Covid 19 Mesyuarat Agung Pibg Festival Guru Antara Yang Disaran Tangguh


KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan agar semua aktiviti dan program berkaitan pendidikan yang menghimpunkan orang ramai ditangguhkan, susulan penularan COVID-19 ketika ini.
Ia termasuk program sukan dan aktiviti ko-kurikulum, perhimpunan rasmi sekolah, program sambutan keraian, program latihan, mesyuarat, persidangan, kolokium, kem, seminar, kursus, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Festival Guru Malaysia dan seumpamanya.
Perkara itu terkandung dalam surat daripada KPM berkenaan pelaksanaan perhimpunan sekolah semasa penularan COVID-19 di sekolah-sekolah di bawah KPM bagi memastikan kualiti kesihatan warga sekolah sentiasa diutamakan dan terjamin.
Surat bertarikh 13 Mac itu ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Adzman Talib dan ditujukan kepada semua pengarah pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri. Ia susulan Surat Langkah-langkah Menangani Penularan Wabak COVID-19 daripada Ketua Setiausaha Negara pada tarikh sama yang menyarankan semua kementerian supaya menangguhkan program-program tidak kritikal yang menghimpunkan orang ramai.
Bagaimanapun, jika terdapat aktiviti yang tidak dapat dielakkan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau sekolah diminta mengambil tindakan antaranya melaksanakan saringan suhu badan, tidak digalakkan bersalaman dengan tetamu dan murid yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
Sementara itu, dalam surat berasingan oleh KPM pada tarikh sama berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan jangkitan COVID-19 di sekolah-sekolah di bawah KPM, antara langkah pengawalan yang dinyatakan ialah murid dinasihati supaya tidak mengikuti sebarang program yang akan dianjurkan di negara terjejas dan berisiko tinggi seperti China, Jepun dan Itali.
Bagi proses disinfeksi, ia perlu dilakukan dengan panduan dan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan sebarang tindakan penutupan sekolah atau kelas adalah tertakluk kepada pengetua dan guru besar setelah mendapat nasihat JKN dan PKD.
SOP itu turut menyatakan tentang carta alir pengurusan murid yang pulang/datang dari negara terjejas wabak COVID-19 serta garis panduan pemantauan atau kuarantin di rumah.
— BERNAMA
The post Covid-19: Mesyuarat Agung PIBG, Festival Guru Antara Yang Disaran Tangguh appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/14/covid-19-mesyuarat-agung-pibg-festival-guru-antara-yang-disaran-tangguh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Semua Aktiviti Persidangan Perhimpunan Mesyuarat Agung Pertubuhan Perlu Ditunda Hingga 30 Jun

Covid 19 Semua Aktiviti Persidangan Perhimpunan Mesyuarat Agung Pertubuhan Perlu Ditunda Hingga 30 Jun

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 179 hits
KUALA LUMPUR Semua pertubuhan dilarang daripada mengadakan program aktiviti persidangan perhimpunan dan mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun selaras dengan arahan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan berikutan penularan jangkitan COV...
Sibuk Main Golf Sampai Tangguh Mesyuarat Covid 19

Sibuk Main Golf Sampai Tangguh Mesyuarat Covid 19

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 335 hits
Tindakan Perdana Menteri bermain golf ketika rakyat sedang diserang Covid 19 sehingga melewatkan mesyuarat khas berkaitan wabak berbahaya itu mencetuskan kemarahan orang ramai Tular di media sosial beberapa gambar Perdana Menteri Tan Sri Mu...
Popular Sabah Harvest Festival Cancelled Over Covid 19 Fears

Popular Sabah Harvest Festival Cancelled Over Covid 19 Fears

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 335 hits
Participants in an earlier Unduk Ngadau contest to pick the Kadazandusun beauty queen representing the symbol of love and sacrifice KOTA KINABALU Kaamatan one of Malaysia s most anticipated harvest festivals will not be held this year becau...
Program Sukan Sekolah Ditangguhkan Kerana Covid 19 Kpm Minta Guru Patuhi Sop

Program Sukan Sekolah Ditangguhkan Kerana Covid 19 Kpm Minta Guru Patuhi Sop

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 432 hits
Seperti kita sedia maklum COVID 19 gelombang kedua ini nampaknya menunjukkan peningkatan jumlah mangsa Malah mangsa yang tidak pernah ada sejarah keluar negara ataupun berjumpa dengan pesakit COVID 19 juga dijangkiti virus ini Baru baru ini...
Mesyuarat Khas Covid 19 Bab Ini Memang Ph Menang Dah Pn Kalah

Mesyuarat Khas Covid 19 Bab Ini Memang Ph Menang Dah Pn Kalah

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 318 hits
Foto FacebookKalau bab kuasa dan jawatan bila bila pun boleh meeting tapi bila melibatkan rakyat boleh pula main tangguh tangguh macam tu Sedarlah wahai pemimpin PN bahwa rakyat sedang memerhati tindak tanduk kalian Sekarang bukan masanya u...
Covid 19 Ptptn Tangguh Bayaran Balik Selama Tiga Bulan

Covid 19 Ptptn Tangguh Bayaran Balik Selama Tiga Bulan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 400 hits
Susulan penularan wabak Covid 19 di negara sehingga memaksa Perintah Kawalan Pergerakan PTPTN bersetuju untuk menangguhkan semua bayaran balik pinjamannya selama tiga bulan berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun Perkara tersebut diumumka...
Pemimpin Umno Gesa Bank Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Akibat Covid 19

Pemimpin Umno Gesa Bank Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 454 hits
Sharkar Shamsuddin berharap Bank Negara akan mengarahkan bank tampil dengan skim penangguhan bayaran balik pinjaman untuk menangani ketakutan dan kebimbangan rakyat akibat Covid 19 PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno Pahang menggesa sektor ...
Ph Kesal 5 Ketua Negeri Pembangkang Tak Dijemput Mesyuarat Covid 19

Ph Kesal 5 Ketua Negeri Pembangkang Tak Dijemput Mesyuarat Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 249 hits
Pakatan Harapan meluahkan rasa kesal apabila beberapa ketua negeri tidak dijemput menghadiri mesyuarat khas bagi menyelaraskan perintah kawalan pergerakan antara negeri yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Dalam satu kenyata...
Ksn Mohon Maaf Isu Khilaf Jemputan Mesyuarat Khas Covid 19

Ksn Mohon Maaf Isu Khilaf Jemputan Mesyuarat Khas Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini memohon maaf berikutan kekhilafan isu jemputan untuk Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menangani penularan koronavirus Dalam satu kenyataan beliau bagi...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton