Covid 19 Mungkin Merebak Ke Manusia Daripada Kelawar Who


BH ONLINE Pasar borong Wuhan di mana COVID-19 dikatakan mula dikesan. - Foto AFP GENEVA: Pasukan pakar antarabangsa yang ke Wuhan Januari lalu memutuskan besar kemungkinan COVID-19 merebak ke manusia daripada kelawar melalui haiwan perantara.
Ia juga menolak berlakunya kebocoran virus dari makmal.
Kesimpulan itu disifatkan sebagai di tahap 'mungkin hingga sangat mungkin', manakala teori yang mana virus terbabit terlepas dari makmal disifatkan sebagai 'kemungkinan besar tidak terjadi' menurut laporan yang sudah lama dinanti-nantikan itu, yang diperoleh AFP, semalam.
Laporan daripada misi antarabangsa ke Wuhan itu sudah lama dinanti-nantikan sejak pasukan pakar berkenaan meninggalkan China lebih sebulan lalu.
Kelambatan dalam penerbitan penemuan itu, yang dihasilkan dengan kerjasama rakan kerja mereka di China, dikatakan berpunca daripada masalah penterjemahan dan penyelarasan, meskipun timbul ketegangan diplomatik mengenai isi kandungan laporan terbabit.
Dalam satu sidang media di Wuhan pada 9 Februari, pakar dan rakan kerja mereka di China menegaskan masih belum dapat merungkaikan sepenuhnya asal usul virus COVID-19.
Namun, pakar percaya virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan penyakit COVID-19 berpunca daripada kelawar.
Satu daripada teori ialah virus terbabit merebak langsung daripada kelawar kepada manusia.
Laporan terakhir berkenaan menetapkan senario terbabit sebagai sesuatu yang 'mungkin' berlaku.
Ia juga mendapati senario yang lebih dipercayai boleh berlaku ialah virus terbabit merebak daripada kelawar ke haiwan lain yang kemudiannya menjangkiti manusia.
"Meskipun virus yang paling berkait rapat ditemui dalam kelawar, jarak perubahan yang dilalui virus ini dan SARS-CoV-2 dianggarkan mengambil tempoh lama, lantas mencadangkan ada kaitan yang hilang," menurut laporan itu.
"Senario termasuk virus itu merebak menerusi haiwan lain dianggap berada pada paras kemungkinan hingga kemungkinan besar," menurut laporan terbabit, walaupun ia tidak menyatakan haiwan mana yang membolehkan virus itu merebak ke manusia.
Namun, laporan itu tidak menolak kemungkinan penularan virus berlaku menerusi daging beku – teori kegemaran Beijing.
Ini memandangkan virus itu didapati dapat bertahan dalam suhu amat sejuk, lantas 'penularan menerusi produk rantaian makanan atau produk sejuk dianggap satu kemungkinan'.
Akhir sekali, laporan terbabit mengkaji kemungkinan berlaku kebocoran dari makmal, misalnya, Institut Virologi Wuhan - satu teori yang disokong oleh pentadbiran bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Ia menarik perhatian kepada hakikat bahawa tidak wujud dalam catatan sebarang virus yang serupa dengan SARS-CoV-2 di mana-mana makmal sebelum Disember 2019, dan menekankan kadar keselamatan tinggi di makmal-makmal Wuhan.
"Punca pandemik dari makmal dianggap kemungkinan besar tidak terjadi," menurut laporan terbabit. - AFP



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/covid-19-mungkin-merebak-ke-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Who China Sahkan Kelawar Punca Covid 19

Kajian Who China Sahkan Kelawar Punca Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 176 hits
MALAYSIA NOW Dalam deraf laporan yang diterima agensi AP beberapa senario dimasukkan bagi mengenal pasti punca jangkita Covid 19 tersebar Kajian bersama di antara Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan China mengenai punca Covid 19 mengumumkan pe...
Who Dah Tahu Dari Mana Punca Datangnya Wabak Penyakit Covid 19 Berdasarkan Siasatan Di China

Who Dah Tahu Dari Mana Punca Datangnya Wabak Penyakit Covid 19 Berdasarkan Siasatan Di China

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 474 hits
Tikus buluh yang dijual hidup hidup segar kat pasar Myanmar Sumber gambarDari mana asalnya datang virus corona sampai merebak kepada manusia dan akhirnya menjadi wabak penyakit covid 19 di seluruh dunia sampai sekarang tak habis habis lahi ...
Satgas Tren Kasus Konfirmasi Covid 19 Secara Nasional Melandai

Satgas Tren Kasus Konfirmasi Covid 19 Secara Nasional Melandai

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 193 hits
Wiku mengatakan walaupun pemerintah masih berusaha mencapai keakuratan data 100 persen untuk memotret apa yang terjadi di lapangan namun kabar baik ini menurutnya cukup valid jika melihat tren global yang sedang membaik pula
Ridwan Kamil Boleh Mudik Hindari Potensi Penularan Covid 19

Ridwan Kamil Boleh Mudik Hindari Potensi Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 184 hits
Selain itu program vaksinasi yang sudah dimulai di awal tahun 2021 di berbagai daerah pun menjadi faktor mengapa ada kelonggaran bagi masyarakat yang ingin mudik saat lebaran
Kolaborasi Mempercepat Program Vaksinasi Covid 19 Di Tangerang

Kolaborasi Mempercepat Program Vaksinasi Covid 19 Di Tangerang

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 195 hits
Kolaborasi antara Pemkab Tangerang Grab Good Doctor Kemenkes dan Pemkot Tangerang Selatan ini telah berhasil memvaksinasi 5 000 jiwa dalam sehari dan total 7 500 dalam dua hari pelaksanaannya
Pj Temple To Close Temporarily After 3 Devotees Positive For Covid 19

Pj Temple To Close Temporarily After 3 Devotees Positive For Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 277 hits
Pic source Facebook Sri Sithi Vinayagar TemplePetaling JayaKUALA LUMPUR The Sri Sithi Vinayagar Temple in Petaling Jaya will be closed until March 20 after three devotees tested positive for Covid 19 According to a notice posted on the temp...
Mukah Reverts To Yellow Zone After Only 15 Covid 19 Cases Recorded In Past Two Weeks

Mukah Reverts To Yellow Zone After Only 15 Covid 19 Cases Recorded In Past Two Weeks

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 290 hits
File photo picturing the Mukah Youth Camp which has been converted to a Covid 19 low risk quarantine and treatment centre KUCHING Mukah District reverted to a yellow zone from orange status today after recording only 15 Covid 19 cases in th...
Kuasa Hukum Bantah Adanya Arahan Juliari Terkait Kasus Bansos Covid 19

Kuasa Hukum Bantah Adanya Arahan Juliari Terkait Kasus Bansos Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 188 hits
Maqdir menilai pernyataan Matheus dan Adi yang juga dijerat sebagai tersangka dalam kasus ini terlihat seperti ingin lari dari tanggung jawab hukum
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143

Cucur Sayur

Kedah Jheaik Siasat Tok Kadi Buli Pengantin

Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak