Covid 19 Tak Perlu Buat Ujian Ulangan Tan Sri Dr Noor Hisham



Covid-19: Tak Perlu Buat Ujian Ulangan – Tan Sri Dr. Noor Hisham
Individu yang sudah dijangkiti Covid-19 serta selesai menjalani kuarantin tidak perlu membuat ujian ulangan bagi memastikan tiada lagi virus berkenaan di dalam badan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana ujian seperti Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) itu sangat sensitif dan akan mengesan kehadiran genetik virus berkenaan.
“RT-PCR ini sangat sensitif dan akan mengesan kehadiran genetik itu dalam saluran pernafasan dalam tempoh dua hingga tiga bulan selepas dijangkiti, misalnya dalam tempoh ‘viral shedding.’
“Namun virus berkenaan sudah tidak dapat membiak dan individu itu (dijangkiti Covid-19) tidak mungkin boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Dr Noor Hisham, seseorang itu boleh dijangkiti Covid-19 jika mereka berada berdekatan dengan pesakit Covid-19 yang batuk atau bersin dan virus itu boleh tersebar terutamanya antara individu yang mempunyai kontak rapat
“Jangkitan berlaku apabila titisan yang mengandungi virus dihirup melalui udara atau bersentuhan langsung dengan mata, hidung atau mulut seseorang. Virus ini lebih mudah merebak dalam persekitaran tertutup yang kurang ventilasi dan sesak
“Ujian RTK antigen (RTK-Ag) biasanya boleh mengesan jangkitan pada hari ketiga hingga ketujuh selepas seseorang terdedah kepada pesakit Covid-19, manakala RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari kedua hingga hari-14 selepas dijangkiti.
“Justeru itu, ketepatan ujian RTK-Ag dan RT-PCR adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil. Penggunaan RTK-Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, KKM meluluskan penggunaan RTK-Ag sebagai suatu kaedah alternatif pengujian Covid-19 selain RT-PCR.
“Ini kerana RTK-Ag membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan Covid-19 kerana kaedah ini adalah ringkas, mudah, murah dan boleh dilakukan di lapangan.
“Proses pengujian RTK-Ag adalah pantas dan keputusan ujian boleh diperolehi dalam masa 20 hingga 30 minit. KKM menyarankan semua ujian RTK-Ag secara kendiri, professional ataupun RT-PCR yang dijalankan perlu dilaporkan kepada KKM melalui MySejahtera atau Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).
“Laporan itu boleh diberikan tidak kira sama ada keputusannya positif atau pun negatif, ia bagi membantu KKM mendapatkan gambaran lebih jelas kadar jangkitan yang berlaku di dalam komuniti,” katanya.
Dr Noor Hisham memaklumkan, RTK-Ag yang diluluskan penggunaannya di negara ini perlu mempunyai sekurang-kurangnya 95 peratus kadar sensitiviti dan 95 peratus kadar spesifisiti.
“Oleh itu, terdapat kemungkinan lima peratus berlaku keputusan ‘false positive’ atau ‘false negative.’ False positive berlaku apabila kit memberi keputusan positif bagi individu yang tidak dijangkiti.
“Antara faktor penyumbang yang menyebabkan keadaan ini adalah jangkitan silang dari pesakit Covid-19 atau kontaminasi virus dari persekitaran. Manakala false negative berlaku apabila kit berkenaan tidak dapat mengesan kehadiran antigen dalam pesakit yang dijangkiti Covid-19.
“Ia mungkin disebabkan teknik pengambilan sampel yang salah dan masa sampel diambil di luar tempoh jangkitan,” katanya.
Menurut Dr Noor Hisham, semua kit ujian Covid-19 yang dibawa masuk ke negara ini perlu melalui penilaian oleh Jawatankuasa Expert Committee dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
“Jawatankuasa ini bertindak menyaring dan memutuskan sesuatu kit itu layak dan disyorkan untuk berada di pasaran berdasarkan prestasi kit ujian selepas melalui evaluasi atau penilaian makmal di pusat evaluasi terpilih iaitu Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC), Institut Kanser Negara (IKN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan Hospital Sungai Buloh (HSgB).
“Sehingga 18 Februari lalu, terdapat 128 kit ujian kendiri di pasaran yang mendapat rekomendasi ini. Kit ini juga sudah diluaskan penjualannya bukan saja di farmasi dan fasiliti kesihatan, malah ia juga mudah didapati di kedai terpilih.
“Pihak MDA turut memantau keselamatan dan prestasi kit ujian kendiri yang mendapat kelulusan bersyarat dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang isu dengan kit ujian kendiri yang digunakan, orang awam dinasihatkan melaporkan kepada pembekal yang menjual kit ujian berkenaan dan MDA.
“Justeru, KKM amat menyarankan supaya orang awam mengoptimakan ujian RTK-Ag kendiri sebagai ujian saringan bagi mengesan jangkitan Covid-19 dan membuat laporan kendiri bagi keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.
Tambah Dr Noor Hisham, langkah itu penting bagi memastikan masyarakat boleh menjalankan aktiviti harian dengan selamat dan membantu negara meneruskan pemulihan dan pertumbuhan sosioekonomi negara dengan lebih mampan-HM
Covid-19: Tak Perlu Buat Ujian Ulangan – Tan Sri Dr. Noor Hisham
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor Mahathir semua ‘taktau’ Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO] BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’ Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA Leissner sogok suami Zeti Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

The post Covid-19: Tak Perlu Buat Ujian Ulangan – Tan Sri Dr. Noor Hisham appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/06/covid-19-tak-perlu-buat-ujian-ulangan-tan-sri-dr-noor-hisham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kali Anak Positif Covid 19 Aisyah Hijanah Reda Dengan Ujian

Dua Kali Anak Positif Covid 19 Aisyah Hijanah Reda Dengan Ujian

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 185 hits
Dua kali anak positif COVID 19 instafamous dan juga seorang usawahan Aisyah Hijanah reda dengan ujian yang melandanya Beliau mengakui semua yang berlaku atas izin Allah mesti ada sebabnya Aisyah berkongsi perkhabaran tersebut di Instagram S...
Parents Angry Over Covid 19 Outbreak At Mrsm Soon After Govt Carnival

Parents Angry Over Covid 19 Outbreak At Mrsm Soon After Govt Carnival

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 426 hits
The crowd at the Keluarga Malaysia carnival held at the Batu Pahat MRSM from Feb 17 to Feb 19 PETALING JAYA Parents of SPM students at the Mara Junior Science College in Batu Pahat are angry over its temporary closure by health authorities ...
Selepas Aiman Dan Zahirah Kini Isaac Raees Pula Positif Covid 19

Selepas Aiman Dan Zahirah Kini Isaac Raees Pula Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 148 hits
Selepas berkongsi khabar duka disahkan positif Covid 19 beberapa hari lalu pelakon Zahirah Macwilson terpaksa akur dengan ujian Allah bila mana anak kesayangannya Isaac Raees turut sama disahkan positif virus berbahaya itu Melalui Insta Sto...
Pengalaman Covid 19

Pengalaman Covid 19

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 211 hits
Hari ini Sofia telah mendapat mesej di whatsapp group TeamMAGNIFICENT Seorang ahli berdaftar bernama Raja Noorwati telah berkongsi pengalaman Covid 19 yang dialami oleh keluarganya Sofia telah mendapat keizinannya untuk berkongsi di sini Ma...
Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini

Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 254 hits
Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini Bila bercakap tentang isu beli rumah rata rata antara kita memang dah lama teringin nak ada rumah sendiri Memiliki rumah sendiri ini sudah menjadi impian semua orang kerana punya kediaman per...
Covid 19 Pkrc Maeps Serdang Terima Pesakit Pertama Video

Covid 19 Pkrc Maeps Serdang Terima Pesakit Pertama Video

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 396 hits
Covid 19 PKRC MAEPS Serdang Terima Pesakit Pertama VIDEO Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Zon Wilayah Tengah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang menerima kes pertama jam 4 50 petang semalam Pengarah Hospital Kuala Lumpur Datin Pad...
Viral Rsal Merauke Tolak Pasien Covid 19 Anak Hingga Wafat Tni Al Minta Maaf

Viral Rsal Merauke Tolak Pasien Covid 19 Anak Hingga Wafat Tni Al Minta Maaf

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 861 hits
Kepala Dinas Penerangan Angkatan Laut Laksamana Pertama TNI Julius Widjojono menegaskan jika dalam penyelidikan nanti terbukti ada kelalaian dari petugas RSAL maka akan diproses sesuai hukum yang berlaku
Covid 19 30 644 New Cases 57 Deaths

Covid 19 30 644 New Cases 57 Deaths

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 277 hits
COVID 19 The Health Ministry said 30 644 new daily Covid 19 cases was reported yesterday bringing the total cumulative cases to 3 367 871 Active cases currently stood at 294 431 up 109 9 percent compared to 14 days ago New cases according t...
Bekas Pesakit Covid 19 Mempunyai Simptom Long Covid Sebanyak 10 Hingga 15 Peratus

Bekas Pesakit Covid 19 Mempunyai Simptom Long Covid Sebanyak 10 Hingga 15 Peratus

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 151 hits
Bekas Pesakit COVID 19 Mempunyai Simptom Long COVID Sebanyak 10 Hingga 15 Peratus Dianggarkan kira kira 10 hingga 15 peratus individu yang dijangkiti COVID 19 masih mempunyai simptom jangka panjang atau long COVID Justeru Menteri Kesihatan ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran