun ia kelihatan jinak. Patuhi arahan kakitangan untuk memastikan keselamatan anda dan keluarga sepanjang lawatan.
5. Bawa Barang Keperluan: Bawa air minuman. Jika anda membawa anak kecil, sediakan snek ringan dan peralatan bayi seperti stroller yang sesuai untuk kawasan pejalan kaki.
7. Manfaatkan Panduan dan Peta: Ambil peta kawasan di kaunter masuk untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana tarikan utama.
BACA JUGA: Langkawi Cruise – Pilihan Pakej & Cara Tempah
Maklumat Lanjut Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut dan info terkini mengenai lawatan ke Crocodile Adventureland, Langkawi, anda boleh layari pautan berikut: https://www.crocodileadventureland.com/home 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/crocodile-adventureland-langkawi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=crocodile-adventureland-langkawi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fantasy World Kuala Lumpur Megawati Mall Harga Tiket Masuk

Fantasy World Kuala Lumpur Megawati Mall Harga Tiket Masuk

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 167 hits
Fantasy World Kuala Lumpur Megawati Mall adalah satu lagi tarikan menarik di Kuala Lumpur yang wajib ada dalam bucket list anda Tempat ni sangat seronok untuk dinikmati bersama keluarga dan juga rakan rakan Bolehlah isi masa hujung minggu a...
Sanusi Syor Harga Lantai Beli Padi Rm1 800

Sanusi Syor Harga Lantai Beli Padi Rm1 800

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 88 hits
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkata tidak patut harga belian pada pada RM1 300 per tan metrik ambil kira kos input pertanian melonjak PETALING JAYA Sanusi Nor syor harga lantai belian padi naik kepada RM1 800 per tan metrik memandangkan ...
Cara Beli Rumah Lelong Panduan Tips Untuk Pembeli Pertama

Cara Beli Rumah Lelong Panduan Tips Untuk Pembeli Pertama

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 110 hits
Membeli rumah lelong adalah salah satu cara yang popular untuk mendapatkan hartanah pada harga yang lebih rendah daripada pasaran namun tidak ramai yang tahu cara beli rumah lelong Membeli rumah lelong boleh menjadi pelaburan yang menguntun...
Beli Telur Ayam Terkejut Tengok Harga

Beli Telur Ayam Terkejut Tengok Harga

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 139 hits
nbsp Beli Telur Ayam Terkejut Tengok Harga Stok telur dekat rumah nieyl 2 minggu sekotak Itu kira oklah kadang kadang seminggu sekotak itupun tengok tahap penggunaanya macam mana hahaha Kalau mak nieyl rajin masak nasi goreng cepatlah sikit...
Cara Beli Saham Di Bursa Malaysia Panduan Asas Tips

Cara Beli Saham Di Bursa Malaysia Panduan Asas Tips

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 161 hits
Bursa Malaysia merupakan platform utama untuk membeli dan menjual saham di Malaysia namun tidak ramai yang tahu cara asas beli saham di Bursa Malaysia Bursa Malaysia adalah pasaran saham yang diiktiraf di negara ini di mana pelbagai syarika...
Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 186 hits
Adakah anda seorang yang gemar menyimpan emas Atau mungkin anda baru ingin mencuba menyimpan emas sebagai pelaburan masa depan Apa kata anda dapatkan emas pada harga kilang tanpa perlu risau tentang harga yang tinggi atau kos tambahan darip...
Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 169 hits
Resipi nasi jagung ini boleh jadi pengganti nasi minyak atau nasi beriani kerana hidangan lauknya lebih kurang sama Boleh dimakan dengan ayam masak merah daging beriani dan dalca Cuma nasi jagung ini lebih berasa dan sedap kerana siap denga...
Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 216 hits
Dividen 2024 okay Amanah Saham Bumiputera tetap menjadi pilihan utama pelaburan bagi Bumiputera di Malaysia Pengumuman dividen ASB menjadi saat penting yang dinanti oleh pelabur setiap tahun Untuk tahun 2024 berikut adalah maklumat penting ...
Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 170 hits
Stress risau gelisah Benda ni semua biasa kita rasa Kadang kadang otak overthinking hati tak pulak tenang Tapi jangan risau ada cara nak handle semua ni tanpa perlu bergantung pada ubat Jom cikla share Mula mula cuba tarik nafas dalam dalam...
Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya