Creative Outlier Air V2 Bunyi Terbaik Setanding Dengan Harga
Hai semua. Kali ini saya thysevensigns berpeluang untuk mencuba sendiri TWS daripada jenama Creative iaitu Outlier Air V2. Sebelum itu, saya berkongsi sedikit info tentang syarikat Creative ini.
Syarikat Creative adalah peneraju produk hiburan digital di seluruh dunia. Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1981, Syarikat Creative bermula dengan visi mereka sendiri bahawa multimedia akan merevolusikan cara orang berinteraksi dengan PC mereka.
Pada mulanya, Syarikat Creative memfokuskan tentang kad bunyi pada pc. Namun begitu sejak akhir-akhir ini, mereka telah memperkenalkan banyak produk berasaskan bunyi, iaitu headset dan juga TWS.
Creative Outlier Air V2 didatangkan dengan kotak berwarna putih penuh dengan infomasi didalamnya. Mari kita lihat secara teliti spefikasi TWS ini.
Spesifikasi Produk:
Bluetooth: versi 5.0
Warna: biru metalic
Berat: Pengecas 60g & 12g bagi dua belah TWS
Jarak transmisi Bluetooth: lebih pada 10M tidak lebih daripada 33M
Respon frekuensi: 20–20,000 Hz
Bateri TWS: 160mAh untuk dua belah.
Bateri bekas Simpanan: 450mAh
Ketahanan air: Diakui IPX5
Masa penggunaan: sehingga lebih 12jam
Jumlah penggunaan bateri: sehingga lebih 34jam
Codec audio: aptX, AAC, SBC
Antaramuka: menyokong USB-C & Bluetooth 5.0
Tersedia mikrofon: Ya
Mari saksikan video unboxing bagi produk ini.
Dalam kotak TWS ini terdapat benda ini:
1 x Creative Outlier Air V2
1 x Kotak Pengecas USB-C
1 x Kabel Pengecas USB Type-C
(K), (S) and (B) plastik telinga
1 x Bantuan manual mudah
1 x Borang aduan
1 x Kad jaminan waranti
SXFI Apps for Creative
Sistem Super X-Fi Ready sangat membantu dalam menghasilkan kualiti audio terbaik pada TWS ini, tetapi ada berita buruk, ianya tidak membantu sepenuhnya dalam pengstriman muzik seperti Spotify,Deezer dan juga Tidal. Tetapi, kualiti audio dia masih dalam keadaan optimum dan sedap didengar. Saya berharap agar pihak Creative dapat berkerjasama dengan syarikat pengstriman muzik dengan menyokong fungsi Super X-Fi Ready pada akan datang.
Super X-Fi Ready
Saya turut mencuba dengan menggunakan playlist yang ada di telefon saya ini. Hasilnya memang sangat mengancam!. TWS ini walaupun tidak menyokong pengstriman muzik, namun begitu cemerlang pada fail lossless saya yang dimainkan pada SXFI Apps.
SXFI Apps Songs list
Terdapat profile Head & Ear-Maping didalam apps ini. Fungsi Head & Ear-Mapping adalah mendapatkan bunyi TWS yang amat neutral. Jadinya sekiranya anda ingin menggunakan fungsi ini, mungkin bagi sesetengah orang dia amat sukar untuk mendekatkan skrin telefon pada telinga seperti saya, namun setelah beberapa kali mencuba akhirnya berjaya juga membuat profile Head & Ear-Mapping ini.
Head & Ear-Mapping Calibration
Dengan adanya kalis air, memang sesuai dengan saya kerana saya seorang yang berpeluh, jadi ketika berjoging ataupun bersenam, boleh menggunakan TWS ini tanpa ragu-ragu.
Jika anda boleh meneka dengan tepat apa yang saya tulis, jawapannya ya!. Creative telah kembali sebagai satu syarikat yang mengeluarkan tahap kualiti audio yang terbaik. Dengan sokongan tahan daya bateri yang lama dan butang kawalan yang baik, semestinya saya mengsyorkan produk ini kepada anda.
Anda boleh mendapatkan product ini dengan harga SGD $69 di pautan laman mereka ini.
Creative Outlier Air V2
The post Creative Outlier Air V2: Bunyi Terbaik Setanding Dengan Harga appeared first on OMG! Hackers?.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/creative-outlier-air-v2-bunyi-terbaik-setanding-dengan-harga/