Covid 19 Terengganu Tanggung Rm4 Juta Insentif Pengecualian Dan Penangguhan


Dr Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 9 April - Kerajaan Terengganu melalui SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Bahagian Perumahan menanggung kos melebihi RM4 juta susulan langkah pengecualian bayaran sewa premis perniagaan milik kerajaan negeri bagi bulan April 2020 dan penangguhan bayaran sewa Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) untuk dua bulan iaitu April dan Mei 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak mengesahkan perkara tersebut melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa dua yang diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, baru-baru ini.

Terdahulu, kerajaan negeri mengumumkan beberapa lagi inisiatif bagi menjaga kebajikan rakyat Terengganu khususnya golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Menurut Dr Alias, sebanyak 991 keluarga yang menghuni PPR Hiliran, Kuala Terengganu akan ditangguhkan bayaran sewa dan kos penyelenggaraan selama dua bulan. Penangguhan ini akan diberikan pada bulan April dan Mei 2020 termasuk perkedaian.

"Ini adalah insentif penangguhan bayaran sewa PPR yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM173,765.00 sebulan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tambahnya, melalui pakej rangsangan yang sama, sebanyak 10,809 keluarga yang tinggal di 77 projek RKR dan RMM di seluruh negeri Terengganu akan ditangguhkan bayaran sewa dan sewa beli bagi bulan April dan Mei 2020.

"Insentif ini juga mengambil kira keluarga yang tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang I & II (Kos Rendah) termasuk perkedaian," jelasnya.

Namun katanya, sekiranya tempoh PKP dilanjutkan, kerajaan negeri berhasrat untuk menangguhkan sewa dan sewa beli sehingga tempoh perintah berakhir.

Justeru beliau sangat berterima kasih di atas pertimbangan kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.



Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/04/covid-19-terengganu-tanggung-rm4-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 199 Penggiat Pelancongan Terengganu Bakal Terima Bantuan One Off

Covid 19 199 Penggiat Pelancongan Terengganu Bakal Terima Bantuan One Off

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 266 hits
KUALA TERENGGANU 12 April Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan wang tunai berbentuk sekali bayar kepada penggiat industri pelancongan yang terjejas akibat COVID 19 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Neg...
Covid 19 Terengganu Lanjut Tempoh Penangguhan Aktiviti Masjid Surau

Covid 19 Terengganu Lanjut Tempoh Penangguhan Aktiviti Masjid Surau

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 264 hits
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail KUALA TERENGGANU 29 Mac Tempoh penangguhan semua aktiviti masjid dan surau di Terengganu dilanjutkan sehingga 14 April ini selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan melanjutkan jangka masa pelaksanaa...
Covid 19 Semua Pasar Di Terengganu Ditutup 10 April Untuk Disinfeksi

Covid 19 Semua Pasar Di Terengganu Ditutup 10 April Untuk Disinfeksi

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 281 hits
Dr Alias KUALA TERENGGANU 6 April Pasar awam dan pasar borong di seluruh Terengganu akan ditutup pada 10 April ini bagi membolehkan operasi disinfeksi dijalankan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar ...
Jangkitan Covid 19 Melebihi Angka 1 5 Juta Seluruh Dunia Elak Ingkar Arahan

Jangkitan Covid 19 Melebihi Angka 1 5 Juta Seluruh Dunia Elak Ingkar Arahan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 217 hits
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Antonio Guterres menyifatkan jangkitan koronavirus ini sebagai salah satu cabaran paling berbahaya yang dihadapi masyarakat antarabangsa Katanya menerusi petikan perkongsian inilah masanya u...
Covid 19 Polis Terengganu Perketat Kawalan Di Dua Daerah

Covid 19 Polis Terengganu Perketat Kawalan Di Dua Daerah

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 387 hits
KUALA TERENGGANU 9 April Polis Terengganu memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan di daerah Dungun dan Besut bermula hari ini Menurut Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik kawalan terbabit diperketat ekoran 30 orang penduduk di dua da...
Covid 19 Permint Granite Sumbang Rm1 Juta Bantu Rakyat Terengganu

Covid 19 Permint Granite Sumbang Rm1 Juta Bantu Rakyat Terengganu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 350 hits
Pihak Permint Granite menyampaikan replika cek kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Dato Mohd Zahari Md Azahar KUALA TERENGGANU 28 Mac Permint Granite Sdn Bhd anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu menyumbang R...
Rm22 66 Juta Diterima Bagi Tabung Covid 19 Setakat Semalam Ismail Sabri

Rm22 66 Juta Diterima Bagi Tabung Covid 19 Setakat Semalam Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 339 hits
Sejumlah RM22 66 juta sumbangan wang tunai diterima melalui Tabung COVID 19 setakat semalam kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata daripada jumlah itu RM5 68 juta telah disalur kepada Y...
Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Razer Tingkatkan Pengalaman Seru Untuk Pemain Marvel Rivals

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Rocky S Bru I M Still Standing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nine New Definitions About Meekin365 You Do Not Usually Want To Hear

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Build A Strong Brand Identity Startup

Jamuan Raya Di Pejabat

Duri Cinta Bisu

Siti Bidas Wartawan Malaysiakini Fitnah Isu Raya Kkm