Covid 19 Lelaki Indonesia Warga Asing Pertama Meninggal Di Malaysia


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencatatkan kematian pertama membabitkan warga asing, akibat COVID-19 selepas seorang lelaki warganegara Indonesia meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, awal pagi tadi.

Lelaki berusia berusia 40 tahun itu antara enam lagi kematian membabitkan pesakit COVID-19 yang dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini sebanyak 43 kes.



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa yang juga kes kematian ke-41 (kes ke-1, 275) dirawat di Hospital Umum Sarawak sejak 20 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 1.38 pagi tadi.

Beliau berkata, kes kematian ke-38 (kes ke-2, 269) ialah seorang wanita warganegara Malaysia berusia 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

“Beliau ialah kontak kepada kes ke-2, 750. Beliau sebelum ini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac, jam 4.04 petang.

“Bagi kes kematian ke-39 (kes ke-2, 626) adalah lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Arab Saudi dan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 di rumah beliau sebelum jenazahnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi kes kematian ke-40 (kes ke-2, 627), mangsa seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor dan disahkan meninggal dunia pada 26 Macjam 1.03 tengah hari.

“Kes kematian ke-42 (kes ke-2,628) ialah lelaki warganegara Malaysia berusia 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 31 Macjam 7.09 pagi,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham, berkata sehingga hari ini terdapat 58 kes yang sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang menjadikan kes kumulatif sudah sembuh sebanyak 537 kes atau 19.4 peratus dari keseluruhan jumlah kes, setakat ini.

Beliau berkata, KKM juga mencatatkan pertambahan sebanyak 140 kes baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,766 kes.

“Sehingga kini, seramai 94 kes yang positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah berkenaan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham mendedahkan seramai 36 kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah dan sembilan bayi bawah setahun dijangkiti wabak berkenaan.

“Kanak-kanak ini dalam keadaan stabil. Faktor dijangkiti berkemungkinan membabitkan kes indeks contohnya jemaah tabligh yang pulang ke rumah dan menjangkiti keluarga masing-masing.

“Mungkin juga dari faktor keluarga, seperti dalam kes gelombang pertama kanak-kanak dijangkiti ketika melancong,” katanya. – Berita Harian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/covid-19-lelaki-indonesia-warga-asing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disyaki Covid 19 Malaysia Antara Warga Asing Dikuarantin Di India

Disyaki Covid 19 Malaysia Antara Warga Asing Dikuarantin Di India

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 287 hits
RAKYAT Malaysia antara warga asing yang dikuarantin di India kerana disyaki dijangkiti Covid 19 seorang daripadanya didapati positif Mereka ke India baru baru ini untuk menyertai perhimpunan pertubuhan Tablighi Jamaat Perhimpunan itu dihadi...
Malaysia Hampir Menjadi Negara Pertama Berjaya Tangani Covid 19

Malaysia Hampir Menjadi Negara Pertama Berjaya Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 300 hits
Malaysia hampir menjadi negara pertama berjaya tangani COVID 19Kita adalah antara negara yang paling berpotensi mengadakan ujian besar besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan setiap hari pada bulan ini Kerjasama KPT dan MOS...
Kasus Pertama Di Ri Anak 11 Tahun Meninggal Komplikasi Covid 19 Dan Dbd

Kasus Pertama Di Ri Anak 11 Tahun Meninggal Komplikasi Covid 19 Dan Dbd

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 214 hits
Juru Bicara Pemerintah untuk Penanganan Covid 19 Achmad Yuri mengatakan pasien positif corona berusia 11 tahun asal Kabupaten Pamekasan Jawa Timur meninggal dunia adalah kasus pertama usia muda di Indonesia Dia menjelaskan pasien tersebut m...
5819 Ppim Lancar C Cure Tunnel Virusbuster Pertama Kawal Covid 19 Di Malaysia Ppim 29 03 2020

5819 Ppim Lancar C Cure Tunnel Virusbuster Pertama Kawal Covid 19 Di Malaysia Ppim 29 03 2020

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 522 hits
CYBERJAYA 29 Mac C CURE TUNNEL telah di rasmikan oleh Toqqi Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan di hadiri oleh Brigadier Jeneral Dato Marzuki Panglima Angkatan Tentera ATM serta Datuk Roslan Bin Wahab Ketua Pesu...
Jadi Mangsa Covid 19 Warga Malaysia Menetap Di London Meninggal Dunia

Jadi Mangsa Covid 19 Warga Malaysia Menetap Di London Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 418 hits
Covid 19 bukan sahaja sudah melanda Malaysia malahan hampir seluruh dunia sedang bergelut dengan wabak maut ini Setiap hari ada sahaja kematian direkodkan dan setakat ini di dalam negara sahaja sudah mencatatkan serami 15 kematian Dalam lap...
Benarkah Meninggal Dunia Kerana Covid 19 Dianggap Mati Syahid

Benarkah Meninggal Dunia Kerana Covid 19 Dianggap Mati Syahid

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 264 hits
SOALAN Adakah mereka yang meninggal dunia kerana COVID 19 ini dikira sebagai mati syahid Harap dapat pencerahan mengenai perkara ini JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SWT Dan janganlah kamu mengatakan sesiapa yang terbunuh dalam perj...
Some 40 000 People In Malaysia Are Involved In Covid 19 Infection Chain

Some 40 000 People In Malaysia Are Involved In Covid 19 Infection Chain

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 253 hits
The infection chain includes those linked with the KL tabligh cluster small Cover image via Nik Abdullah Nik Omar New Straits Times Bernama via New Straits Times small In Malaysia some 40 000 individuals are involved in COVID 19 infection c...
Covid 19 Status Covid 19 Di Malaysia Sehingga Jam 5 Petang Pada 06 April 2020

Covid 19 Status Covid 19 Di Malaysia Sehingga Jam 5 Petang Pada 06 April 2020

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 297 hits
Status COVID 19 di Malaysia sehingga jam 5 petang pada 06 April 2020 Keseluruhan kes positif 3 793 dengan 32 72 telah sembuh bersamaan 1241 pesakit dan 1 63 atau 62 kematian StayAtHome BreaktheChain COVID19Malaysia KitaMestiMenang
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sampul Raya Yang Cantik Menarik

Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas