Covid 19 Punca Harga Minyak Susut Kata Pakar Ekonomi Habis Covid 19 Baru Ada Hari Ini Ke
Saya setuju Covid-19 menyebabkan harga minyak turun. Hanya 'celaka'nya kerajaan PH sengaja tak turun untuk mengaut keuntungan yang besar atas penurunan ini. Bayangkan berapa ratus juta seminggu kerajaaan PH ambil duit rakyat atas harga minyak yang sepatutnya turun tetapi tidak turun. Barapa lama dah dia orang KENCING rakyat untuk duit nak bayar gaji dan elaun MENTERI mereka!!
Mereka sengaja nak susah rakyat nagi tujuan nak salahkan UMNO yang menyebablkan negara kononnya bengkrap, tak ada duit. Tujuan mereka nak rakyat benci Najib dan UMNO. Politik celaka PH ini menyebabklan rakyat sentiasa dalam permusuhan dan benci membenci. Nasib baik PAS-UMNO boleh berbaik, itu kehendak Allah yang tak dijangka.
SHAH ALAM - Pakar ekonomi berpendapat bahawa harga minyak susut kerana wabak koronavirus (Covid-19) menyerang ekonomi di China dan impaknya yang terus merebak di seluruh dunia sehingga kini.
Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, Covid-19 menyebabkan permintaan minyak dunia mengalami kejatuhan.
"Permintaan minyak global telah terjejas oleh Covid-19 dan banyak negara mengambil keputusan untuk menyekat perjalanan udara, malah penduduk dunia juga memilih untuk tidak mengembara.
"Kejatuhan harga minyak mungkin bagus bagi pengguna, namun kesan kepada kerajaan adalah sebaliknya kerana ia akan mengurangkan lagi pendapatan kerajaan," katanya.
Ditanya mengenai trend penurunan minyak akan terus kekal, beliau berkata, keadaan itu bergantung kepada pelbagai faktor lain, selain kesan daripada penularan Covid-19.
Sementara itu, Pakar Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff turut menjangkakan harga minyak kekal pada tahap rendah kerana kesan daripada Covid-19.
"Wabak ini telah memperlahankan ekonomi dunia dan mengurangkan penggunaan pengangkutan. Keadaan itu sekali gus turut mengurangkan permintaan terhadap penggunaan minyak," katanya.
Harga runcit petrol RON97 turun 21 sen kepada RM2.19 seliter dan RON95 turun sebanyak 19 sen kepada RM1.89 seliter mulai tengah malam ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga runcit diesel turut mengalami penurunan diesel sebanyak 17 sen kepada RM1.96 seliter.
"Harga runcit berkenaan bagi tempoh 7 sehingga 13 Mac 2020," katanya.
MR : PH kaki kencing rakyat.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/covid-19-punca-harga-minyak-susut-kata.html