Benarkah Meninggal Dunia Kerana Covid 19 Dianggap Mati Syahid



SOALAN:
Adakah mereka yang meninggal dunia kerana COVID-19 ini dikira sebagai mati syahid? Harap dapat pencerahan mengenai perkara ini.

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَلَا تَقُولُوا لِمَن يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ
“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu ialah orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.” (Surah al-Baqarah: 154)

Ayat di atas merupakan peringatan kepada orang-orang yang beriman agar jangan mengatakan mereka yang telah terbunuh dalam jalan Allah (membela agama-Nya) ialah orang-orang yang mati (tiada apa-apa nilai). Bahkan mereka itu adalah orang-orang yang hidup dengan keadaan hidup yang istimewa (khusus) di dalam kubur-kubur mereka, yang mana tidak diketahui bagaimana hidupnya itu (kaifiyatnya) melainkan oleh Allah SWT. Akan tetapi kamu juga tidak dapat menyedarinya. Dan ini adalah merupakan dalil yang menunjukan kepada wujudnya nikmat di dalam kubur. (Lihat: al-Tafsir al-Muyassar, hlm. 24)

Orang Islam yang mati kerana wabak dikira mati syahid

Terdapat banyak riwayat yang menyebutkan akan perkara ini. Antaranya riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ
“Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana Taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati ditimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” [Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)]

Di dalam riwayat yang lain bahawa Baginda SAW bersabda:

مَن قُتِلَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في الطّاعُونِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في البَطْنِ فَهو شَهِيدٌ
“Sesiapa yang dibunuh di jalan Allah ialah orang yang syahid, sesiapa yang mati kerana Taun juga ialah orang yang syahid dan sesiapa yang mati kerana penyakit perut juga ialah orang yang syahid.” [Riwayat Muslim (1915)]

Begitu juga, hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الطّاعُونُ شَهادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ
“Wabak Taun itu adalah (penyebab) mati syahid bagi setiap Muslim.” [Riwayat al-Bukhari (2830) dan Muslim (1916)]

Hadith-hadith di atas jelas menunjukkan bahawa orang Islam yang mati kerana wabak (Taun) dianggap sebagai mati syahid. Kurniaan gelaran syahid ini adalah dianugerahkan sendiri oleh Baginda SAW sebagaimana yang dapat kita lihat menerusi hadith-hadith tersebut.

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa kesemua jenis kematian itu dianggap sebagai mati syahid disebabkan kelebihan kurniaan Allah SWT (kepada mereka) kerana dahsyatnya kesakitan dan kepedihan kematian tersebut yang ditanggung mereka. (Lihat: al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550)

Pembahagian mati syahid

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan di dalam kitabnya bahawa melalui hadith-hadith ini kita dapat bahagikan mati syahid itu kepada dua kategori iaitu:

Syahid akhirat dan syahid dunia iaitu sesiapa yang gugur (terbunuh) di jalan Allah melawan orang-orang kafir (menegakkan agama-Nya), ikhlas kerana Allah serta dalam keadaan mara ke hadapan dan bukannya berundur melarikan diri (daripada musuh).Syahid akhirat sahaja iaitu mereka yang diberikan pahala mati syahid, namun tidak terpakai ke atas mereka hukum syahid tersebut di dunia (yakni tidak perlu dimandikan, disolatkan dan sebagainya).
(Lihat: Fath al-Bari, Cet. Dar al-Salam, 6/55)

Manakala Imam al-Nawawi menambah kategori yang ketiga iaitu mereka yang mati syahid di dunia tetapi tidak di akhirat. (Lihat: al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550)

Begitu juga, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan kategori ini di dalam kitabnya yang lain dan menyatakan mereka ialah sesiapa yang gugur (terbunuh) di dalam perang melawan orang-orang kafir (yakni bagi menegakkan agama-Nya) tetapi adanya halangan ke atas mereka seperti niat yang rosak dan ketika lari dari medan perang. (Lihat: Bazl Al-Ma’un, hlm. 189)

Oleh itu, kita ketahui bahawa mati kerana wabak Taun adalah termasuk dalam syahid di akhirat tetapi tidak di dunia. Ini bermakna bagi mereka di akhirat pahala mati syahid tetapi di dunia mereka masih perlu dimandikan dan disolatkan. Mengenai ini, Imam al-Nawawi menukilkan bahawa:

المراد بشهادة هؤلاء كلهم غير المقتول فى سبيل الله انهم يكون لهم فى الآخرة ثواب الشهداء وأما فى الدنيا فيغسلون ويصلى عليهم
“Syahid yang dimaksudkan ialah mereka semua kecuali yang gugur di jalan Allah, kelak di akhirat akan mendapat pahala mati syahid. Adapun di dunia mereka masih perlu dimandikan dan disolatkan (tidak seperti yang gugur di jalan Allah).” (Lihat: al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550)

Pahalanya sebagaimana pahala syahid di jalan Allah

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan bahawa pahala syahid yang diperoleh mereka yang mati kerana Taun adalah sepertimana pahala syahid mereka yang gugur di jalan Allah SWT. (Lihat: Bazl Al-Ma’un, hlm. 196)

Mengenai perkara ini, adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

يختصِمُ الشُّهداءُ والمتوفَّونَ على فُرُشِهِم إلى ربِّنا في الَّذينَ يتوفَّونَ منَ الطَّاعونِ ، فيقولُ الشُّهداءُ : إخوانُنا قُتِلوا كما قُتِلنا ، ويقولُ المتوفَّونَ في فرشِهِم : إخوانُنا ماتوا على فرشِهِم كما مُتنا ، فيقولُ ربُّنا : انظُروا إلى جراحِهِم ، فإن أشبَهَ جراحُهُم جراحَ المقتولينَ ، فإنَّهم منهم ومعَهُم ، فإذا جراحُهُم قد أشبَهَت جراحَهُم
“Orang-orang yang syahid dan orang-orang yang meninggal di atas katil mereka saling berselisih kepada Allah SWT mengenai orang-orang yang meninggal dunia kerana wabak Taun. Orang-orang yang syahid berkata: “Mereka adalah saudara-saudara kami, iaitu mereka dibunuh sebagaimana kami dibunuh.” Sedangkan orang-orang yang meninggal di atas katil mereka pula berkata: “Mereka adalah saudara-saudara kami, mereka meninggal di atas katil mereka sebagaimana kami meninggal.” Kemudian Allah SWT berfirman: “Lihatlah kepada luka mereka, sekiranya luka mereka serupa dengan luka orang-orang yang terbunuh, maka mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang terbunuh, dan bersama mereka, dan ternyata luka mereka serupa dengan luka orang-orang yang terbunuh itu.” [Riwayat al-Nasaie (3164) dan Ahmad (17195)]

Bolehkah COVID-19 dikategorikan sebagai Taun?

Dalam menjawab isu ini kami kongsikan beberapa definisi Taun seperti yang disebutkan oleh para ulama' lughah (bahasa). Antaranya ialah:

Al-Jauhari mengatakan: “Taun merujuk kepada kematian yang meliputi umum sama seperti wabak.”Syeikh Ibrahim al-Harbi dalam kitab Gharib al-Hadis pula menyatakan: “Wabak adalah Taun dan juga penyakit yang meliputi umum.”Ibn Al-‘Arabi pula menyatakan dalam Syarah al-Tirmidzi: “Dinamakan sebagai Taun kerana musibahnya meliputi umum serta cepat berlaku kematian disebabkannya. Maka penyakit-penyakit yang seumpamanya turut termasuk sebagainya (Taun).”
(Lihat: Bazl Al-Ma’un, hlm. 95)

Maka seperti yang diketahui umum COVID-19 merupakan virus yang merebak serta membawa kepada penyakit-penyakit berjangkit yang boleh membawa kepada kematian dalam skala yang besar. Justeru, berdasarkan ciri-ciri ini maka ia boleh dianggap sebagai Taun seperti yang disebutkan dalam riwayat-riwayat yang sahih.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa sesiapa yang meninggal dunia kerana wabak COVID-19 ini dianggap sebagai mati syahid sebagaimana yang telah difahami daripada hadith-hadith yang sahih. Namun, syahid yang dimaksudkan di sini ialah syahid akhirat iaitu mendapat pahala syahid di hari akhirat kelak. Adapun semasa di dunia, jenazah mereka masih perlu diuruskan seperti biasa iaitu perlu dimandikan dan disolatkan.

Kurniaan gelaran syahid kepada mereka ini sebenarnya dianugerahkan sendiri oleh Rasulullah SAW berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Namun, hakikatnya hanya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid ataupun sebaliknya. Walau bagaimanapun, kita terus berdoa kepada Allah SWT, agar menerima saudara-saudara seagama kita yang terkorban kerana COVID-19 ini sebagai mati syahid di sisi-Nya.

Kami akhiri dengan sabda Nabi SAW:

مَن سَأَلَ اللَّهَ الشَّهادَةَ بصِدْقٍ، بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنازِلَ الشُّهَداءِ، وإنْ ماتَ على فِراشِهِ
“Sesiapa yang memohon kepada Allah SWT mati syahid dengan sebenar-benar pengharapan, Allah SWT akan mengurniakannya kedudukan para syuhada’ sekalipun dia mati di atas katilnya (tempat tidur).” [Riwayat Muslim (1909)]

Semoga Allah SWT menghilangkan wabak yang sedang melanda negara kita dengan segera serta melindungi kita semua.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/benarkah-meninggal-dunia-kerana-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idi Kembali Umumkan 2 Dokter Status Pdp Covid 19 Meninggal Dunia

Idi Kembali Umumkan 2 Dokter Status Pdp Covid 19 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 224 hits
Keduanya atas nama dr Wahyu Hidayat spesialis Telinga Hidung Tenggorok dan drg Anna Herlin Ratnasari
Pasangan Ini Hidup Sebagai Suami Isteri 51 Tahun Meninggal Dunia Selang Enam Minit Akibat Covid 19

Pasangan Ini Hidup Sebagai Suami Isteri 51 Tahun Meninggal Dunia Selang Enam Minit Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 332 hits
Pasangan ini Hidup sebagai suami isteri 51 tahun meninggal dunia selang enam minit akibat COVID 19Pasangan Stuart 74 dan Adrian 72 mula jatuh sakit pada pertengahan Mac sebelum disahkan dijangkiti COVID 19 Hidup sebagai suami isteri 51 tahu...
Terkini 3 Lagi Pesakit Covid 19 Meninggal Dunia Jumlah Meningkat Ke 53 Kes Kematian

Terkini 3 Lagi Pesakit Covid 19 Meninggal Dunia Jumlah Meningkat Ke 53 Kes Kematian

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 446 hits
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes kematian kini meningkat kepada 53 orang Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat tiga lagi kematian pada hari ini 3 Apri...
Covid 19 Ayah Tiri Pelakon Crazy Rich Asians Meninggal Dunia

Covid 19 Ayah Tiri Pelakon Crazy Rich Asians Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 346 hits
Berita duka buat pelakon filem Crazy Rich Asians Nico Santos Apabila kedua Ibubapanya disahkan positif Covid 19 Ayah tirinya pula disahkan meninggal dunia Nico Santos yang memegang watak sebagai Oliver T sien dalam Crazy Rich Asians menyamp...
Pelakon Crocodile Dundee Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Pelakon Crocodile Dundee Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 267 hits
Pelakon siri televisyen YOU Mark Blum 69 dilaporkan meninggal dunia pada Rabu akibat kompilkasi jangkitan kornavirus Pelakon yang pernah membintangi filem Desperately Seeking Susan dan Crocodile Dundee itu meninggal dunia di Hospital New Yo...
Amerika Catat 4 476 Kematian Kerana Covid 19 Bayi 6 Bulan Mangsa Termuda Meninggal Dunia

Amerika Catat 4 476 Kematian Kerana Covid 19 Bayi 6 Bulan Mangsa Termuda Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 307 hits
NEW YORK Gabenor Connecticut Ned Lamont semalam mengesahkan seorang bayi berusia enam bulan meninggal dunia disebabkan komplikasi COVID 19 iaitu mangsa termuda yang menjadi korban wabak itu di Amerika Syarikat Berita itu ditulis di laman Tw...
51 Tahun Jalani Hidup Bersama Pasangan Ini Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selang Enam Minit

51 Tahun Jalani Hidup Bersama Pasangan Ini Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selang Enam Minit

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 283 hits
Pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 51 tahun dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan oleh Covid 19 Mereka meninggal selang enam minit pada Ahad lalu Pasangan yang dikenali sebagai Stuart Baker 74 dan Adrian Baker 72 itu ti...
Hampir Sejuta Orang Dijangkiti Covid 19 Di Seluruh Dunia 50 Ribu Mati

Hampir Sejuta Orang Dijangkiti Covid 19 Di Seluruh Dunia 50 Ribu Mati

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 295 hits
Malaysiakini Dalam pekembangan terkini hampir sejuta orang di seluruh dunia telah disahkan positif wabak Covid 19 Data Johns Hopkins University setakat 7 47 malam tadi mencatatkan 952 171 kes jangkitan di seluruh dunia Seramai 48 320 pula m...
Dituduh Mencuri Bocah 13 Tahun Diikat Dan Disiksa Hingga Meninggal Dunia

Dituduh Mencuri Bocah 13 Tahun Diikat Dan Disiksa Hingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 327 hits
Seorang bocah berusia 13 tahun di Bangladesh tewas dikeroyok oleh masa setelah ia dituduh melakukan pencurian Aksi pengeroyokan bocah itu pun direkam kamera dan hasilnya polisi Bangladesh Senin mengejar mereka yang melakukan penganiayaan Sa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip