Covid 19 Sop Semasa Masjidil Haram Masjid Nabawi


azrulhakimie

Orang ramai diingat agar terus patuhi SOP COVID-19 yang ditetapkan KUALA LUMPUR – Jabatan Tertinggi Bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menjangkakan pertambahan ketara jumlah pengunjung di kedua-dua Masjid Suci umat Islam itu sempena kedatangan bulan Rejab (pada Khamis).
Kehadiran bilangan tinggi pengunjung di Dua Masjid Suci itu dijangka berterusan sehingga akhir Ramadan akan datang.
Oleh itu, jabatan itu mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi posedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan.
Menerusi infografik yang dikongsi di laman Twitter rasminya, jabatan itu menyenaraikan SOP semasa Masjidil Haram dan Masjid Nabawi setakat 3 Februari 2022, termasuklah wajib memiliki status ‘imun’ pada aplikasi Tawakkalna dan permit sah untuk memasuki Dua Masjid Suci itu.
Kedua, hanya individu berusia 12 tahun ke atas dibenarkan mengunjungi Dua Masjid Suci berkenaan.
“Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dari Arab Saudi dan seluruh dunia, sama ada imun atau tidak, pada masa ini tidak dibenarkan memasuki Dua Masjid Suci atau halamannya,” kata jabatan itu.
Ketiga, hanya sekali umrah setiap 10 hari dibenarkan. Ini berikutan penerapan semula langkah berjaga-jaga oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, untuk mengehadkan kapasiti dan memastikan tiada kesesakan terutama ketika melakukan ziarah Raudhah dan Makam Rasulullah.
Keempat, wajib memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.
Kelima, pengunjung perlu mematuhi masa yang diperuntukkan dalam permit masing-masing.
“Keperluan untuk tiba dan meninggalkan Dua Masjid Suci mengikut masa yang ditetapkan dalam permit adalah sangat penting. Dua Masjid Suci ditutup sejam selepas solat Isyak dan dibuka semula sejam sebelum solat Subuh,” menurutnya.
Keenam, ruangan Mataaf adalah terhad kepada jemaah umrah sahaja.
“Pada masa ini kemasukan ke Mataaf hanya dibenarkan untuk jemaah umrah yang membawa Permit Umrah yang sah dan untuk tujuan tawaf sahaja,” tambah jabatan itu.
Ketujuh, larangan menyentuh Kaabah, Hajar Aswad dan Solat dalam Hateem.
“Pada masa ini, terdapat sekatan untuk menyentuh Kaabah, Hajar Aswad dan solat di dalam Hateem sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan COVID-19”, katanya.
Setakat 12 tengahari ini, Arab Saudi merekodkan 3,555 kes positif baharu dengan tiga kematian, dengan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 8,950 kes, di negara yang mencatatkan 702,624 kes jangkitan setakat ini. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/covid-19-sop-semasa-masjidil-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Covid Makin Hari Makin Naik Jaga Sop Jaga Diri Dan Doa Yag Baik Baik Sahaja

Kes Covid Makin Hari Makin Naik Jaga Sop Jaga Diri Dan Doa Yag Baik Baik Sahaja

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 212 hits
hai assalammualaikumKes Covid Makin Hari Makin Naik Jaga SOP Jaga Diri Dan Doa Yang Baik Baik Bila tengok angka covid macam tak percaya pun ada tapi kena percaya juga Dia macam tiba tiba naik kes covid ni macam tahun tahun sebelum ni Kes na...
Denmark Tarik Balik Hampir Semua Sop Covid 19

Denmark Tarik Balik Hampir Semua Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 220 hits
2 Februari 2022 Kes tidak parah Denmark tarik balik semua SOP Covid 19Denmark hari Selasa menjadi salah sebuah negara Kesatuan Eropah pertama yang membatalkan sebagian besar SOP Covid 19 kerana negara Skandinavia itu tidak lagi menganggap w...
5 Pengajaran Penting Untuk Pelabur Hartanah Malaysia Semasa Covid 19

5 Pengajaran Penting Untuk Pelabur Hartanah Malaysia Semasa Covid 19

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 239 hits
5 pengajaran penting untuk pelabur hartanah Malaysia semasa COVID 19 Apakah peluang pelaburan hartanah yang boleh kita jangkakan semasa dan selepas wabak ini Adakah ini masa yang sesuai untuk membeli atau menjual hartanah Semua soalan harta...
All Ppvs To Allow Walk Ins For Covid 19 Vaccine Booster Jab Starting Tomorrow

All Ppvs To Allow Walk Ins For Covid 19 Vaccine Booster Jab Starting Tomorrow

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 180 hits
Beginning tomorrow the Health Ministry will offer Covid 19 booster dose vaccination on a walk in basis to those aged 18 and above at all vaccination centres throughout the country Health Minister Khairy Jamaluddin said for a general practit...
Social Media Trolls Causing People To Shun Covid 19 Booster Shots

Social Media Trolls Causing People To Shun Covid 19 Booster Shots

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 182 hits
The scene at a public vaccination centre in Selangor A Perak official says trolls have caused people to avoid taking booster vaccinations PETALING JAYA The trend of ridiculing or trolling Covid 19 vaccine booster shots on social media is be...
Kasus Covid Di Depok Naik Wali Kota Ingatkan Masyarakat Disiplin Prokes

Kasus Covid Di Depok Naik Wali Kota Ingatkan Masyarakat Disiplin Prokes

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 240 hits
Adapun 5M yang dimaksud yaitu mencuci tangan memakai sabun atau menggunakan penyanitasi tangan memakai masker menjaga jarak menghindari kerumunan serta membatasi mobilisasi dan interaksi
Kit Siang Credits Low Covid 19 Deaths To Putrajaya Harapan Mou

Kit Siang Credits Low Covid 19 Deaths To Putrajaya Harapan Mou

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 216 hits
DAP veteran Lim Kit Siang claims the Putrajaya Pakatan Harapan memorandum of understanding helped slow down the number of Covid 19 cases and deaths He said the situation would have been significantly worse if the MOU was not signed last Sep...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy