Covid 19 Situasi Bertambah Baik Thailand Pertimbang Kurangkan Larangan Fasa Dua


Berikutan situasi COVID-19 di Thailand terus bertambah baik dengan mencatatkan kes baharu harian pada kadar satu angka, kerajaan merancang membuka semula lebih banyak perniagaan dan aktiviti dengan mengurangkan larangan fasa dua pada minggu depan.
Hari ini, Thailand merekodkan tiga kes baharu dan sifar kematian, menjadikan jumlah kes sebanyak 2,992 dan 55 kematian. Sebanyak 2,772 orang telah sembuh dan pulang ke rumah.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kerajaan akan pertimbangkan untuk mengurangkan larangan fasa dua termasuk membuka semula premis lebih besar seperti pusat beli-belah dan gedung serbaneka.
“Sekiranya situasi terus mencatatkan kes baharu harian pada kadar satu angka, kerajaan akan mengurangkan lagi larangan dan akan membuka lebih banyak perniagaan dan tempat pada 17 Mei,” katanya pada taklimat harian mengenai COVID-19 di sini, hari ini.
Beliau berkata  CCSA akan mendapatkan maklum balas dan pandangan bermula Jumaat ini sehingga Selasa dan kelonggaran itu akan diumumkan Khamis depan.
Pada 3 Mei, Thailand membuka semula enam jenis perniagaan dan tempat — pasar, kedai makan di luar pusat beli-belah, perniagaan borong dan runcit, taman dan fasiliti sukan di kawasan terbuka, kedai gunting dan salon rambut (hanya terhad kepada mengunting rambut, syampu dan keringkan rambut), dan pusat serta hotel haiwan peliharaan.
Sementara itu, Thaweesilp berkata Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha, yang mempengerusikan mesyuarat mengenai COVID-19, menggesa semua agensi kerajaan yang relevan untuk terus menguatkuasakan langkah ketat bagi mengawal wabak COVID-19 dan bersedia untuk melonggarkan lagi larangan pada fasa seterusnya.
Perdana menteri juga menzahirkan kebimbangan dengan kesesakan yang berlaku dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti skytrain dan MRT dan mencadangkan jadual kerja baharu untuk agensi kerajaan manakala jumlah yang bekerja dari rumah ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 50 peratus, katanya.
Sementara itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengumumkan Pasar Minggu Chatuchak  akan dibuka semula hujung minggu ini.
“BMA akan menilai situasinya setiap minggu,” kata Timbalan Setiausaha Tetap BMA Wanlaya Watanarat.
Sumber: BERNAMA
The post Covid-19: Situasi Bertambah Baik, Thailand Pertimbang Kurangkan Larangan Fasa Dua appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/07/covid-19-situasi-bertambah-baik-thailand-pertimbang-kurangkan-larangan-fasa-dua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Thailand Catat Sifar Kes Baru Pertama Kali Hari Ini Sejak Dilanda Pandemik

Covid 19 Thailand Catat Sifar Kes Baru Pertama Kali Hari Ini Sejak Dilanda Pandemik

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 356 hits
Thailand mencatatkan rekod kali pertama tiada sebarang kes jangkitan COVID 19 harian baharu dilaporkan pada hari ini Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID 19 Dr Taweesilp Visanuyothin berkata angka kes jangkitan kekal 3 017 kes dan 56 k...
Malaysia Belum Masuk Fasa Exit Strategy Masih Catatkan Kes Baru Covid 19

Malaysia Belum Masuk Fasa Exit Strategy Masih Catatkan Kes Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 280 hits
Malaysia Belum Masuk Fasa Exit Strategy Masih Catatkan Kes Baru COVID 19Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan Negara belum memasuki exit strategy berikutan masih lagi mencatat kes baharu meskipun situasi semakin ...
Pemerintah Tidak Boleh Tolak Jenazah Covid 19 Karena Sop Dijalankan Dengan Baik

Pemerintah Tidak Boleh Tolak Jenazah Covid 19 Karena Sop Dijalankan Dengan Baik

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 220 hits
Yuri meminta masyarakat tak mengucilkan mereka yang terpapar virus corona dan melakukan isolasi mandiri di kediaman masing masing Bahkan Yuri meminta agar masyarakat turut membantu menyuplai sembako
Dirut Pasar Jaya Yakin Distribusi Bansos Tahap Dua Tak Molor Meski Data Bertambah

Dirut Pasar Jaya Yakin Distribusi Bansos Tahap Dua Tak Molor Meski Data Bertambah

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 251 hits
Target distribusi sesuai rencana awal yakni 1 2 juta Kepala Keluarga namun saat dimutakhirkan di lapangan hasilnya kurang dari itu karena sejumlah pemutakhiran
Bertambah 17 Total Pasien Covid 19 Yang Sembuh Di Bali 183 Orang

Bertambah 17 Total Pasien Covid 19 Yang Sembuh Di Bali 183 Orang

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 232 hits
Ketua Harian Gugus Tugas Percepatan Penanganan Covid 19 Provinsi Bali Dewa Made Indra mengatakan jumlah pasien corona sembuh bertambah 17 orang Dengan demikian hingga Kamis total pasien yang sembuh mencapai 183 orang
Covid 19 Kes Baharu Kekal Dua Angka

Covid 19 Kes Baharu Kekal Dua Angka

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 288 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui jumlah kes kumulatif semakin meningkat namun kadar kenaikan kes didapati semakin perlahan Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA 13 Mei Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengum...
Dua Minggu Dikuarantin Ashraf Muslim Reda Belum Pulih Covid 19

Dua Minggu Dikuarantin Ashraf Muslim Reda Belum Pulih Covid 19

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 239 hits
Masih lagi dirawat dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid 19 pada 12 April lalu Ashraf Muslim reda masih lagi belum pulih COVID 19 meskipun hampir dua minggu di wad Menerusi perkongsian di Instagram Ashraf b...
99 Pesakit Covid 19 Telah Sembuh Dibenarkan Pulang Hari Ini Dua Kali Ganda Daripada Kes Baharu

99 Pesakit Covid 19 Telah Sembuh Dibenarkan Pulang Hari Ini Dua Kali Ganda Daripada Kes Baharu

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 306 hits
PUTRAJAYA Kes pulih daripada COVID 19 hari ini mencatatkan jumlah dua kali ganda daripada kes baharu yang dilaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 99 kes yang pulih hari ini menjadikan jumlah kumula...
Kkm Bimbang Penduduk Zon Hijau Ambil Mudah Situasi Covid 19 Kp Kesihatan

Kkm Bimbang Penduduk Zon Hijau Ambil Mudah Situasi Covid 19 Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 421 hits
Sikap segelintir masyarakat terutama penduduk di Zon Hijau COVID 19 di negara ini yang mula mengambil mudah situasi tiada kes baharu dilaporkan di kawasan mereka ketika ini merisaukan Kementerian Kesihatan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp