Covid 19 Merubah Keseluruhan Kehidupan
Coronavirus mula muncul pada penghujung Disember 2019 di sebuah pasar di Wuhan. Masa permulaan, terjadi kejadian pneumonia (radang paru-paru) secara misteri berlaku pada kalangan pekerja dan pelanggan di Huanan Seafood Wholesale Market. Macaman virus ini boleh terdedah kepada manusia masih tidak diketahui.
Sejak ini, virus ini tersebar ke seluruh dunia. Secara genetic, virus ini boleh berevolusi untuk menjadi lebih kuat, kadar jangkitan lebih tinggi dan kesan yang lebih teruk.
Pakar virologi China, Shi Zhengli hanya vaksin sahaja yang dapat membantu kita melawan virus ini. Virus ini akan tetap berevolusi tanpa had. Sekarang kita dilanda Delta. Dan penemuan terbaru, terdapat Delta Plus.
Lagi banyak jangkitan terjadi, lagi banyak variant akan terhasil. Sejak penutupan sempadan dilakukan dan pelbagai cara dilakukan untuk menangani virus ini. Sektor ekonomi, sosial dan norma hidup manusia seluruh dunia telah berubah.
Kebersihan telah menjadi perkara utama. SOP, kawalan kendiri, duduk rumah dan segalanya dilakukan bagi mengelak daripada dijangkiti virus ini. Setakat artikel ini ditulis, Malaysia telah mencecah 20,000 jangkitan sehari. Walaupun menurut pemerintah, peratus jangkitan melibatkan tahap 4 dan 5 adalah kecil. Tetapi ia tetap memberi kesan emosi kepada semua penduduk.
Bayangkan, semua rakyat tidak dibenarkan untuk rentas daerah. Sempadan ditutup. Sektor ekonomi rentas sempadan sebelum ini telah ditutup secara total. Sebagai contoh, saya sendiri ada pedagang yang mengambil hasil daripada negara jiran. Tidak dapat lagi berurusan dengan mereka.
Ini kerana, virus ini tidak sahaja memberi kesan kepada negara kita sahaja. Tetapi negara jiran juga.
Kita terpaksa menghadapinya. Kita terpaksa menjagak kesihatan kita dan terus kuat. Hanya itu yang dapat membantu kita. Kekal makan yang berkhasiat, kurangkan risiko untuk mendapat penyakit berisiko tinggi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ovensarikin.blogspot.com/2021/08/covid-19-merubah-keseluruhan-kehidupan.html