Covid 19 Thailand Catat Kematian Tertinggi Dua Hari Berturut Turut


BH ONLINE Pegawai perubatan melakukan ujian calitan COVID-19 di Yala, selatan Thailand. - Foto AFP BANGKOK: Thailand mencatat 21 kes kematian baharu akibat COVID-19, yang tertinggi bagi tempoh dua hari berturut-turut dan menjadikan jumlah kematian setakat ini ialah 245 sejak pandemik itu melanda negara tersebut pada Januari tahun lalu.
Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 1,940 kes baharu COVID-19 termasuk 10 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 68,984 kes.
Jurucakap Pusat Pentadiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Apisamai Srirangsan, berkata kes kematian baharu itu membabitkan 12 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 38 dan 88 tahun iaitu lapan di Bangkok, empat di Chiang Mai, masing-masing dua di Chonburi dan Lamphun serta masing-masing satu di Nakhon Pathom, Nakhon Sawan, Rayong, Tak dan Udon Thani.
Beliau berkata, Bangkok mendahului senarai kes tertinggi dengan 539 jangkitan diikuti Nonthaburi (276) dan Samut Prakan (145).
Katanya, varian UK B.117 yang mudah merebak telah menyebabkan sejumlah 40,121 kes direkodkan di negara itu dengan 151 kematian sejak 1 April lalu.
Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun, berkata Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) akan meningkatkan pengesanan kes aktif di bawah bidang kuasanya dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19.
"BMA akan melaksanakan pengesanan kes aktif di lima daerah mulai esok. Dengan pengesanan awal, kami berharap dapat mencegah penularan COVID-19 dengan mengesan dan mengasingkan kontak rapat untuk memutuskan rantaian penularan," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini, hari ini.
Mengenai vaksinasi, beliau berkata Thailand telah memvaksinasi hampir 1.5 juta rakyatnya setakat ini, kebanyakannya adalah kakitangan perubatan barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi dengan vaksin Sinovac dan AstraZeneca COVID-19 yang diimport.
Kementerian Kesihatan Awam pula memaklumkan lebih 430,000 orang telah mendaftar untuk vaksinasi COVID-19 yang bermula pada Sabtu.
Inokulasi itu ditetapkan pada Jun untuk rakyat Thailand yang berusia 60 tahun dan ke atas dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang menghidap penyakit kronik.
Kementerian itu menyasarkan untuk memberi vaksin kepada 16 juta orang di bawah fasa pertama pendaftaran. - BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/covid-19-thailand-catat-kematian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ue01 Tiga Hari Berturut Turut Ke Bangi Gateway

Ue01 Tiga Hari Berturut Turut Ke Bangi Gateway

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 200 hits
SinopsisHari ini kami berkereta ke banyak tempat juga Ke Menara TM untuk ambil barang Mummy dan hantar biskut semperit ke kawan Mummy Ke kondominium Fajaria untuk hantar biskut semperit ke kawan Mummy juga Ke apartment Pantai Permai untuk c...
Covid 19 India Rekod Jumlah Kematian Terburuk Setiap Hari

Covid 19 India Rekod Jumlah Kematian Terburuk Setiap Hari

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 173 hits
Jangkitan baharu semakin hampir cecah 300 000 kes NEW DELHI India melaporkan jumlah kematian terburuk setiap hari dengan sebahagian besar negara itu di bawah perintah berkurung susulan gelombang jangkitan kedua COVID 19 Kementerian Kesihata...
Covid 19 Kelantan Catat Kes Tertinggi Dengan 662 Kes

Covid 19 Kelantan Catat Kes Tertinggi Dengan 662 Kes

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 164 hits
Malaysiakini Jangkitan Covid 19 di engara ini terus meningkat apabila sebanyak 2 875 kes positif direkodkan setakat tengah hari tadi Daripada jumlah itu Kelantan merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 662 kes diikuti Selangor dan Sarawak...
Covid 19 Malaysia Catat 4 519 Kes Baharu 25 Kematian

Covid 19 Malaysia Catat 4 519 Kes Baharu 25 Kematian

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 247 hits
Astro AwaniMei 8 2021 Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara Gambar failKUALA LUMPUR Malaysia merekodkan 4 519 kes baharu jangkitan COVID 19 hari ini menjadikan jumlah keselu...
Covid 19 Sebanyak 4 498 Kes Positif Baharu Dengan 22 Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Covid 19 Sebanyak 4 498 Kes Positif Baharu Dengan 22 Kematian Di Rekodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 224 hits
PUTRAJAYA Sejumlah 4 498 kes positif baharu COVID 19 direkodkan setakat tengah hari tadi peningkatan hampir 1 000 kes berbanding semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memuat naik statistik harian di laman sos...
Menteri Komunikasi Dan Multimedia Hidap Covid 19 Tahap Tiga Isteri Tahap Dua

Menteri Komunikasi Dan Multimedia Hidap Covid 19 Tahap Tiga Isteri Tahap Dua

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 283 hits
FAZLI RADZIMenteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah telah dikatakan menghidap Covid 19 tahap tiga seperti dimaklumkan isterinya Datin Norlin Shamsul Bahri Menerusi hantaran di Facebook hari ini Norlin memberitahu dirinya p...
2 875 Kes Covid 19 7 Kematian

2 875 Kes Covid 19 7 Kematian

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 298 hits
April 22 2021 5 22 PMPETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 2 875 kes baharu Covid 19 manakala 2 541 pesakit pulih dan tujuh kematian Ini menyaksikan 361 267 daripada keseluruhan 384 688 pesakit Covid 19 sudah pulih manakala 1 407 k...
Olimpik Tokyo Atlit Perlu Jalani Ujian Covid 19 Setiap Hari

Olimpik Tokyo Atlit Perlu Jalani Ujian Covid 19 Setiap Hari

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 264 hits
Images KONGSI ARTIKEL TOKYO Pihak penganjur Sukan Olimpik Tokyo pada Rabu berkata mereka tidak akan menentukan berapa ramai penonton jika dibenarkan boleh menyaksikan temasya sukan itu sehingga Jun kerana lonjak
Liverpool Catat Kerugian Hutang Meningkat Bayaran Gaji Masih Kedua Tertinggi Di Premier League

Liverpool Catat Kerugian Hutang Meningkat Bayaran Gaji Masih Kedua Tertinggi Di Premier League

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 211 hits
Liverpool telah merekodkan kerugian berjumlah 46 juta sebelum cukai Demikianlah laporan kewangan terbaharu juara bertahan Premier League dan jaguh enam kali Champions League itu yang berakhir pada 31 Mei 2020 Tempoh tersebut hanya melibatka...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang