Cpi Menurun Bukan Sebab Penjimatan Dalam Produktiviti Ekonomi Kita


 

https://www.thesundaily.my/local/malaysia-records-cpi-registered-deflation-after-decades-midf-research-DB6267115

KL: pandemic pushed Consumer Price Index (CPI) to drop 1.2% in 2020a fall never observed for decades, said MIDF Researchlast time deflation in CPI was in 1965 with tepid fall of -0.1% 
2020 deflation result of Covid, suppressed demand, sluggish oil prices
Food, non-alcoholic beverages grew 1.3% (2019: 1.7%) 
non-food prices decreased 2.3% (2019: 0.2% )

decline in Producer Price Index (PPI), leading indicator for CPI inflationary pressure from producer’s cost will be subdued into early 2021PPI decreased 3.0% in Nov 2020, 9th straight month of deflationrevised CPI inflation forecast downward to 1.8% in 2021

electricity rebates new vehicle sales tax exemption 
moderated CPI, below initial estimate of 2.2% 
MCO affects consumption
-Bernama
Comments :
Pendek kata harga barang keseluruhannya menurun. Tuan-tuan setuju ke penemuan oleh MIDF ini?
Memang benar bahawa potongan sales tax telah menurunkan harga kereta (sangat sedikit sahaja) tetapi potongan cukai sales tax tidak mencerminkan penambahan produktiviti atau eficiency dalam ekonomi negara yang bantu kurangkan kos pengeluaran dan seterusnya kurangkan harga jualan. Ia hanya potongan cukai.  
Begitu juga dengan potongan harga bil letrik sebab dalam negara kita pembekal letrik adalah TNB ia itu monopoli GLC yang mana pemegang saham utama adalah kerajaan. Maka kerajaan mampu mengarah TNB untuk membayar rebat bil letrik dsbnya. Ianya bukan sebab TNB berjaya kurangkan kos pengeluaran mereka. There is no increment in productivity. 
Tetapi :  non-food prices decreased 2.3% (2019: 0.2%)
Ini termasuk pengurangan harga barang elektrik, alat dapur, alat mekanikal dan mesin, jentera, barang pembuatan kilang dsbnya yang diimpot ke dalam negara kita, bahagian yang terbesar sekali ialah dari negeri Cina (our largest trading partner). Jadi oleh kerana pengeluar di negeri Cina dapat jimatkan kos pengeluaran mereka (juga atas sebab permintaan lembap akibat Covid) maka mereka kurangkan harga jualan.
Sepertimana dulu kita pernah kena 'imported inflation' maka sekarang kita kena pula 'imported deflation'.  Sekali lagi bukan sebab ekonomi negara kita yang telah mengalami peningkatan produktiviti atau pengurangan kos pengeluaran yang memberi kesan besar (untuk turunkan harga barang).    Bagi saya perkara yang membimbangkan ialah walaupun CPI pada keseluruhannya dianggap telah menurun tetapi harga barang makanan dan minuman pula naik 1.3% pada 2020. Kenapa pula begitu?
Food, non-alcoholic beverages grew 1.3% (2019: 1.7%) 
Negara kita masih mengimpot terlalu banyak barang makanan dari luar negara termasuk beras, bahan asas untuk industri makanan, daging, ikan dan banyak lagi.
Pada hal negara kita sangat kaya dengan sumber tani (tanah yang subur, air, sungai, lautan untuk perikanan) yang jauh melebihi sumber pertanian negara lain.   
Dan setiap tahun kita membuat peruntukan besar untuk pertanian dan kaum tani termasuk bantuan tunai dan sabsidi yang masih berterusan. Jelas sekali bantuan yang di beri itu tidak bantu menambahkan pengeluaran bahan makanan dalam negara kita. Sebab itu juga harga barang makanan makin naik. We do not have enough food producers.
Seringkali bantuan yang diberi kepada kaum tani adalah wang tunai ataupun mempunyai cash value yang sasarkan untuk meringankan beban kewangan kaum tani. Tidak semestinya bantuan yang diberi itu semestinya menambahkan produktiviti pertanian mereka. 
Pada zaman Badawi dulu Kerajaan memberi sabsidi tunai bagi nelayan bumiputera beli minyak diesel. Apa yang berlaku ialah ramai juga nelayan yang telah jual minyak diesel yang murah kepada nelayan bukan Melayu dan nelayan asing untuk harga sepenuhnya. Maka mereka menjadi kaya daripada menjual minyak diesel "sabsidi" pula.  
Dan oleh kerana ada nelayan dapat duit 'cepat kaya' mereka tidak mahu keluar untuk menangkap ikan pun. Why should they, they already earned enough from jual minyak diesel.   
Jadi ekonomi kita terpaksa tanggung banyak kerugian lagi. Pertama sekali duit rakyat yang diperuntukan untuk bayar sabsidi tidak kena sasaran. Money was wasted. Kedua peningkatan produktiviti (penangkapan ikan) tidak jadi. Sebaliknya penangkapan ikan mungkin telah berkurangan. Akhir sekali harga ikan pun naik. 
Di Melaka dulu saya pernah melawat seorang pengusaha bangsa Cina yang membela ikan tilapia dalam kolam untuk dijual di pasaran tempatan. Uncle itu berjaya bela ikan tilapia dengan kos dan harga jualan yang berpatutan. Dia membeli sisa buangan perut ayam, perut ikan dan sisa buangan lain daripada pasar untuk diberi makan kepada ikan tilapia. Malangnya Uncle itu diganggu oleh penguatkuasa agama di negeri itu yang meletakkan pelbagai syarat pula. Penguatkuasa agama itu mendesak pengusaha Cina itu hanya memberi makan sisa perut ayam yang disembelih secara Islam oleh orang Islam. Uncle Cina itu pun jadi binggung. Dia kata 'Saya beli sisa perut ayam, perut ikan dalam tong. Macam mana saya boleh tahu  perut ayam itu orang Islam sembelih atau siapa sembelih?' 
Pada hal ikan patin buah di negeri Pahang (yang hidup dalam sungai) makan bangkai gajah, bangkai babi hutan dan apa jenis bangkai binatang yang hanyut dalam sungai. (Mungkin sebab itu ikan patin buah boleh dijual sampai harga RM60.00 se kilo)
Pihak penguatkuasa agama itu telah meletak syarat serupa Puteri Gunung Ledang mengenakan tujuh syarat yang tidak mampu ditunaikan oleh Sultan Melaka.
Akhir sekali Uncle Cina itu terpaksa berhenti membela ikan tilapia dan tukar kepada ikan siakap (barramundi) yang dia ekspot ke Singapura pula, tanpa sebarang gangguan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (contohnya). Problem solved bagi Uncle Cina itu. Tetapi di negri Melaka pula supply ikan tilapia telah berkurangan. Tidak hairanlah jika harga ikan pun naik. Jadi dalam negara kita sudah ada cukup sumber cahaya matahari yang cantik (yang tiada terhingga nilainya), air hujan dan air sungai,   sungai yang banyak, kolam, lautan yang penuh dengan ikan, tanah yang subur tahap ajaib, bukit, gunung, lembah, pokok, hutan, kebun, dusun dan semua sekali.  Percaya lah negara kita diberkati dengan limpah karunia Allah swt yang tanpa putus. 
Tetapi harga makanan masih mahal dan makin naik tinggi. Kenapa begitu?
Sebab kita adalah jaguh seantero dunia dalam membuat dasar pembangunan dan dasar ekonomi seolah kita adalah pesakit di Hospital Mental Tanjong Rambutan. Itulah sebabnya.  Kita belanja berbillion Ringgit, kita membuat peruntukan Bajet berpuluh bilion Ringgit tetapi produktiviti kita tidak menambah.
Sebab peruntukan duit berbilion Ringgit itu tidak dibelanjakan untuk menambah pengeluaran dalam ekonomi. Sebaliknya duit itu sering masuk terus dalam kocek orang. Buat apalah nak susah-susah ambil duit Kerajaan (wang rakyat) untuk dibuat kedai, lepas itu kena bangun awal pagi untuk ke kedai, kena jaga kedai, kena jaga customer, kena jaga kualiti, kena bersaing dengan orang sebelah dsbnya. Lebih senang ambil duit itu dan masuk terus dalam poket. Case closed.  
Dan bagi orang lain pula kita halang mereka daripada meningkatkan produktiviti mereka terutam sekali untuk mengeluarkan atau menyediakan barang keperluan rakyat marhaen. 
Pembela ikan diganggu pasal sisa perut ayam yang dimakan ikan bukan halal. Pekebun diganggu sebab orang kaya inginkan tanah yang sama. Penanam sayur diganggu dengan sewa tanah yang tertinggi dalam dunia sebab ahli Exco (YB Sharkar contohnya) tidak faham kira-kira untung rugi.  
Akhir sekali pengeluaran ekonomi negara terjejas. Kita terpaksa impot buah-buahan dari Thailand dan Cina, ikan dan ketam dari Indonesia, beras dari Vietnam, daging dari Australia dan banyak lagi lah. Harga barang makanan semuanya jadi mahal.
Setiap hari cahaya matahari yang cukup cantik menyinari bukit, kebun dan dusun, setiap hari hujan rahmat menyirami tanah yang subur dan mengisi sungai yang deras. Kita mempunyai segala sumber dan segala keperluan hidup. Tetapi harga makanan masih mahal.   
 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/VBSfiXHQNgQ/cpi-indeks-harga-barang-menurun-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proklamasi Darurat Bantu Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

Proklamasi Darurat Bantu Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 184 hits
PUTRAJAYA Dakwaan yang mengatakan proklamasi darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat sebaliknya ia mampu membantu pemulihan ekonomi negara kata Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata Malay...
Formula Atasi Covid19 Ekonomi Serentak

Formula Atasi Covid19 Ekonomi Serentak

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 143 hits
NORMAN RADZUANDarurat Politik PKP netizen berang Perlukah rakyat panik hingga lumpuh ekonomi FORMULA ATASI COVID19 EKONOMI SERENTAK Sebelum membaca artikel ini penulis bukan seorang Dr atau Pakar Ekonomi Hanya seorang penulis kecil yg ingin...
Darurat Pulihkan Ekonomi Mantan Menteri Kewangan Cabar Menteri Kewangan Buktikan

Darurat Pulihkan Ekonomi Mantan Menteri Kewangan Cabar Menteri Kewangan Buktikan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 181 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menamakan sebuah negara dalam dunia yang menggantung parlimen atas alasan mahu menghadapi Covid 19 Membuat kenyataan bersifat menyindir melalui ha...
Pm Umum Pakej Permai Rm15 Bilion Lindungi Ekonomi Dan Rakyat Ketika Musim Covid 19

Pm Umum Pakej Permai Rm15 Bilion Lindungi Ekonomi Dan Rakyat Ketika Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID 19...
Pulihkan Ekonomi Setelah Pandemi Covid 19 Gibran Akan Gandeng 6 Daerah Penyangga

Pulihkan Ekonomi Setelah Pandemi Covid 19 Gibran Akan Gandeng 6 Daerah Penyangga

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 183 hits
Gibran Rakabuming Raka memprioritaskan pemulihan ekonomi pasca Covid 19 setelah dilantik menjadi Wali Kota Solo nanti Putra Presiden Joko Widodo itu akan menggandeng 6 daerah penyangga agar perekonomian segera pulih
4 Pakar Ekonomi Malaysia Sahkan Rakyat Malaysia Kaya Raya Kah

4 Pakar Ekonomi Malaysia Sahkan Rakyat Malaysia Kaya Raya Kah

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 284 hits
Empat orang pakar ekonomi tersohor menyatakan rakyat Malaysia sudah selesa sekarang Tahniah lebai Takbirrr
Mbak You Mau Dilapor Karena Ramalan Eks Jubir Gus Dur Sindir Peramal Ekonomi Meroket

Mbak You Mau Dilapor Karena Ramalan Eks Jubir Gus Dur Sindir Peramal Ekonomi Meroket

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 185 hits
Mantan juru bicara Presiden KH Abdurrahman Wahid atau Gus Dur Adhie Massardi melontar sindiran terhadap rencana pelaporan terhadap peramal kondang Mbak You Seperti diketahui Mbak You membuat publik geger beberapa waktu lalu Hal itu dipicu t...
Bila Ahli Ekonomi Bercakap Mengenai Perpaduan

Bila Ahli Ekonomi Bercakap Mengenai Perpaduan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 310 hits
BEKAS orang kuat CIMB kata dalam webinar semalam mencadangkan pembentukan kontrak sosial baru untuk memastikan masa depan lebih baik dari segi ekonomi politik dan sosial Mengambil contoh abangnya bekas Perdana Menteri yang cuba menghapuskan...
Joe Biden Dinilai Dapat Dorong Pemulihan Ekonomi Global

Joe Biden Dinilai Dapat Dorong Pemulihan Ekonomi Global

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 261 hits
Anggota Komisi XI DPR RI Puteri Anetta Komarudin menilai kinerja Presiden terpilih Amerika Serikat Joe Biden bersama Wakil Presiden Kamala Harris akan memberi dorongan positif terhadap stabilitas perekonomian global dan domestik yang masih ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof