Covid19 China Rampas Lebih 89 Juta Topeng Muka Tidak Berkualiti


Kakitangan sebuah syarikat peralatan perubatan di Beijing memeriksa sebahagian daripada 188 juta topeng muka dipesan oleh Perancis. - Foto AFP
BEIJING: China merampas lebih 89 juta unit topeng muka tidak berkualiti selepas menerima aduan mengenai peralatan perlindungan rosak yang diimport seluruh dunia, menurut kenyataan pegawai kerajaan hari ini.

Permintaan terhadap peralatan perlindungan naik mendadak berikutan negara seluruh dunia sedang bergelut dengan wabak COVID-19 yang sudah membunuh dan menjangkiti sekitar 2.9 juta orang.

Namun, terdapat beberapa negara yang mengeluh kerana topeng muka dan lain-lain produk perubatan yang dieksport oleh China, kebanyakannya untuk kegunaan petugas kesihatan dan kumpulan terdedah, didapati tidak berkualiti.


Timbalan Pengarah Pentadbiran Peraturan Pasaran Negeri, Gan Lin, berkata pihak berkuasa China sudah memeriksa hampir 16 juta perniagaan dan menyita lebih 89 juta topeng muka selain 418,000 alat pelindung, kelmarin.

Tambah beliau, pihak berkuasa turut menyita pembasmi kuman tidak berkesan bernilai lebih 7.6 juta yuan (RM4.8 juta).

Bagaimanapun, tidak jelas berapa jumlah barangan yang tidak berkualiti itu sudah dieksport.

Dalam usaha memastikan produk dihasilkan berkualiti, China mengeluarkan peraturan baharu semalam yang mengkehendaki topeng bukan perubatan mesti memenuhi piawaian kualiti sama ada kebangsaan mahupun antarabangsa.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan negara itu, pengeksport juga mesti memfailkan pengisytiharan bertulis bahawa produk kesihatan mereka memenuhi keperluan keselamatan negara pengimport.

Undang-undang lebih ketat diperkenalkan selepas beberapa negara termasuk Sepanyol, Belanda, Republik Czech dan Turki mendesak penghantaran balik ribuan topeng muka dan alat perlindungan tidak berkualiti yang diimport dari China.

Minggu lalu, Kanada mendedahkan sebanyak satu juta topeng muka yang dibeli dari China gagal memenuhi piawaian untuk penjagaan kesihatan profesional.


Bulan lalu, pegawai kesihatan Belanda memulangkan lebih separuh juta topeng muka buatan China yang sudah dihantar ke hospital negara itu, berikutan aduan topeng berkenaan tidak menutup wajah dengan betul atau penapisnya rosak.

China menghasilkan lebih 116 juta topeng muka setiap hari dan menurut pegawai Kementerian Perdagangan negara itu, Li Xingqian, setakat ini republik itu mengeksport lebih satu bilion topeng muka pada tahun ini.

Jelas beliau, China juga menandatangani kontrak untuk mengeksport barangan kesihatan bernilai AS$1.41 bilion (RM6.15 bilion) ke 74 negara dan enam organisasi antarabangsa.

Berdasarkan data perniagaan di pentas Tianyancha, dalam tempoh dua bulan pertama, 8,950 pengilang baharu mula menghasilkan topeng muka di China.

Pegawai kastam China, Jin Hai, berkata walaupun seluruh negara terjejas, perniagaan penghasilan peralatan kesihatan haram terus maju berikutan ia cara mudah menjana wang segera.

Lebih 31.6 juta topeng muka rosak dan 509,000 pakaian pelindung yang disasar untuk dieksport dirampas oleh pihak berkuasa pelabuhan pada tengah bulan ini. - AFP

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/04/covid19-china-rampas-lebih-89-juta.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Kerajaan Edar 23 4 Juta Topeng Muka Kepada Isi Rumah Setakat Ini

Covid19 Kerajaan Edar 23 4 Juta Topeng Muka Kepada Isi Rumah Setakat Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 305 hits
KERAJAAN EDAR 23 4 JUTA TOPENG MUKA KEPADA ISI RUMAH SETAKAT INIKerajaan mengagihkan empat keping topeng muka kepada setiap isi rumah di seluruh negara bagi membantu aspek penjagaan kesihatan rakyat berikutan COVID19 Keutamaan pemakaian top...
Covid19 Who Statistik Terbaru Lebih 2 3 Juta 31 Berlaku Di Amerika Syarikat

Covid19 Who Statistik Terbaru Lebih 2 3 Juta 31 Berlaku Di Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 317 hits
Statistik terbaru dikeluarkan WHO menunjukkan lebih 2 3 juta dijangkiti virus itu dan 31 berlaku di Amerika Syarikat Turki negara paling terjejas di Timur Tengah Di Asean kadar kesembuhan 59 di adalah tertinggi kematian tertinggi di Indones...
80 Peratus Daripada 30 7 Juta Topeng Muka Diagih

80 Peratus Daripada 30 7 Juta Topeng Muka Diagih

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 24 8 juta keping topeng muka telah diagihkan kepada orang ramai sehingga kelmarin Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu mewakili 80 peratus daripada 30 7 juta keping produk keperluan berken
Lebih Sejuta Rakyat China Serbu Kawasan Pelancongan Di Shanghai Sempena Cuti Umum

Lebih Sejuta Rakyat China Serbu Kawasan Pelancongan Di Shanghai Sempena Cuti Umum

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 286 hits
Lebih sejuta rakyat China dilaporkan membanjiri 130 kawasan tumpuan pelancong di Shanghai selama dua hari iaitu pada Jumaat dan Sabtu lalu sempena cuti umum Hari Pekerja menurut laporan media tempatan Agensi Berita Xinhua Berdasarkan lapora...
China Hantar 20 Juta Penutup Hidung Dan Mulut Ke Rusia

China Hantar 20 Juta Penutup Hidung Dan Mulut Ke Rusia

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 338 hits
China hantar 20 juta penutup hidung dan mulut ke Rusia nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Apr 2020 11 30P
Mahal Dan Terhad Orang Asli Mexico Pilih Anyam Topeng Muka Dari Daun Kelapa Sawit

Mahal Dan Terhad Orang Asli Mexico Pilih Anyam Topeng Muka Dari Daun Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 814 hits
Agensi Komuniti itu sebelum ini dipercayai turut memberi tumpuan dalam penghasilan produk kraftangan lain seperti tikar dan topi Gambar Facebook INTERNATIONAL INDIGENOUS YOUTH COUNCIL MEXICO Meskipun sumber terhad dan harga yang tidak berpa...
Hiburan Aliff Syukri Nafi Menipu Batal Jual Topeng Muka Kalis Air

Hiburan Aliff Syukri Nafi Menipu Batal Jual Topeng Muka Kalis Air

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 415 hits
Baru baru ini Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dikecam teruk selepas kantoi cuba menjual topeng muka bocor Malah video demonstrasi Aliff turut mendapat perhatian dunia dan tular di laman komuniti terkemuka Reddit sehingga menjadi bahan j...
Doktor Ini Selar Kenyataan Usahawan Kosmetik Jual Topeng Muka Tak Tembus Angin

Doktor Ini Selar Kenyataan Usahawan Kosmetik Jual Topeng Muka Tak Tembus Angin

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 337 hits
Kita sambung balik dalam episod topeng muka yang ramai orang nampaknya sudah cuba mengeluarkan topeng muka ciptaan mereka sendiri dan dijual pula pada harga yang tidak masuk akal Korang pun tahu yang sebelum ni ada seorang usawan kosmetik y...
Jangkiti Lebih 3 Juta Penduduk Dunia Ini 3 Teori Bila Wabak Covid 19 Akan Berakhir

Jangkiti Lebih 3 Juta Penduduk Dunia Ini 3 Teori Bila Wabak Covid 19 Akan Berakhir

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 298 hits
Pasti setiap orang ternanti nanti berakhirnya pandemik COVID 19 yang telah membunuh ratusan ribu nyawa di seluruh dunia Bahkan virus ini telah menyerang segenap ceruk dunia hinggalah di penempatan terpencil orang asli di hutan Amazon Brazil...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini