Covid19 2020
Assalamualaikum, kalau ayat dulu dulu, bila mula menulis blog balik, mesti ada dialog ni " fuhh fuhhh tiup habuk atas dashboard " hahaha. skrg ni rasanya dah tak de dah org buat ayat cm tu, ayat newbie newbie sgt tu! hahaha.
wei serius lah! tahun ni aku lansung tak tulis pasal hidup aku kat blog ni. ada post ads post. apekah!!! kesiannya blog aku ni. Pagi tadi, masa aku otw g kerja, aku teringat blog aku, rasa rindu sangat kat blog, dulu masa tak ada IG, blog adalah segalanya, banyak membaca juga bila pergi blog walking. Tapi skrg ni, awal pagi dah scroll IG, layan IGstory, aku juga aktif kat IG aku. Siapa rindu aku boleh pergi IG je yer! hahaha.
Ok lah, nak cerita tentang apa ya? kalau ikutkan hati mcm mcm benda nak cerita, tahun 2020, rasanya semua orang pun tak menjangka benda ni, iaitu VIRUS COVID19. Waktu mula mula virus ni datang, kita semua blur, panic attack, semua ada. Turning point buat kita, buat aku. Aku ingat lagi sebelum PKP, sebelum hadirnya Covid19, otak aku terlalu penat waktu itu. terlalu letih, dan aku cakap dalam hati, " Kan best kalau dapat cuti lama, macam cuti bersalin tu ", tup tup dua minggu lepas tu, PKP! mmg betul betul ko cuti! TAK BOLEH KEMANA-MANA! Allahuakbar! Allah makbulkan doa aku. Habiskan masa bersama anak dan suami, tak kemana, bangun, tidur, makan, masak, senaman, layan movie. Sampai satu tahap dah tak tau nak buat apa, kami pasang Ceramah Ust Auni kat tv, layan ceramah pasal zaman Nabi. Allahu. Memang sangat turning point.
Sampai lah bulan Puasa, dan Raya. Tak boleh balik Ipoh, tak boleh pergi terawikh, tak boleh kemana-mana, bisness pun ambil order online dan hantar guna LalaMove. Thanks to lalamove. Waktu PKP, aku banyak muhasabah diri. Aku banyak tahu pasal " tujuan hidup ", aku tahu apa aku nak dalam hidup, dan aku hidup untuk apa.
Ada diluar sana yang struggle dalam hidup waktu PKP, membawak ke waktu skrg stuggelnya PKPP. Aku? Syukur Allah Yang Maha Satu. Allah memberi rezeki kepada aku rezeki yang melimpah ruah, bulan May 2020, aku berjaya memanjat 1 lagi rank dalam Young Living, Silver Rank with Silver Bound Bonus, mendaki lagi dan aku dapat Bridge To Gold. Terima kasih Ya Allah. Rezeki yang sangat saya tak sangka, bonus YL 5 angka, dan dapat free lagi 120 EO Young Living Free. Subhanallah! nikmat apa lagi yang nak didustakan. dan sampai skrg, aku masih lagi memegang title Silver, Alhamdulillah. aku ada team yang sangat best dan hebat!
Waktu PKP juga, aku berkerja mcm biasa, satu pengalaman bila ko pergi balik kerja, jalan lengang! takde kereta, mcm dilanda zombi!!! dalam office satu satu masa boleh kerja dua org je. masuk opis guna satu pintu, makanan minuman semua org supply, tak boleh keluar. Allah! sedih weh! sumpah! then balik rumah laki aku suruh salin baju luar rumah, baju aku sangkut kt luar je, laki aku trus basuh. punya lah takut virus tu.
Tapi serius, pengalaman sungguh lah. satu tahap happy sbb dpt habiskan masa dgn family, then bulan puasa paling best, fully dpt beribadat, memang tak fikir nak kelam kabut pergi kerja ke apa. but lama kelamaan, kita juga sedar, tak boleh berkurung je dalam rumah, kena keluar, kena kerja dan cari duit. Ok lah, nanti kita cerita lagi, cerita kali ni just randomly je. aku cerita pun tonggang langgang kan. Nak lepas gian menaip je ni. Nanti kita cerita waktu PKPP pulak ok! bai!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://lipslikesugar87.blogspot.com/2020/09/covid19-2020.html