Covid 19 Seberang Perai Selatan Kini Zon Kuning Mbsp Giat Perketat Kawalan


 COVID-19: Seberang Perai Selatan kini zon kuning, MBSP giat perketat kawalan
Bernama | Diterbitkan pada Ogos 09, 2020 18:21 +08 | Durasi: 1 minit, 51 saat


MBSP mengambil langkah pencegahan dengan memperketatkan kawalan bagi tiga pasar awam di daerah itu. - Bernama
BUTTERWORTH: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kini giat meningkatkan operasi kawalan dan penguatkuasaan di 12 pasar awam yang dikenal pasti sibuk dan perlu diberi tumpuan berikutan berulangnya penularan pandemik COVID-19 di daerah Seberang Perai Selatan (SPS).


Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata apabila terdapat satu kes positif COVID-19 di daerah SPS, MBSP mengambil langkah pencegahan dengan memperketatkan kawalan bagi tiga pasar awam di daerah itu iaitu Pasar Awam Sungai Bakap, Pasar Awam Taman Berjaya dan Pasar Awam Bandar Tasek Mutiara.


"MBSP juga telah meningkatkan kekerapan sanitasi di tiga pasar awam di SPS daripada kadar dua hari satu kali kepada setiap hari bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin manakala semua kerja-kerja sanitasi di lain-lain lokasi pasar awam berjalan mengikut jadual seperti biasa.


"Bermula hari ini, MBSP membahagikan anggota kepada tiga kumpulan bagi setiap daerah di Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan juga di SPS bagi tujuan pemantauan premis perniagaan," katanya pada sidang media menerusi siaran langsung Facebook MBSP, di sini hari ini.


Dalam pada itu, Rozali berkata terdapat beberapa pasar malam berada di kawasan zon kuning dan berhampiran SPS mengambil langkah menutup operasi kerana penganjur tidak dapat melakukan kawalan prosedur operasi standard (SOP) dengan baik.


Beliau berkata tiga penganjur pasar malam yang bertindak menutup operasi sementara waktu sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak ialah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Merak (Pasar Malam Taman Merak dan Pasar Malam Simpang Ampat), MPKK Sungai Bakap Selatan (Pasar Malam Seruling Emas dan Pasar Malam Jalan Sentosa) dan MPKK Nibong Tebal (Pasar Malam Nibong Tebal).


Tambahnya, MBSP juga telah menambah kekuatan anggota sebanyak 40 peratus bagi operasi kawalan dan penguatkuasaan di sembilan pasar awam lagi yang dikenal pasti sibuk dan perlu diberikan tumpuan dalam usaha mengekang sebarang penularan jangkitan COVID-19.


Sembilan lokasi pasar awam berkenaan ialah Pasar Awam Taman Chai Leng, Pasar Awam Seberang Jaya, Pasar Awam Sri Bandar, Pasar Awam Apollo, Pasar Awam Bagan Ajam, Pasar Awam Sri Rambai, Pasar Awam Bukit Mertajam, Pasar Awam Kampung Baru dan Pasar Awam Tambun Indah.


-- BERNAMA 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/08/covid-19-seberang-perai-selatan-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Canggihnya Halte Anti Covid 19 Di Korea Selatan

Canggihnya Halte Anti Covid 19 Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 333 hits
Canggihnya Halte Anti Covid 19 di Korea Selatan Dilengkapi pemeriksaan suhu otomatis pintu geser dan sistem pendingin udara dengan lampu disinfektan ultraviolet halte canggih di Seoul ini dirancang untuk melawan Covid 19
Sekolah Tatap Muka Di Zona Kuning Covid 19 Wajib Ditutup Kembali Jika Ada Kasus Baru

Sekolah Tatap Muka Di Zona Kuning Covid 19 Wajib Ditutup Kembali Jika Ada Kasus Baru

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 458 hits
Juru Bicara sekaligus Ketua Tim Pakar Satuan Tugas Penanganan Covid 19 Wiku Adisasmito sangat berharap kegiatan belajar mengajar secara tatap muka dilakukan dengan pengawalan protokol kesehatan yang ketat Sehingga tidak menjadi klaster baru...
Diuji Negatif Covid 19 Aishwarya Rai Dan Anak Kini Discaj Dari Hospital

Diuji Negatif Covid 19 Aishwarya Rai Dan Anak Kini Discaj Dari Hospital

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 311 hits
Pelakon Bollywood Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya Bachchan telah discaj dari hospital selepas diuji negatif Covid 19 lapor Indianexpress Berita tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Abhishek Bachchan melalui laman Twitter mil...
21 Daerah Ini Diisyhtiharkan Zon Kuning Diharapkan Penduduk Di Kesemua Daerah Ini Ambil Perhatian Akan Isu Berkenaan

21 Daerah Ini Diisyhtiharkan Zon Kuning Diharapkan Penduduk Di Kesemua Daerah Ini Ambil Perhatian Akan Isu Berkenaan

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 237 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 21 daerah di seluruh negara mencatatkan pertambahan kes COVID 19 dan dikategorikan sebagai zon kuning selepas Kuching diisytiharkan zon merah kerana mencatatkan 41 kes semalam
Pembinaan Projek Ecrl Kini Giat Dijalankan Di Jajaran Dungun Ke Mentakab Kata Kementerian

Pembinaan Projek Ecrl Kini Giat Dijalankan Di Jajaran Dungun Ke Mentakab Kata Kementerian

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Kerja kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur pada masa kini sedang giat dijalankan dengan tumpuan kepada pembinaan di jajaran Seksyen B dari Dungun Terengganu sehingga ke Mentakab Pahang Kementerian Pengangkutan berkata...
Kemenkes Tegaskan Obat Covid 19 Hingga Kini Belum Ditemukan

Kemenkes Tegaskan Obat Covid 19 Hingga Kini Belum Ditemukan

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 329 hits
Kementerian Kesehatan menegaskan bahwa hingga kini belum ada negara ataupun lembaga di dunia yang telah menemukan obat atau vaksin untuk menanggulangi virus corona Sejumlah negara termasuk Indonesia saat ini masih berupaya menemukan vaksin ...
Pemerintah Putuskan Wilayah Zona Kuning Covid 19 Bisa Sekolah Tatap Muka

Pemerintah Putuskan Wilayah Zona Kuning Covid 19 Bisa Sekolah Tatap Muka

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 337 hits
Nadiem mengatakan ada 43 persen peserta didik yang bersekolah di daerah zona hijau dan kuning Sementara 53 persen peserta didik lainnya berada di zona merah dan oranye
Nenek Positif Covid 19 Kini Kritikal Daler Yusof Mohon Doa

Nenek Positif Covid 19 Kini Kritikal Daler Yusof Mohon Doa

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 347 hits
Pelakon Daler Yusof menerusi laman Instagram miliknya telah memaklumkan neneknya Muhammadiyeva Shodi disahkan positif Covid 19 dan kini berada dalam keadaan kritikal ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Uzbekistan Menurut Daler ata...
Covid 19 Kini Bunuh 1 Pesakit Setiap 15 Saat Di Seluruh Dunia

Covid 19 Kini Bunuh 1 Pesakit Setiap 15 Saat Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 345 hits
CHICAGO Angka kematian Covid 19 di seluruh dunia melepasi 700 000 kes pada Rabu menurut pengiraan Reuters dengan Amerika Syarikat Brazil India dan Mexico mendahului peningkatan dalam jumlah kematian Secara purata hampir 5 900 orang meningga...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them

Rain Lily Scarlet O Hara

Template Blogger Responsive Seo Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Monday Morning

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata

Buat Baik Jangan Kerana Siapa Siapa

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai