Covid 19 Meningkat Kerana Kegagalan Kerajaan


 
Malaysia telah mengatasi Singapura dengan mencatatkan lebih banyak kes terkumpul Covid-19, dua hari lebih awal daripada jangkaan saya.
Dengan trajektori semasa, kini dijangka akan mengatasi kedudukan China sebelum persidangan parlimen berakhir pada pertengahan bulan Disember. 
Negara kita kini berada di tempat ke-83 di seluruh dunia dengan 58,847 kes terkumpul Covid-19, manakala Singapura berada di tempat ke-84 dengan 58,183 kes terkumpul.
China, yang merekodkan jumlah kes dan kematian akibat Covid-19 terkumpul tertinggi pada awal tahun ini, kini berada di tempat ke-68 dengan 86,464 kes dan 4,634 kematian. 
Saya telah menjangkakan yang Malaysia bakal mengatasi kedudukan China menjelang akhir tahun ini. Bagaimanapun, saya mengubah jangkaan itu kepada seminggu lebih awal, kira-kira semasa musim Krismas. 
Tetapi saya tidak menjangkakan peningkatan harian kes Covid-19 akan terus memuncak untuk melepasi angka 2,000. 
Semalam, Malaysia mencatatkan satu lagi rekod suram apabila Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan 2,188 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi baharu untuk dua hari berturut-turut.
Rekod tertinggi sebelum ini adalah sebanyak 1,884 kes pada hari sebelumnya. 
Perkara ini adalah hasil kegagalan kerajaan. 
Kita mengabaikan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggesa kerajaan di seluruh dunia melaksanakan tindak balas dan pendekatan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat”.
April lalu, Pengarah WHO Asia Tenggara, Dr Poonam Khetrapal Singh berkata: 
“Pendekatan lebih komprehensif diperlukan, yang komuniti menjadi fokus utama respons kita. 
“Lebih penting lagi, komuniti perlu dilibatkan dan diperkasakan untuk melaksanakan respons dan tindakan yang sewajarnya. 
“Semua orang perlu bertanggungjawab. Dalam keadaan semasa ini, semua orang perlu menyumbang untuk mengurangkan impak wabak ini terhadap kesihatan dan aspek sosioekonomi.”

Tetapi perkara ini tidak berlaku di Malaysia walaupun selepas sebelas bulan berhadapan dengan Covid-19. 
Bukan sahaja kita mempunyai seorang menteri kesihatan yang halimunan, tetapi sehinggakan 7,000 orang doktor am merasakan mereka disisihkan daripada usaha membantu melawan wabak Covid-19 ini. 
Adham boleh berkongsi beban perkhidmatan seperti imunisasi, perkhidmatan x-ray, penjagaan luka, pengurusan ubat jangka panjang, pemeriksaan kesihatan, ujian darah, kes-kes penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, kolestrol tinggi, obesiti, rawatan methadone kepada penagih dadah, dan perkhidmatan ujian ante-natal dan ultrasound untuk mengurangkan beban hospital dan klinik KKM.
Ujian Covid-19 adalah satu lagi perkara yang boleh dibantu oleh rakyat Malaysia.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)DAP Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran menawarkan ujian rapid testing kit-antigen (RTK-AG) Covid-19 swasta kepada pihak awam dengan kos yang disubsidi.

Ia ditawarkan pada harga RM70 untuk satu ujian, jauh lebih rendah berbanding antara RM150 ke RM180 yang dikenakan di pusat kesihatan swasta.
Kerajaan boleh menyediakan ujian RTK-AG ini pada kos yang jauh lebih murah jika kerajaan melibatkan doktor-doktor am dalam proses ini. 
Dalam penggulungannya di parlimen, Adham perlu menjelaskan persoalan-persoalan berikut bagi menunjukkan sejauh mana kerajaan memanfaatkan doktor am dalam usaha memerangi Covid-19:
Jumlah klinik am yang ditutup di seluruh negara kerana Covid-19;Berapa ramai doktor am dan kakitangan mereka yang dijangkiti Covid-19 — berapa ramai dijangkiti secara langsung di klinik;Berapa ramai doktor yang diperintahkan menjalani kuarantin kerana “terdedah” kepada Covid-19; danApa tindakan KKM untuk mengurangkan jangkitan di kalangan pekerja kesihatan sektor swasta, jika ada.Kejadian Jeffrey Kitingan memasuki Dewan Rakyat semalam, sebelum menamatkan tempoh kuarantin 14 hari adalah satu sebab mengapa wujud apa yang dikatakan oleh menteri komunikasi dan multimedia, sebagai “defisit kepercayaan”, apabila sesetengah orang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan arahan kerajaan. 
(Kuarantin itu sebelum ini dikenakan kepada pengembara daripada Sabah sebagai sebahagian daripada SOP Covid-19. Ia kemudiannya disusuli dengan pengumuman KKM mengenai penamatan keperluan kuarantin 14 hari untuk semua orang yang tiba daripada Sabah.)
Di seluruh dunia, kita masih belum dapat mengawal wabak ini. 
Satu lagi rekod suram baru sahaja dicatatkan, dengan kes terkumpul di seluruh dunia memecah angka 60 juta, manakala kematian meningkat melepasi paras 1.4 juta. 
Negara kita memerlukan pelan jangka panjang untuk mengatasi masalah kesihatan awam, ekonomi, sosial, dan usaha pembinaan negara susulan Covid-19. 
Apa yang mengejutkan, selepas sebelas bulan berhadapan dengan wabak yang mungkin berlarutan sehingga 2022, kita hanya mempunyai rancangan jangka pendek.
Kita tidak mempunyai rancangan jangka sederhana dan jangka panjang.
Bilakah kerajaan boleh membentangkan rancangan jangka pertengahan dan jangka panjang untuk menguruskan Covid-19 kepada parlimen?
LIM KIT SIANG, AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI, JOHOR.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/covid-19-meningkatkerana-kegagalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kota Bharu Kini Zon Merah Kes Covid 19 Meningkat Di Kelantan

Kota Bharu Kini Zon Merah Kes Covid 19 Meningkat Di Kelantan

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 316 hits
Oleh ZAAIN ZIN KOTA BHARU Daerah Kota Bharu yang sebelum ini zon hijau menjadi kawasan terbaharu yang dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 46 kes aktif Covid 19 setakat 12 tengah hari ini Sementara itu dua daerah iaitu Machan...
Penyumbang Cukai Kerajaan Dilanda Covid

Penyumbang Cukai Kerajaan Dilanda Covid

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 204 hits
Ipohmali Top Glove adalah Syarikat Peneraju penghasilan sarung tangan getah Top Glove antara Syarikat pengeskport terbesar Dunia produk yg berkait pharmasetikal kebetulan Malaysia menguasai 65 penguasaan pasaran Dunia dari produk berkaitan ...
Bakal Disalur Percuma Buat Rakyat Kerajaan Tak Bercadang Wajibkan Pengambilan Vaksin Covid 19

Bakal Disalur Percuma Buat Rakyat Kerajaan Tak Bercadang Wajibkan Pengambilan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 258 hits
Bakal disalur percuma buat rakyat kerajaan tak bercadang wajibkan pengambilan vaksin Covid 19 PENEMUAN vaksin pastinya melegakan semua rakyat selepas sekian lama berperang dengan penularan Covid 19 Terbaharu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddi...
Pembiayaan Peribadi Islamik Kakitangan Kerajaan Agrobank Promo Khas Covid 19

Pembiayaan Peribadi Islamik Kakitangan Kerajaan Agrobank Promo Khas Covid 19

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 286 hits
PROMO KHAS COVID 19 PEMBIAYAAN PERIBADI ISLAMIC KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN AGROBANK PEMBIAYAAN PERIBADI AGROCASH i KADAR KEUNTUNGAN YANG RENDAH RATE 2 41 TEMPOH 10 TAHUN MAX PEMBIAYAAN RM 200 000 LOWEST IN THE MARKET TEMPOH MAX 10 TAHUN...
Kasus Covid 19 Di Semarang Meningkat Karena Masyarakat Abai Jaga Jarak

Kasus Covid 19 Di Semarang Meningkat Karena Masyarakat Abai Jaga Jarak

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 219 hits
Dia mengungkapkan melihat banyak pelanggar jaga jarak yang dilakukan masyarakat masih sulit dikendalikan membuat para dokter yang bertugas di instansi kesehatan juga banyak terpapar
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Salurkan Bantuan Covid 19 Lebih Daripada Rm20 Juta

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Salurkan Bantuan Covid 19 Lebih Daripada Rm20 Juta

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 291 hits
nbsp KUANTAN Kerajaan negeri Pahang membelanjakan RM20 27 juta termasuk RM16 081 juta khusus untuk membantu meringankan beban rakyat negeri ini yang terkesan dengan pandemik wabak Covid 19 sejak awal tahun ini Menteri Besar Datuk Seri Wan R...
Kerajaan Pusat Perlu Ada Pelan Kontingensi Saringan Covid 19 Pekerja Asing Jagdeep

Kerajaan Pusat Perlu Ada Pelan Kontingensi Saringan Covid 19 Pekerja Asing Jagdeep

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 251 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang hari ini meminta agar Kerajaan Persekutuan sediakan pelan kontingensi dalam pelaksanaan ujian saringan COVID 19 terhadap pekerja asing bersasar di Pulau Pinang Selangor Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan S...
Siapa Yang Perlu Bayar Atau Tidak Bila Buat Ujian Covid 19 Di Hospital Klinik Kerajaan

Siapa Yang Perlu Bayar Atau Tidak Bila Buat Ujian Covid 19 Di Hospital Klinik Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 416 hits
Pepagi terbaca posting di facebook Page kementerian kesihatan Malaysia berkenaan bayaran yang di kenakan untuk ujian pengesahan covid 19 di fasiliti kerajaan Baca komen Allahu banyak maknosia yang tak faham Mula la depa dengan teori harga y...
Libur Panjang Jumlah Kasus Covid 19 Di Kediri Meningkat

Libur Panjang Jumlah Kasus Covid 19 Di Kediri Meningkat

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 208 hits
Fauzan mengatakan bahwa ada dugaan salah satu penyebab meningkatnya kasus karena efek libur panjang 2 minggu lalu Banyak yang terkena Covid 19 akibat bepergian keluar kota atau menerima tamu keluarga dari luar kota
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching