Crash Landing On You
Assalamualaikum...
SELEPAS Legend Of The Blue Sea dan Marriage Contract, lama Sk tak mengikuti drama bersiri Korea. Kalau movie tu, memang selalu tengok la, terutama sebelum PKP, memang suka sangat layan movie Korea. Sekarang ni pulak, macam dah kurang masa untuk menonton drama atau movie. Kalau betul-betul best, memang layanlah jugak, itupun biasanya sebab dah dirakam atau ada link di youtube. Macam mana nak tahu cerita tu betul-betul best ke tak? Ada seorang kawan Sk yang suka kongsi link drama atau movie best di fb. Hurmmm.. dari situlah Sk pilih, yang mana satu menawan hati, haha. Macam drama bersiri yang viral masa PKP tu, The World Of Married Couple.. yang tu Sk tonton separuh jalan aje. Ada jugak beberapa drama yang Sk cuba tonton tapi macam tak berapa nak serasi, tengok 15 minit dah jemu gitu. Tu makna tak best la tu..
Nak tahu tak, apa yang membuatkan Sk tertarik untuk menonton Crash Landing On You? Bukan sinopsis ya, sebab SK ni memang jenis yang tak baca sinopsis. Sk tertarik dengan pakaian hero dalam poster tu. Ya, uniform askar. Sk sangat meminati filem atau drama yang berat, penuh aksi dan saspens. Kalau cerita perang tu memang Sk sanggup berjaga malam, la. Bila mula menonton, SK tertarik dengan sinematografinya dan babak burung yang terbang melewati kem askar yang membuatkan Sk semakin teruja untuk mengetahui jalan cerita.
CLOU mengisahkan tentang seorang ahli perniagaan yang berjaya bernama Yoon Se-Ri. Satu hari, dia pergi buat paragliding, entah dekat bukit mana la, kan kat Korea tu. Cuaca masa tu memang tak berapa elok dengan angin kencangnya, PA dia dah larang tapi dia ni memang degil gitu la wataknya, nak juga buat. Nak dijadikan cerita, masa dia tengah syok-syok menikmati keindahan alam tu, angin semakin kencang dan kedudukannya agak tersasar, tetiba dia ternampak semua benda terbang depan dia dan dia termasuk dalam pusaran puting beliung. Bila tersedar, dia dah tergantung di atas pokok dan ditemui oleh seorang askar bernama Ri Jeong Hyuk yang merupakan Kapten dalam pasukan khas elit Korea Utara... apoooo?? Aku ada di Korea Utara??? Punyalah terkejut Se-Ri ni, hahaha
Se-Ri berjaya melarikan diri tanpa disedari askar-askar di bawah pasukan Kapten Ri. Lari punya lari punya lari sehinggalah dia sampai ke satu perkampungan. Punyalah bersyukur sebab ingatkan dah selamat, tapi Se-Ri pelik, kenapa kampung tu macam pelik, rupanya dia masih berada dalam Korea Utara. KU ni digambarkan sebagai tempat yang masih mundur gitu, huhu
Kapten Ri berusaha untuk memastikan Se-Ri selamat dan mencari jalan untuk menghantarnya pulang ke Seoul. Dalam pada tu, dia sembunyikan Se-Ri di rumahnya namun diketahui rakan-rakannya yang lain dan mereka semua setia menjaga Se-Ri. Dah macam cerita Snow White dengan Tujuh Orang Kerdil pulak, haha
Kapten Ri ni nampak tegas la dengan Se-Ri tapi dalam hati ada taman gitu. Suka sangat bila tengok muka dia curi-curi pandang Se-Ri.. awwwwwwwww
Lama jugaklah Se-Ri tersadai di kampung tu sampai dia boleh bersahabat dengan jawatankuasa wanita kampung, hahaha. Asal nak balik, macam ada jer halangan. Haaa.. ni yang menaikkan adrenalin bila menonton drama ni dengan kewujudan watak antagonis dan banyak misteri sebenarnya yang berlaku di kem askar tu yang cuba dirungkaikan oleh Kapten Ri
Berjayakah Kapten Ri menghantar Se-Ri pulang
Dapatkah dia menyelesaikan segala misteri yang berlaku di kem
Apakah hubungan mereka hanya setakat di Korea Utara... anda kenalah tonton sendiri
Yang pasti, Sk tengok dalam cerita ni, macam kalau orang Korea Utara bercinta dengan Korea Selatan tu dah jadi satu kesalahan la.. macam manusia tak boleh kahwin dengan bunian la gitu, hahaha
Memang antara dram bersiri terbaik Korea, tengok jangan tak tengok!
Gambar sumber google image
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/crash-landing-on-you.html